Wednesday, May 19, 2010

Al Fatihah - Ashaari Muhammad meninggal dunia






IPOH 13 Mei - Bekas pemimpin kumpulan Al-Arqam yang diharamkan oleh kerajaan, Ashaari Muhammad meninggal dunia di Hospital Pakar Ipoh di sini hari ini, tiga hari selepas dimasukkan ke hospital itu akibat jangkitan paru-paru.


Allahyarham yang berusia 73 tahun merupakan Pengerusi Global Ikhwan Sdn. Bhd., menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 2.10 petang. Hampir 200 orang hadir di rumah tamu tersebut sebelum jenazah Allahyarham dibawa dengan sebuah kenderaan untuk dikebumikan di Kampung Pilin di Rembau, Negeri Sembilan.Allahyarham mengasaskan Al-Arqam pada tahun 1968 bermula dengan 10 hingga 12 orang ahli, sebelum ia diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 5 Ogos 1994. Apabila ajaran Al-Arqam diharamkan, Ashaari ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari 2 hingga 24 September 2004 sebelum ditahan mengikut Akta Kediaman Terhad di Rawang dan Wilayah Persekutuan Labuan selama 10 tahun.
Al-Arqam yang juga dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah mempunyai kira-kira 10,000 pengikut yang menyebarkan kegiatan dakwah Islam melalui bidang pendidikan, penerangan, penerbitan, perusahaan, perniagaan, perubatan dan pertanian.

Sumber: Utusan Malaysia

Walau apapun sejarah silam allahyarham, sebagai saudara seagama kita tetap dituntut supaya mendoakan kesejahteraan allahyarham. Bagi aku, kalaulah Al-Arqam tidak terpesong dari ajaran islam sebenar, maka ianya akan menjadi pertubuhan yang lebih baik dari parti PAS.

Aku sokong idea dan konsep beliau didalam usaha menyatukan orang islam ketika itu dengan cara berdakwah dan membina ekonomi islam. Hanya dengan kemajuan ekonomilah umat islam akan dapat berjaya dan maju.

Berlainan dengan sikap PAS. Hanya tahu bercakap mengenai negara islam tetapi langkah langkah untuk menjadi negara islam langsung tak ada. Hanya tahu negara islam ada hukum hudud. Benda lain seperti ekonomi, pelajaran dan lain lain habuk pun takde.

Lepas tu sibuk hina dan memfitnah orang lain. Kalau beginilah perangai dan pemikiran orang PAS, sampai ke akhir zamanpun impian PAS untuk negara islam hanya tinggal angan angan. Nik Aziz perlu belajar dari Al Arqam bagaimana untuk menyatukan umat islam terlebih dahulu sebelum berbaik baik dengan kafir DAP. Kalau umat islampun Nik Aziz tak dapat satukan, bagaimana dapat menubuhkan negara islam. Takkan pula dengan bantuan orang kafir?
 
Petikan daripada malaysiaheaven.blogspot.com

1 comment:

che long said...

assalamualaikum..

kerana pulut, santan binasa.
kerana mulut, badan binasa..

admin, cakap bebaik sikit la..
mana awak tahu PAS tak fokus pada ekonomi, pendidikan?

agaknya, awak tak pernah dengar PASTI kot? tak pernah dengar SEKOLAH ARAB dan AGAMA kot? tak pernah dengar isu semasa tentang DINAR EMAS kot? tak pernah tahu isu pengharaman riba dari duit kerajaan PAs kot? tak pernah tahu tahu tentang yayasan dan institut ekonomi yg pesat diwujudkan oleh PAS kot..

dan mana awak tahu al-Arqam tu sesat? awak tahu ke apabenda aurad muhammadiyah tu? pernah kaji secara mendalam ke? tahu ke disiplin2 ilmu dalam Islam sehingga sesedap hati nak petik dari sumber kerajaan yg kononnya Islamik lah sangat.

Kerajaan yang soleh ke duk asyik duk luluskan benda2 haram kat negara ni? Kerajaan musleh ke yg duk asyik anjur benda2 maksiat? Kerajaan yg soleh ke membiarkan ramai rakyat marhain menderita di bawah pemerintahannya?

Awak ada akal, pikiaqlah sikit sebelum nak mengata ikut suka. Kalau tak tau, diam sudah..