Thursday, November 24, 2022

Anwar Ibrahim Tiba di Perdana Putra, Mula Tugas Sebagai PM10 Malaysia.

KAJANG: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan kediamannya jam 9.28 pagi ini, dipercayai menuju ke Pejabat Perdana Menteri (PMO). Hari ini merupakan hari pertama beliau memasuki pejabat di Putrajaya itu. Sebelum meneruskan perjalanannya, Anwar yang mengenakan baju Melayu berwarna merah jambu sempat menyapa media dengan ucapan ringkas.
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan tugas secara rasmi bermula hari ini. Kenderaan yang membawa beliau tiba di perkarangan bangunan Perdana Putra jam 9.52 pagi. Sebaik sahaja tiba di pintu protokol, Perdana Menteri sempat melambaikan tangannya ke arah pengamal media yang berada di pintu masuk berkenaan. 

Anwar, 75, dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas baginda mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Raja-raja Melayu di Istana Negara (Istana Negara) pagi Khamis. 

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang juga Ahli Parlimen Tambun itu akan mengimbas kad perakam waktu sebagai tanda bermula tugas beliau sebagai Perdana Menteri ke-10 Malaysia. Beliau selepas itu akan menuju ke pejabat Perdana Menteri untuk menandatangani buku selamat datang dan selamat bertugas. 

 Antara individu yang turut hadir adalah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang. Difahamkan, Anwar bakal mengadakan sidang media di premis pejabatnya namun hanya terbuka kepada media rasmi sahaja untuk membuat liputan.

No comments: