Thursday, June 12, 2025

PMX - ANWAR iBRAHIM FAIL RAYUAN ISU IMUNITI SAMAN SIVIL YUSOFF RAWTHER

 





Mahkamah arah tangguh sementara kes Yusoff Rawther terhadap Anwar.

https://m.malaysiakini.com/news/745684

malaysiakini logo
ADS
story-image
A

Mahkamah Rayuan hari ini mengeluarkan perintah ad-interim untuk menangguhkan sementara semua prosiding berkaitan saman sivil yang difailkan oleh Yusoff Rawther terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan serangan seksual pada 2018.  

Keputusan itu dibuat selepas panel tiga hakim membenarkan permohonan Anwar untuk menangguhkan saman sivil itu sehingga keputusan dibuat berkenaan permohonan penangguhan penuh oleh perdana menteri.  

Perbicaraan bagi permohonan penangguhan penuh itu ditetapkan pada 21 Julai.  

Hakim Supang Lian, yang mengetuai panel, berkata keputusan itu dibuat sebulat suara.  

"Setelah mendengar hujahan peguam perayu dan responden, kami berpendapat bahawa bawah Seksyen 44 Akta Mahkamah Kehakiman 1964, kami mempunyai kuasa untuk mengeluarkan perintah ad-interim bagi mengekalkan integriti permohonan penangguhan oleh perayu, sementara menunggu pelupusan permohonan penangguhan tersebut.

"Oleh itu, kami dengan ini mengeluarkan perintah ad-interim untuk menangguhkan semua prosiding, termasuk perbicaraan penuh di Mahkamah Tinggi, sehingga pelupusan permohonan penangguhan oleh perayu," katanya ketika menyampaikan keputusan.  

Mudarat tak boleh pulih

Keputusan ini bermakna semua prosiding berkaitan saman sivil, termasuk perbicaraan penuh yang dijadualkan bermula Isnin ini, akan ditangguhkan sehingga permohonan Anwar diputuskan di mahkamah.  




No comments: