Thursday, June 12, 2025

KESYUKURAN TAK TERHINGGA - YUSOFF RAWTHER LEPAS-BEBAS


Kuala Lumpur, 12 Jun 2025- Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan bekas pembantu penyelidik ahli politik, Muhammed Yusoff Rawther daripada tuduhan mengedar dadah jenis kanabis dan memiliki dua pistol tiruan tahun lalu tanpa perlu membela diri. 


Dalam kenyataan selepas pembebasannya, Yusoff menegaskan akan terus berjuang menuntut keadilan. Beliau menyifatkan pengalaman dipenjarakan sebagai ujian besar dan menzahirkan rasa syukur atas sokongan rakyat serta keluarganya."

" Pengalaman dalam penjara sangat mencabar terutama bagi seseorang yang tak pernah buat kesalahan tersebut.

  

Yusof turut tidak lupa menzahirkan penghargaan kepada pegawai penjara yang menjaganya dengan baik sepanjang 9 bulan bipenjarakan. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mendoakannya. Baginya pembebasannya itu adalah kemenangan bagi seluruh rakyat Malaysia. 

Muhammad Yusoff diwakili oleh peguam Muhammad Rafique Rashid Ali manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Sabri Othman. 

 (Astro AWANI)


AGC FAIL NOTIS RAYUAN KES YUSOFF RAWTHER

Mukhriz Mat Husin  (SINAR ONLINE / 16 Jun 2025 @ 01:30pm)

SHAH ALAM – Jabatan Peguam Negara (AGC) telah memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepaskan dan membebaskan bekas pembantu penyelidik, Muhammed Yusoff Rawther pada 12 Jun lalu.

AGC dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, rayuan difailkan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Muhammed Yusoff tanpa dipanggil untuk membela diri di akhir kes pendakwaan bagi dua pertuduhan iaitu mengedar dadah jenis kanabis dan memiliki dua pucuk pistol tiruan.

“Pertuduhan tersebut dibuat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] dan Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 [Akta 206].

“Setelah mempertimbangkan keputusan Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, AGC telah memfailkan notis rayuan pada Isnin bagi merayu terhadap keputusan pelepasan dan pembebasan tersebut,” katanya.











Yusoff Rawther dilepaskan dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dan memiliki dua pistol tiruan, di Mahkamah Tinggi.


Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu pada 12 Jun lalu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh. 

Pada 12 September 2024, Muhammed Yusoff didakwa di Mahkamah Majistret atas satu pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram.

Kesalahan itu didakwa dilakukan dalam kenderaan yang dinaikinya di hadapan surau Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada jam 10.15 pagi, 6 September 2024.


No comments: