Wednesday, July 09, 2014

DATUK HJH SHARIFAH AINI SYED JAAFAR

 Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah pusat perubatan swasta dekat sini akibat jangkitan pada paru-paru.




Menurut rakannya Aishah Ali, Sharifah Aini yang akan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 61 pada Rabu (esok) dibawa ke pusat perubatan berkenaan oleh anaknya Aliff Omar Ali pada pagi Selasa selepas mengalami kesukaran bernafas. Katanya, pakar perubatan Dr Zainudin Md Zain memaklumkan keadaan penyanyi itu dilaporkan stabil.  "  Buat masa ini Sharifah Aini tidak dibenarkan menerima lawatan mana-mana tetamu melainkan ahli keluarga terdekatnya sahaja,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Selasa.    Terdahulu pada hujung Mei lalu, Sharifah Aini berkata beliau reda jika dijemput Allah selepas 28 hari dirawat di hospital akibat penyakit paru-parunya.    Dalam luahan yang ditulis menerusi Facebook miliknya itu beliau meminta agar seluruh peminat mendoakan kesejahteraannya selain menghadiahkan Al-Fatihah sekiranya beliau sudah tiada.
Sharifah Aini meninggal dunia
(http://www.beritasemasa.com.my)
Berita Punca Sharifah Aini Meninggal Dunia. Al- Fatihah! : Al-fatihah. Hari ini pada tanggal 7 Ramadhan 1435 H hari Sabtu 5 Julai 2014 hari Sabtu tepat pukul 1:26 pagi, artis Malaysia dan Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini telah meninggal dunia di Pusat Perubatan Damansara. 

Kronologi Sharifah Aini Meninggal Dunia?

  • 2 Julai 1953 : Pasangan Syed Jaafar Syed Sahil dan Sharifah Noor Syed Ahmad Al-Attas di Nee Soon, Singapura melahirkan “permata negara”, Datuk Sharifah Aini
  • Sharifah Aini atau Kak Pah mula dijaga serta dibesarkan oleh neneknya, Tengku Wan Mariam Tengku Wan Tahir serta datuknya, Syed Sahil Syed Ali Al-Jufry, di Majidee, Johor Bahru.
  • Datuknya seorang pemandu teksi dan kehidupan mereka keluarga bukanlah senang
  • Berdasarkan sejarah, Datuk Sharifah Aini, sewaktu kecil pernah mengambil upah menggiling cili dan menjual buah nangka serta kuih.
  • Kak Pah mula menjadi artis Malaysia adalah selepas menjuarai pertandingan Bintang RTS 1968 di Singapura dengan lagu Tiga Malam sekaligus disunting menjadi artis rakaman EMI sehingga selama 38 tahun lamanya sehingga dicatatkan dalam The Malaysia Book of Records sebagai penyanyi paling lama dengan sesebuah syarikat rakaman dan memiliki 135 album.
  • 2006 : Sharifah Aini menerima gelaran Biduanita Negara pada tahun 2006.
  • 30 Jun 2014 : Sharifah Aini mula menghadapi masalah teruk sukar untuk bernafas
  • 1 Julai 2014 : Pada awalnya Sharifah Aini yang cukup terkenal dengan panggilan mesra Kak Pah telah dikejarkan untuk dimasukkan ke unit rawatan rapi Pusat Perubatan Pakar Damansara pada hari Selasa 1 Julai 2014 oleh anaknya sendiri Aliff Omar
  • Ini kerana biduanita negara ini dikesan telah menghidapi fibrosis paru-paru sejak 2 tahun yang lalu
  • 7 Julai 2014 : Datuk Sharifah Aini meninggal dunia pada umur 61 tahun akibat jangkitan paru-paru
Bertuah Sharifah Aini meninggal dunia di bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga keberkatan di bulan Ramadhan yang penuah barakah ini ditempatkan bersama mereka yang beriman. Insyaallah Amin.

Gambar Nostalgia Sharifah Aini Sebelum Meninggal Dunia

No comments: