Lihat Perakuan Sumpah Sdra Yusoff Rawther di sini yang telah menjadi fakta kes pertuduhan tersebut yang sangat menjejaskan nama baik dan maruah pemimpin unggul yang dikenali seantero dunia tersebut apatah lagi setelah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 (PMX) mulai 24 November 2022.
Ini bukan sekali dua DSAI dilibatkan dengan kes berkaitan seks sejenis yang begitu mengaibkan itu. Sejarah Malaysia telah dimalukan dengan kes-kes berprofail tinggi sebegitu yang melibatkan pimpinan Negara. Sebelum ini DSAI telah dijatuhkan hukuman penjara beberapa kali atas beberapa kes salahguna kuasa dan Liwat I (membabitkan pemandu isterinya - Wan Azizah, iaitu Azizan Abu Bakar) dan Liwat II (membabitkan Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantunya).
Kes terbaru ini sekali lagi membabitkan pembantunya juga.
BERITA BERKAITAN
Yusoff Rawther ditahan sejak Jumaat lalu (laporan Sinar Harian 11 September 2024) selepas polis menemui dua pucuk pistol dan dadah dalam kenderaan dinaikinya.
JUMPA PISTOL & DADAH - YUSOFF RAWTHER DITAHAN POLIS.
SINAR HARIAN ONLINE
https://www.sinarharian.com.my/article/685044/berita/semasa/jumpa-pistol-dadah-yusoff-rawther-ditahan-polis
11 September 2024 12:55pm
PUTRAJAYA - Bekas pembantu penyelidik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhammed Yusoff Rawther ditahan sejak Jumaat lalu selepas polis menemui dua pucuk pistol dan dadah dalam kenderaan dinaikinya. Perkara itu disahkan oleh peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali pada Rabu. Menurutnya, Muhammed Yusoff telah menyatakan secara jelas kepada pihak berkuasa bahawa pistol dan 305 gram dadah disyaki ganja bukan miliknya dan tiada kena mengena dengan barangan terlarang tersebut.
"Ujian saringan air kencing
juga negatif," katanya pada Rabu.
Muhammad Rafique berkata, anak
guamnya juga telah menyatakan dalam rakaman percakapan bahawa pistol dan dadah
tersebut diletakkan dalam keretanya sebagai perangkap oleh pihak yang didakwa
mempunyai dendam atau permusuhan dengan beliau.
"Mereka yang Muhammed Yusoff
maksudkan telah pun dibekalkan nama serta kaitan penama-penama tersebut dengan
pimpinan politik negara.
"Pihak polis juga telah
dimohon oleh Muhammed Yusoff serta peguam untuk dibenar membuat laporan polis
mengenai perkara ini.
"Surat berkaitan telah pun
diutus," kata Muhammad Rafique.
Jelas beliau, keperluan membuat
laporan polis itu adalah supaya pembelaan Muhammed Yusoff dimajukan pada seawal
mungkin agar ianya tidak dilabel 'afterthought' atau rekaan.
"Muhammed Yusoff yang ketika
ini berada dalam tempoh tahanan reman sejak Jumaat lalu turut menyuarakan
kebimbangan mengenai beliau apatah lagi kes-kes sivil beliau terkait dengan
individu-individu berpengaruh masih berjalan.
"Kes-kes ini mempunyai
sensitivitinya tersendiri.
"Keluarga Muhammed Yusoff
berdiri teguh menyokongnya dan berharap pihak PDRM profesional dalam melaksana
tugas mereka," katanya.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
sebelum ini menetapkan perbicaraan penuh berhubung saman Muhammed Yusoff
terhadap Anwar berhubung dakwaan serangan seksual terhadapnya akan bermula pada
16 Jun tahun depan. Pada 14 Julai 2021, Muhammed Yusoff memfailkan saman
mendakwa beliau telah diserang Presiden PKR itu secara seksual pada Oktober
2018, beberapa hari sebelum Anwar memenangi Pilihan Raya Kecil Port Dickson. Dakwanya
lagi, beliau mengalami trauma fizikal, psikologi dan sosial yang serius akibat
kejadian tersebut, dan menuntut ganti rugi khas, am, teruk dan teladan serta
faedah, kos dan relif lain.
No comments:
Post a Comment