Sunday, May 10, 2020

Dalam Kenangan - Hilangnya Permata Ulama' Tersohor Pada Hari Malaysia 2016 : Bumi California, Persinggahan Abadi Tuan Guru Datuk Prof. Dr Harun Din.

Hafiz Marzukhi, Astro Awani |  Published September 16, 2016 10:45 MYT


KUALA LUMPUR: : Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din telah meninggal dunia di sebuah hospital di San Francisco, Amerika Syarikat pada jam 10.05 waktu Malaysia pagi ini.

Perkembangan terbaru itu disahkan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat Nasrudin Hassan menerusi laman Facebook beliau sebentar tadi.

Video AstroAwani

Ketika dihubungi, Nasrudin memberitahu Astro AWANI: "Kami terima berita bahawa Tuan Guru Datuk Dr Haron Din telah kembali ke rahmatullah di Hospital Stanford University Amerika Syarikat.

"Difahamkan beliau meninggal pada jam 10.05 pagi waktu Malaysia. Kami di PAS Pusat mengucapkan takziah kepada keluarga Tuan Guru."

Beliau yang juga Ahli Parlimen Temerloh itu menyifatkan pemergian Dr Haron satu kehilangan besar.

"Ia satu kehilangan besar bukan sahaja buat PAS, tetapi seluruh umat Islam di Malaysia," kata Nasrudin.

Sebelum ini, Dr Haron, 76, juga pengasas pusat perubatan Islam Darussyifa' Malaysia, ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital tersebut akibat komplikasi jantung.


Astro Awani |  Diterbitkan pada September 16, 2016 09:48 MYT
Haron Din di ICU hospital di San Francisco

Dr Haron Din dikhabarkan berada dalam keadaan kritikal di sebuah hospital di San Francisco. 
- Gambar fail

KUALA LUMPUR: Datuk Dr Haron Din dilaporkan kini berada di dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi (ICU) ketika menjalani rawatan di sebuah hospital di San Francisco.

Difahamkan, Mursyidul Am PAS itu berlepas ke Amerika Syarikat beberapa hari lalu untuk mendapatkan rawatan lanjut berhubung masalah jantung yang dihidapinya.

Penceramah terkenal Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani menerusi status di laman Facebooknya malam tadi menulis, pihak hospital menghubungi keluarga Dr Haron bagi memaklumkan beliau dimasukkan ke ICU dan meminta keluarganya segera datang.

BERITA  | MALAYSIA
Najib ziarah Haron Din di IJN
Bernama |  Diterbitkan pada April 05, 2016 21:53 MYT

Najib ziarah Haron Din di IJN
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak meluangkan masa menziarahi Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menziarah Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din yang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) di sini.

Haron dimasukkan ke IJN minggu lepas setelah mengadu sakit dada.

Sebelum itu, Najib meluangkan masa melawat pemain golf negara Shaaban Hussin yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas terbabit kemalangan jalan raya pada Khamis lepas.

"Meluangkan masa menziarahi dan berbual dengan Ustaz Haron Din tadi di Institut Jantung Negara selepas melawat Shaaban Hussin di Hospital Kuala Lumpur. Sama-sama kita doakan Allah SWT pelihara beliau dan segera sembuh, Insya-Allah," kata Najib menerusi laman Facebook beliau.
Perdana menteri turut menyiarkan gambarnya berbual dengan Haron di dalam bilik wadnya di IJN.

Haron sudah beberapa kali menerima rawatan bagi komplikasi jantung di IJN.




No comments: