Lion of the Desert

Monday, September 07, 2009

PANTUN 1MALAYSIA (Bersempena 52 Tahun Negaraku Merdeka)


1.
Tanah Pusaka Serelung Sawah,
Peninggalan Ayahanda Menyentuh Rasa;
Singkirkan Prasangka Binalah Ukhuwah,
Semangat 1Malaysia Muafakat Bangsa.


2.
Sayang Cik Nona Berkebaya Sendat,
Pandai Menggubah Jambangan Kenanga;
Berpancawarna Budaya Dan Adat,
Jalinan Muhibbah 1Malaysia.


3.
Tangkas Bersilat Panglima Utama,
Itulah Lambang Pahlawan Perkasa;
Berbeza Adat, Budaya Dan Agama,
Bukan Penghalang Penyatuan Bangsa.


4.
Cincin Suasa Pengikat Mesra,
Bertatah Permata Kilauan Cahaya;
Penyatuan Bangsa Pengukuhan Negara,
Bangsa Perkasa Negara Berjaya.


5.
Anggun Cik Puan Siap Berdandan,
Senyuman Menawan Bukan Kepalang;
Mantapkan Persefahaman Eratkan Perpaduan,
1Malaysia Segandingan Mencapai Gemilang.


DIRGAHAYU NEGARAKU !!!

Nota : Disiarkan dalam Radio Klasik Nasional sempena Pertandingan Mencipta Pantun 1Malaysia 2009



4 comments:

Anonymous said...

saya pinjam serangkap pantun awak untuk dimasukkan dalam karangan..sangat menarik..terima kasih

-pelajar sekolah-

Anonymous said...

izinkan saya memasukkan pantun ini dalam majalah tahunan sekolah saya..

Anonymous said...

izinkan saya pinjam salah satu daripada pantun awak untuk ucapan :)thxx

Anonymous said...

Minta izin copy ye..