Thursday, June 03, 2010

Minyak tumpah cemari pantai - Operasi belum selesai

@kosmoOnline




KUALA LUMPUR - Operasi pembersihan pantai yang dicemari minyak di antara Tanjung Pengelih hingga Tanjung Punggai, Kota Tinggi, Johor ekoran pelanggaran kapal MT Bunga Kelana 3 dengan MV Waily di Selat Singapura minggu lalu masih diteruskan.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) memberitahu, setakat ini kerja-kerja pembersihan telah dilakukan di kawasan pantai sepanjang 17.5 kilometer dengan membabitkan 2,392 pekerja.
"Kami sudah mengumpul 10,400 beg pasir tercemar dan 1,991 liter minyak,'' jelasnya dalam satu kenyataan semalam.
Menurutnya, kawasan tumpuan selepas ini ialah kawasan berbatu di Sungai Musoh, Sungai Ahmad dan Tanjung Kapal sepanjang 500 meter.
Sementara itu, Penasihat Malaysia Nature Society Johor (MNSJ), Vincent Chow berkata, satu pasukan tindak balas kecemasan yang tetap perlu ditempatkan di Pengerang bagi memastikan usaha menangani kejadian tumpahan minyak dapat dilakukan dengan pantas dan secara profesional.
SEKUMPULAN pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengambil sampel pasir yang diselaputi minyak di Sungai Kapal, Pengerang, Kota Tinggi semalam.

No comments: