Tuesday, November 27, 2012

Pembunuhan Datuk Taha Vs Datuk Mokhtar Hashim

(Petikan Wikipedia)
Datuk Taha Mati Dibunuh

Allahyarham Datuk Taha Talib
Datuk Mohamad Taha Talib telah mati dibunuh oleh saingannya dalam UMNO Tampin , Datuk Mokhtar Hashim yang ketika itu memegang jawatan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan ahli Parlimen Tampin, Negeri Sembilan. Datuk Taha ditembak mati dengan pistol milik Mokhtar Hashim di Kampung Seri Asahan, Gemencheh pada jam 1.30 pagi, 14 April 1982. Mokhtar Hashim seorang pemimpin pemuda UMNO yang berpotensi dan baru berusia 40 tahun. Berdasarkan risikan dan maklumat yang polis PDRM terima, suspek Datuk Mokhtar Hashim terlibat dan beliau telah ditangkap di rumahnya di Jalan 16/6, Petaling Jaya, Selangor jam 1.30 pagi. Orang lain yang terlibat termasuklah Rahmat Satiman (46 tahun - ketua kampung), Nordin Johan (33 tahun - peniaga), Aziz Abdullah (65 tahun, kerja sendiri, PJK) dan Aziz Tumpuk.
Pilihan raya umum Malaysia 1982 hanya tinggal 8 hari lagi iaitu pada 22 April 1982. Mereka bermusuhan dalam politik UMNO Bahagian Tampin dan masing-masing mahukan jawatan Ketua Bahagian UMNO. Taha Talib kuat di peringkat negeri sementara Mokhtar Hashim kuat di peringkat persekutuan. Taha Talib menang dalam perebutan jawatan dalam UMNO . Tarikh tutup penamaan calon pada 7 April 1982.
Perdana Menteri Malaysia ketika itu ialah Dato Dr Mahathir Mohamad dan timbalannya Datuk Seri Musa Hitam. Menteri Besar Negeri Sembilan ketika itu ialah Tan Sri Mohd Isa bin Hj. Abdul Samad yang baru ambil alih jawatan daripada Datuk Seri Rais Yatim.[3]
Siasatan rapi telah dilakukan. Dr HS Ahliwalia telah melakukan bedah siasatan.[4] Ujian balistik menunjukkan peluru yang membunuh Taha Talib datang dari pistol beliau. Sehingga kini tidak dapat dipastikan siapa yang menarik picu pistol, namun pistol itu memang miliknya.
Perbicaraan panjang selama 75 hari di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Hakim Hashim Yeop Sani menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup (biasanya 20 tahun) kepada Datuk Mokhtar Hashim.Peguam Negara ketika itu ialah Tan Sri Abu Talib Othman .Setelah beberapa tahun, Mokhtar Hashim ditahan di Penjara Pudu, beliau diampunkan oleh Yang diPertuan Agong dan hukuman ditukar kepada penjara seumur hidup. Akhirnya Mokhtar dibebaskan pada 1991.

Datuk Mokhtar Hashim
Seorang dari lima yang dituduh membunuh, Aziz Tumpuk (53 tahun) meninggal dunia pada 2 Ogos 1982 ketika dalam tahanan di Penjara Pudu.[5] Semasa perbicaraan , mahkamah digemparkan berita buku-buku catatan hilang.Buku-buku yang hilang ialah buku-buku catatan lokap dan catatan Balai Polis Gombak - lokasi Rahamat Satiman (orang ketiga tertuduh) dilokap selama 42 hari . Peguam bela Rahmat, Manjeet Singh Dhillon mendakwa polis cuba menyembunyikan keadaan sebenar kerana berlaku unsur-unsur siksaan.[6] Polis memberi perlindungan ketat kepada semua saksi utama dan penting dalam kes pembunuhan itu.

Pengkebumian

Tubuh Taha Talib telah dibawa ke Hospital Besar pada 3 Ogos 1982. Setelah bedah siasat dilakukan, jenazah Taha Talib di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seri Asahan.Antara kenamaan yang hadir ialah Datuk Musa Hitam. Mokhtar Hashim pun kelihatan hadir semasa di rumah Taha Talib.[7]
Tokoh politik yang pernah dibunuh di Malaysia ialah ADUN Lunas, Dr Joe Fernandez pada tahun 2000 dan ADUN Tenggaroh, Datuk S. Krishnasamy yang ditembak mati dalam lif. Pakar forensik psikiatri, Dr Muhammad Muhsin Ahmad Zahari menyatakan bahawa pembunuhan belum membudaya di Malaysia.[8]
Bagi menghargai jasanya, sebuah sekolah menengah telah dinamakan sempena namanya iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Mohamad Taha Talib di Gemencheh.
PEMBUNUHAN DATUK MOHAMED TAHA TALIB
CUKUP menggemparkan apabila bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Mokhtar Hashim, dituduh membunuh bekas Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohamed Taha Talib 28 tahun lalu.
Beliau ditangkap polis dekat rumahnya di Jalan 16/5 Petaling Jaya dalam bulan puasa, kira-kira jam 1.30 pagi 10 Julai 1982 atas tuduhan berkenaan.
Pada 5 Mac 1983, Mahkamah Tinggi mendapati Mokhtar bersalah dan menjatuhkan hukuman mati ke atasnya.
Rayuan Mokhtar ke Mahkamah Persekutuan pada 23 Julai 1983 ditolak. Pada 3 Mac 1984, Yang di-Pertuan Agong meringankan hukuman ke atasnya kepada penjara seumur hidup selepas bekas perdana menteri, Tuanku Abdul Rahman menulis surat peribadi dengan disertai sokongan petisyen orang ramai.
Kes itu mencatatkan sejarah sebagai perbicaraan kedua paling lama di Malaysia iaitu 75 hari, selepas kes Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketika dalam tahanan, Mokhtar diberi tugas sebagai pendaftar di klinik Penjara Pudu.
Beliau yang menjalani hukuman penjara seumur hidup di Penjara Pudu, bagaimanapun, dibebaskan atas perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Azlan Shah pada 15 April 1991.
Mokhtar yang sepatutnya menamatkan tempoh hukuman itu pada 1995, dibebaskan jam 10.15 pagi itu.

*********************

Biografi Ringkas Datuk Mohamad Taha Talib


Dato Mohamad Taha Talib adalah Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan yang mati dibunuh pada 1982 akibat sengketa politik - perebutan jawatan dalam politik UMNO. Rumah beliau terletak di Seri Asahan,Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan. Pada 1971, beliau pernah menjadi pemangku Menteri Besar Negeri Sembilan.[1]

Keluarga

Isterinya Datin Norsiah Othman berada di rumah semasa suaminya mati ditembak di luar pagar rumah. dia terdengar dua das tembakan. Tetapi menyangka ada orang menembak musang.Turut menjadi saksi ialah sarjan Mohamed Isa bin Haji sulong , pegawai petugas di Balai Polis Gemencheh.Ketua Polis Tampin ketika itu ialah Bahadon bin Baharum.[2]

4 comments:

hafeez said...

salam tuan.tuan tahu tak cerita sebenarnya

Kamalr Yusof Al-Paghity said...

Maaf.. Ini kisah lama. Waktu itu pun saya masih kanak kanak lagi. Saya suka kumpul kisah panas sesuatu masa...cuma compile utk share dgn pembaca saja. Terima kasih.

Unknown said...

Dato Mokhtar sangkut sebab pistol beliau sahaja.. Tapi dia ada alibi yang dia tidak berada di tempat kejadian..

Anonymous said...

Mangsa politik..teraniaya ...semoga arwah2 dicucuri rahmat ..