'Kalimah syahadah selamatkan diriku!' - Muadzin Masjid Terapung Kota Palu
Sinar Harian
Oktober 18, 2018 06:43 MYT
PALU : Seorang bilal di Masjid Terapung Palu menceritakan bagaimana dia terselamat daripada bencana tsunami yang melanda kota ini pada 28 September lalu.
Bilal yang dikenali sebagai Mohd Rahman itu berkata, waktu kejadian itu berlaku dia baharu sahaja mahu laungkan azan Maghrib di masjid berkenaan. Katanya, belum sempat beliau mahu laungkan azan secara tiba-tiba berlaku satu goncangan yang sangat dahsyat yang mana kesannya ia telah menggegarkan masjid berkenaan.
Video Mohd Rahman,
Muadzin Masjid Palu
Muadzin Masjid Palu
"Jadi pada saat itu sudah masuk jam 6 petang (waktu maghrib masa tempatan) saya ingin laungkan azan tiba-tiba berlakunya goncangan yang sangat kuat.
"Dan air laut mula naik ke dalam masjid, " katanya ketika diwawancara oleh media tempatan di sini. Tenang berhadapan situasi itu, katanya dia bermonolog kepada Allah bahawa sekiranya nyawanya mahu diambil ketika itu biarlah jasadnya tidak dibawa jauh dari masjid berkenaan.
“Waktu itu jemaah semua sudah lari, tinggal saya seorang dalam masjid, saya berdoa kepada Allah, baca ayat kursi dan saya akhiri dengan kalimat syahadah. Saya dihempas ombak, air mula masuk ke dalam masjid, saya terkena serpihan kaca, tapi saya tidak pengsan. Sepanjang dibawa air 'ke sana ke sini' itu saya amalkan kalimah syahadah tanpa henti...dan hempasan air laut itu membawa saya terkeluar daripada masjid... pakaian saya sudah tertanggal," katanya.
Berkongsi lanjut, katanya tidak semena-mena ada pakaian yang hanyut dibawa air 'hadir' kepadanya.
"Saya ambil pakaian itu saya balutkan dibadan, bila air kembali tenang saya berjaya larikan diri ke daratan," katanya. Dia akhirnya terselamat dalam tsunami berkenaan dan berkongsi kisah bagaimana dia boleh terselamat meskipun kawasan berkenaan hancur dibadai tsunami.
Sinar Harian bersama NGO Serantau Muslim menggerakkan misi bantuan kemanusiaan ke kota Palu, Sulawesi Indonesia. Misi bantuan yang berangkat pada Jumaat lalu akan berada di Palu sehingga 20 Oktober untuk menghulurkan bantuan. Kota Palu yang digegarkan dengan gempa berukuran 7.5 pada skala Richter dan tsunami yang melanda bandar iu, pada 28 September lalu telah mengakibatkan ribuan nyawa terkorban. Difahamkan di sebahagian Kota Palu memperlihatkan kesukaran hidup yang dihadapi penghuninya selepas kejadian berkenaan.
Hampir 400 maut susulan gempa bumi, tsunami di Palu
BERITA HARIAN
(Dunia Asean)
Sabtu, 29 September 2018 | 4:19pm
JAKARTA: Jumlah korban akibat gempa bumi dan tsunami di Sulawesi, Indonesia, meningkat kepada sekurang-kurangnya 384 orang dengan kebanyakannya maut akibat dihanyut ombak besar ketika bermain di pantai.
Agensi bencana Indonesia menyatakan semua mangsa yang terkorban itu di Palu yang dilanda tsunami besar dan memberi amaran jumlah korban boleh meningkat.
Menurut agensi itu, kira-kira 540 lagi cedera parah.
Menurut pihak berkuasa, gempa susulan masih menggegarkan Sulawesi hari ini, sehingga 100 gegaran sejak semalam, selepas pantai tumpuan pelancong dibadai ombak setinggi enam meter selepas gegaran berskala 7.5 magnitud.
Orang awam melihat kerosakan di pantai yang terkena tsunami
di Palu - Foto AFP
di Palu - Foto AFP
“Ketika ancaman tsunami semalam, masih ramai melakukan aktiviti di pantai, tidak segera melarikan diri menyebabkan ramai menjadi mangsa,” kata jurucakap agensi mitigasi bencana Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho dalam taklimat berita di Jakarta.
Menurut Sutopo, ada mangsa berjaya menyelamatkan diri daripada dihanyutkan arus selepas memanjat pokok setinggi enam meter.
Hospital turut mengalami kerosakan teruk akibat bencana
tersebut.
tersebut.
Pihak berkuasa turut mengesahkan beberapa gambar yang menunjukkan mayat disusun sepanjang jalan dan ada di antaranya dimasukkan ke dalam beg serta muka ditutup dengan baju.
Reuters melaporkan, Nugroho memberitahu kemusnahan akibat gempa bumi amat teruk dengan ribuan rumah, hospital dan pusat beli-belah runtuh manakala jambatan dihanyutkan tsunami selain tanah runtuh.
Penduduk mencari barang-barang mereka di tengah-tengah
runtuhan rumah-rumah yang musnah _ Foto AFP
runtuhan rumah-rumah yang musnah _ Foto AFP
Agensi itu juga masih belum mendapat maklumat mengenai keadaan di bandar perikanan yang hampir dengan pusat gempa. Lebih 600,000 orang tinggal di Donggala dan Palu. - Agensi
Jumlah kematian tragedi Palu cecah 420 orang
BERITA HARIAN
(DUNIA ASEAN)
Ahad, 30 September 2018 | 7:57am
PALU (INDONESIA) : Lebih daripada 400 orang disahkan terbunuh, kebanyakannya dihanyutkan ombak besar akibat tsunami yang dicetuskan oleh gempa bumi kuat di Sulawesi. Puluhan mangsa dilaporkan masih terperangkap dalam runtuhan hotel di Palu yang dilanda ombak setinggi enam meter susulan gempa bumi berukuran 7.5 itu. Ratusan pengunjung sebelum itu berhimpun di pantai bagi meraikan sebuah perayaan apabila dihempas ombak besar awal pagi Jumaat, menyebabkan kematian dalam jumlah yang besar. Presiden Joko Widodo dijadualkan melawat pusat pemindahan di tengah bandar hari ini.
Ketua Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB), Willem Rampangilei memberitahu wartawan di Sulawesi lewat malam tadi bahawa jumlah kematian di Palu telah mencecah 420 orang, menurut laporan laman web Kompas.
Penduduk membawa jenazah mangsa korban di Palu, Sulawesi
Tengah, Indonesia _ Foto REUTERS
Tengah, Indonesia _ Foto REUTERS
“Dianggarkan 10,000 pelarian kini berada di 50 pusat di bandar Palu,” kata beliau dipetik oleh Kompas.
“Kami berdepan kesukaran untuk membawa masuk jentera berat bagi melaksanakan misi mencari dan menyelamat mangsa di bawah runtuhan bangunan kerana kebanyakan jalan utama menuju ke bandar Palu musnah akibat gempa,” katanya.
Pihak berkuasa sebelum ini mencatatkan jumlah kematian sebanyak 384.
Kerosakan akibat gempa bumi dan tsunami dapat dilihat di Palu, Sulawesi Tengah (Antara Foto)
- Foto REUTERS
Sementara itu jurucakap BNPB, Sutopo Purwo Nugroho memberitahu taklimat di Jakarta, kerosakan besar berlaku akibat bencana berkenaan, membabitkan ribuan kediaman, hospital, pusat beli belah dan hotel yang runtuh.- Foto REUTERS
“Jumlah kematian dan kerosakan dijangka lebih besar di Donggala, utara Palu yang terletak berhampiran dengan pusat gempa.
“Perhubungan terputus sama sekali dan tiada sebarang maklumat diterima setakat ini dari Donggala,” katanya. - Reuters
Tsunami Palu: Angka korban kini cecah 1,203 orang.
ASTRO AWANI
15 Oktober 01, 2018 12:27 MYT
DONGGALA: Jumlah kematian akibat
bencana tsunami di bandar Palu dan Donggala di Pulau Sulawesi, Indonesia,
dilaporkan telah meningkat kepada 1,203 orang.
Menurut kenyataan media dari
Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia, angka korban itu
dijangka akan terus meningkat berikutan masih terdapat beberapa lagi mayat
mangsa ditemui di lokasi bencana itu.
Pasukan penyelamat masih giat
menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa susulan gempa melanda
Donggala dengan kekuatan 5.9 magnitud pada Jumaat lalu yang turut mencetuskan
kejadian tsunami.
Daerah Petobo merupakan daerah yang
dilaporkan mempunyai jumlah mangsa yang ramai iaitu sebanyak 700 orang diikuti
oleh daerah Undata seramai 201 orang, Bhayangkara seramai 161 orang, Mesjid
Raya seramai 50 orang, Tawaeli seramai 35 orang, Madani seramai 32 orang,
Wirabuana seramai 10 orang, Pol PP seramai 7 orang, Kawatuna seramai 5 orang
dan Kayumalue Pajeko seramai 2 orang.
Anggota penyelamat sedang
mengeluarkan mangsa dari runtuhan
akibat tsunami di Palu, Donggala. - Foto Reuters
akibat tsunami di Palu, Donggala. - Foto Reuters
Ratusan rumah musnah akibat gempa
dan tsunami susulan bencana berkenaan, dan pihak berkuasa berkata lebih dari
16,732 orang kini kehilangan tempat tinggal. Selain itu, sebanyak tujuh loji
jana kuasa PLN terpadam akibat gempa yang mengoncang daerah berkenaan,
khususnya di Palu dan Donggala. Setakat ini, hanya dua loji jana kuasa yang
boleh dihidupkan kembali dan beroperasi. Dalam pada itu, sistem komunikasi di
lokasi bencana turut dilaporkan lumpuh disebabkan 276 stesen pengkalan tidak
boleh digunakan buat masa ini. Gabenor Sulawesi Tengah, Longki Djanggola juga
telah menetapkan tempoh darurat bencana gempa bumi dan tsunami di daerah
Sulawesi Tengah selama 14 hari (bermula 28/9/2018 hingga 11/10/2018). Sementara
itu, mangsa gempa yang terselamat juga dilaporkan kekurangan bekalan makanan
dan bekalan air bersih serta barangan keperluan lain.
'Trak Malaysia' buat Palu tersenyum
Bernama
'Trak Malaysia' buat Palu tersenyum
Oktober 16, 2018 19:12 MYT
Sebanyak 10 trak misi kemanusian
bencana dari Malaysia memasuki
Kota Palu untuk mengedar bantuan seperti kelengkapan
solat, makanan, pek kebersihan, susu bayi
dan tuala wanita. - Bernama
Kota Palu untuk mengedar bantuan seperti kelengkapan
solat, makanan, pek kebersihan, susu bayi
dan tuala wanita. - Bernama
PALU: Senyuman manis terukir di
wajah penduduk dengan kehadiran 10 buah 'trak Malaysia' di jalanan Kota Palu
berlatarkan runtuhan bangunan di sini hari ini. Senyuman itu penuh bermakna,
namun mudah untuk menterjemah apa makna di sebaliknya. Kegembiraan, kelegaan
dan kesyukuran, itulah yang dapat wartawan tafsirkan mengenai senyuman itu,
sesuatu yang sekian lama hilang sejak warga kota ini diuji dengan tragedi gempa
bumi dan tsunami pada 28 Sept lalu. Ini kerana, 'trak Malaysia' yang dibaluti
Jalur Gemilang itu membawa muatan berupa barangan keperluan iaitu 3,000 pek
makanan, 2,000 pek kebersihan (hygiene pack), 2,000 pek solat mengandungi
sejadah dan telekung selain susu bayi, susu ibu mengandung, lampin bayi dan
tuala wanita.
Sebahagian kanak-kanak
melambaikan tangan mengucapkan
terima kasih kepada konvoi misi kemanusian bencana
yang diketuai oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam
Malaysia (MAPIM) di Jalan Malonda
Kota Palu hari ini. - Bernama
terima kasih kepada konvoi misi kemanusian bencana
yang diketuai oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam
Malaysia (MAPIM) di Jalan Malonda
Kota Palu hari ini. - Bernama
Bantuan itu merupakan sebahagian
daripada program misi kemanusiaan kali kedua oleh Majlis Perundingan Pertubuhan
Islam Malaysia (MAPIM). Jelas, bantuan ini tiba tepat pada masanya, di saat
penduduk semakin kesempitan keperluan asas dan masih berusaha untuk bangkit
daripada tragedi menyayat hati itu. Trak yang membawa bekalan itu selamat tiba
di Palu selepas menempuh perjalanan darat sejauh lebih 900 kilometer dari
Makassar dengan perjalanan memakan masa kira-kira 37 jam. Kesemua barangan
bantuan berkenaan akan diedarkan sepenuhnya kepada mangsa-mangsa gempa bumi dan
tsunami di kawasan sekitar Palu pada esok. -- BERNAMA
Likuifaksi yang
menyaksi kawasan pertanian di Palu berubah
daripada kedudukan asal.
Katua Kampung Loli Dondo, Arwin lanuntju berkata, gempa bumi dan tsunami yang melanda perkampungan nelayan tersebut telah merosakkan perahu-perahu penduduk, sekali gus menjejaskan mata pencarian mereka. Bagaimanapun, katanya, bantuan berupa sumbangan perahu daripada MyCARE dan Econsave memberikan sinar harapan dan semangat kepada nelayan di perkampungan itu untuk kembali turun ke laut mencari rezeki.
'Kami pasti bangkit kembali !"
SINAR HARIAN 28 Januari 2018
SINAR HARIAN 28 Januari 2018
Timbunan runtuhan bangunan di
kampung Loli Dondo.
28 SEPTEMBER 2018 menjadi tarikh
yang tidak dapat dilupakan penduduk di Sulawesi, Indonesia apabila kawasan
tersebut dilanda gempa bumi dan tsunami sehingga mengorbankan ribuan nyawa. Malah
gempa bumi berukuran lebih 7 skala magnitud yang mencetuskan tsunami kuat itu turut
menghancurkan kediaman penduduk, tapak perniagaan dan pusat peranginan selain
berlakunya likuifaksi (fenomena pergerakan tanah). Secara nyata, gempa bumi dan
tsunami Sulawesi 2018 ini juga telah mengakibatkan kerosakan harta benda dan
meragut nyawa penduduk terutama di Kabupaten Donggala sehinggakan apa yang
berlaku mendapat perhatian negara luar.
Selang beberapa bulan
kemudiannya, Indonesia sekali lagi diuji dengan tsunami Selat Sunda yang
berlaku pada 22 Disember 2018 disebabkan oleh letusan Anak Krakatau yang
menghentam Banten, terletak di hujung barat Pulau Jawa. Difahamkan, lebih 400
korban jiwa dilaporkan selain terdapat angka nyawa yang mengalami kecederaan
dan orang hilang yang tidak dapat dianggarkan dengan tepat jumlahnya akibat
daripada tsunami tersebut. Likuifaksi yang menyaksi kawasan pertanian di Palu
berubah daripada kedudukan asal.
daripada kedudukan asal.
Laut biru, pasir putih
Peluang untuk meninjau sendiri
lokasi bencana alam ini iaitu Kota Palu, Donggala dan Banten bersama
Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dan Econsave Cash & Carry Sdn Bhd
(Econsave) menjadi satu pengalaman baharu buat penulis. Jika diamati, Kota Palu
termasuklah Donggala dan Banten ini kawasan jajaran pantai yang cantik dengan
air lautnya yang kebiruan serta pasirnya yang memutih, sekali gus menjadi
tumpuan umum termasuklah pelancong asing.
Bagaimanapun, bencana yang
berlaku ke atas kawasan-kawasan ini, telah meninggalkan kesan-kesan runtuhan
kediaman, tapak perniagaan dan pusat peranginan selain merosakkan tanaman sawah
padi penduduk. Selain itu, pertemuan dengan penduduk di Kota Palu, Donggala dan
Banten telah menghadirkan cerita sedih sehingga ada di antara mereka
memberitahu kehilangan ahli keluarga akibat daripada gempa bumi dan tsunami
tersebut. Meskipun begitu, kehadiran Misi Kemanusiaan Perahu4Palu dan Bantuan
Tsunami Selat Sunda anjuran MyCARE dan Econsave tetap disambut mesra dengan
senyuman di kalangan warga Kota Palu, Donggala dan Banten. Mereka meraikan
kunjungan sukarelawan dan menerima seadanya bantuan berupa perahu kepada
nelayan, bungkusan makanan, pek keceriaan kanak-kanak, kit kebersihan diri,
telekung dan wang tunai yang mana keseluruhan sumbangan berjumlah lebih
RM120,000. Kesemua mereka yang ditemui mengucapkan rasa syukur ke hadrat Illahi
dan gembira di atas sumbangan disampaikan yang sedikit sebanyak meringankan
beban dihadapi pasca bencana tersebut.
Terpaksa pinjam perahu
Katua Kampung Loli Dondo, Arwin lanuntju berkata, gempa bumi dan tsunami yang melanda perkampungan nelayan tersebut telah merosakkan perahu-perahu penduduk, sekali gus menjejaskan mata pencarian mereka. Bagaimanapun, katanya, bantuan berupa sumbangan perahu daripada MyCARE dan Econsave memberikan sinar harapan dan semangat kepada nelayan di perkampungan itu untuk kembali turun ke laut mencari rezeki.
"Bencana yang berlaku
menyebabkan ada di antara nelayan tidak dapat ke laut kerana perahu mereka
rosak dan hilang. Ada juga nelayan terpaksa meminjam atau menyewa perahu
nelayan lain untuk menangkap ikan.
"Alhamdulillah. Bantuan
perahu daripada MyCARE dan Econsave ini membantu nelayan untuk kembali ke laut
untuk menangkap ikan. Saya selaku ketua kampung mengucapkan terima kasih dan
bersyukur di atas keprihatinan ini," katanya.
Sebuah kontena
tersadai akibat dilanda tsunami.
Selain itu, sukarelawan misi kemanusiaan
MyCARE dan Econsave juga sempat meninjau kesan runtuhan bangunan serta melawat
pantai di Kota Palu yang turut dihentam tsunami dan bertemu dengan beberapa
penduduk setempat. Bagi peniaga air kelapa di Kota
Palu, Zamri Rasim berkata, bencana tersebut juga mengakibatkan gerai-gerai di
pesisir pantai rosak teruk dan hanyut ke darat sehingga menjejaskan pendapatan
mereka sebagai peniaga.
"Sebelum tsunami, terdapat
banyak gerai peniaga di sekitar pesisir pantai di Palu. Apabila berlakunya
gempa bumi dan tsunami pada tahun lalu, habis segala gerai-gerai peniaga dibawa
air laut.
"Namun saya percaya, kawasan
ini akan kembali pulih. Warga Palu akan bangkit semula. Apa yang berlaku itu
ada hikmahnya. Kita harus terima ia dan tidak terus bersedih tanpa melakukan
apa-apa," katanya.
Cekal hadapi musibah
Sepanjang berada di Palu dan
Banten dalam misi kemanusiaan yang memakan masa empat hari tiga malam ini,
dapat disimpulkan bagaimana kuatnya semangat penduduk di lokasi yang terjejas
teruk akibat bencana tersebut. Walaupun kehilangan tempat tinggal, tapak berniaga
dan ahli keluarga, mereka cekal menghadapi musibah yang melanda, sekali gus
bangkit meneruskan kehidupan seharian tanpa menoleh ke belakang. Mereka diuji
dengan bencana seumpama itu, bersedih dengan kehilangan harta benda dan nyawa
insan tersayang, tetapi masih tetap berusaha gigih untuk menghadapi liku-liku
kehidupan dalam keadaan serba kekurangan. Malah gempa bumi dan tsunami yang
berlaku telah membuka jalan kepada banyak negara termasuk Malaysia menzahirkan
keprihatinan serta menjalinkan ukhuwah bersama penduduk di Palu, Donggala dan
Banten.
Wujudnya NGO seperti MyCARE dan
pihak Econsave mewakili Malaysia-Johor membantu mangsa tsunami Sulawesi dan
Selat Sunda, bukanlah untuk mencari nama, tetapi kerana sifat kemanusiaan yang
menebal. Sudah tentu Misi Kemanusiaan Perahu4Palu dan Bantuan Tsunami Selat
Sunda anjuran MyCARE dan Econsave tidak akan terhenti setakat ini. sebaliknya
berterusan untuk menyalurkan bantuan sekiranya diperlukan.
Tahniah dan terima kasih kepada
Pengurus MyCARE Johor, Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar dan Pengurus Besar
Econsave Wilayah Selatan, Mas Imran Adam di atas jasa serta niat murni yang
diterjemahkan menerusi misi kemanusiaan ini. Tidak lupa setinggi ucapan terima
kasih kepada sukarelawan dari Indonesia iaitu PKPU Human Initiative yang banyak
membantu melancarkan pergerakan dan penyampaian sumbangan misi kemanusiaan ini
sepanjang di sana.
Tsunami:
Pemain bass Seventeen antara mangsa korban
SINAR HARIAN
23 Disember 2018
SINAR HARIAN
23 Disember 2018
Memetik laporan Astro Awani,
menerusi satu entri di Instagram hari ini, vokalis kumpulan berkenaan, Iffan
mengesahkan M Awal Purbani atau Bani, maut dalam tragedi itu, manakala tiga
lagi anggota kumpulan itu iaitu Andi, Herman dan Ujang, masih hilang. Turut
maut adalah pengurus band itu, Oki Wijaya. Lebih menyedihkan, isteri Ifan,
Dylan Sahara, juga masih belum ditemui. Kumpulan itu dilaporkan sedang membuat
persembahan di Tanjung Lesung Beach Resort ketika kejadian berlaku.
No comments:
Post a Comment