Thursday, November 24, 2022

PERDANA Menteri Baharu (PM Ke-10), Datuk Seri Anwar Ibrahim : Intipati Ucapan Pertama Bersama Wartawan (press conference)

PERDANA Menteri baharu (PM Ke-10), Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Khamis malam, mengadakan sidang media pertama selepas mengangkat sumpah jawatan berkenaan pada sebelah petang. Ini adalah antara inti pati sidang media berkenaan yang diadakan di Sungai Long Golf and Country Club di Kajang, pada Khamis. - Komited mempertahankan Perlembagaan - Bahasa Melayu - Agama Islam sebagai agama rasmi negara - Kedudukan Raja-Raja Melayu - Hak keistimewaan kaum Melayu tanpa meminggirkan hak kaum Cina, India, suku kaum Sabah dan Sarawak serta Orang Asli. Pemerintahan dibentuk dengan dukungan padu dan mantap dari tiga gabungan terbesar iaitu Pakatan Harapan, Barisan Nasional dan Gabungan Parti Sarawak. (Sumber : Astro Awani)

No comments: