KUALA TERENGGANU - Penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Kampus Dungun dan Bukit Besi memanfaatkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) dengan menghasilkan 300 pelindung muka menggunakan teknologi percetakan
3D untuk kegunaan petugas klinik berhampiran.
Penuntut dan
kakitangan UiTM Terengganu mengambil masa
selama 45 hingga 55 minit untuk
menghasilkan setiap satu
pelindung muka menggunakan teknologi percetakan 3D.
Projek melibatkan 10 penuntut itu
dibantu 12 kakitangan universiti termasuk pensyarah dan kakitangan Fakulti
Kejuruteraan Elektrik (FKE) dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) UiTM
Terengganu. Koordinator Program FKE, Dr Baktiar Musa berkata, projek itu adalah
tanggungjawab sosial (CSR) UiTM membantu menyelesaikan masalah kekurangan
pelindung muka di hospital dan klinik kesihatan sekitar Dungun.
"Memandangkan FKE dan FKM mempunyai pencetak 3D, kami
rasa terpanggil untuk turut serta dalam membantu usaha kerajaan mengatasi masalah
kekurangan pelindung muka yang dihadapi oleh pihak hospital. Walaupun bilangan
yang dihasilkan agak terhad, sedikit sebanyak kami dapat menyumbang tenaga dan
kepakaran kepada masyarakat setempat,” katanya.
Pelajar dan
kakitangan UiTM Terengganu menghasilkan
pelindung muka untuk kegunaan
kakitangan kesihatan.
Menurutnya, pelindung muka dihasilkan dengan menggunakan
reka bentuk oleh FKM Shah Alam itu diperbaiki bagi kesesuaian pencetak 3D yang
digunakan.
"Setiap satu pelindung muka mengambil masa 45 hingga 55
minit untuk dihasilkan. Secara purata sebanyak 10 hingga 15 unit dapat
disiapkan dalam sehari. Bingkai yang boleh dikitar semula menjadi antara
kelebihan penggunaan teknologi itu yang akan dapat menampung keperluan pada
masa akan datang," katanya.
Pelindung muka
dinyahkuman terlebih dahulu sebelum diserahkan ke klinik
berhampiran untuk
kegunaan di pusat kesihatan dan pusat kuarantin pesakit Covid-19.
Selain itu, katanya, FKM turut menghasilkan pelindung muka
dengan menggunakan span sebagai bingkai dengan kerjasama pelajar di kampus
Bukit Besi.
"Sebanyak 300 unit pelindung muka diserahkan kepada
pusat kesihatan serta pusat kuarantin di daerah Dungun. Bagi menjamin
keselamatan pengguna, pelindung muka akan dinyah kuman sebelum diserahkan
kepada pusat yang terpilih," katanya.
Berdasarkan perkembangan semasa, daerah Dungun mencatat
rekod tertinggi dengan bilangan kumulatif kes sebanyak 38 dengan 28 kes masih
dirawat sehingga jam 12 tengah hari semalam.
No comments:
Post a Comment