Pasangan yang ingin melangsungkan
pernikahan mestilah melakukan permohonan dan mendapatkan kebenaran berkahwin melalui
Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di negeri masing-masing. Permohonan Kebenaran
Berkahwin Online adalah satu inisiatif Jakim dengan kerjasama Jabatan Agama
Islam negeri - negeri bagi tujuan memberikan kemudahan kepada masyarakat
umumnya dan pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan khususnya memohon
kebenaran pernikahan.
Permohonan Kebenaran Berkahwin
Online pada masa ini hanya meliputi permohonan yang dibuat di Negeri Sembilan,
Melaka, Perlis, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan namun kemudahan ini akan
terus diperluaskan bagi merangkumi negeri-negeri lain di dalam masa yang
terdekat.
Akad nikah 'online' pertama di Malaysia hari ini
SINAR HARIAN (20 APRIL 2020)
Berdasarkan tatacara berkenaan, Pengarah JAIS akan memberi
kebenaran khas itu setelah mendapat permohonan lengkap dan pemohon diberi
penerangan mengenai proses nikah. Pemohon yang mendapat kebenaran khas itu akan
dimaklumkan mengenai tarikh pernikahan dan mereka akan dinikahkan melalui
sidang video. Pemohon kemudiannya perlu hadir ke pejabat agama Islam daerah
selepas PKP ditamatkan untuk mengemukakan slip perakuan nikah sementara bagi
mendapatkan Surat Perakuan Nikah Negeri Selangor mengikut Seksyen 26 Enakmen
Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003. - Bernama
Pasangan pertama nikah guna tatacara baharu di Perak
SINAR HARIAN (18 APRIL 2020)
KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
(Jawi) melaksanakan majlis akad nikah dalam talian pertama di Malaysia hari
ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr
Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, majlis ini selaras dengan garis panduan yang
disediakan oleh Jawi pada 17 April lalu yang berpandukan prosedur operasi
standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN). Ia juga selari dengan keputusan
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Malaysia (MKI) Kali Ke-97 yang bersidang pada 15 hingga 17 Disember 2011 yang
memutuskan bahawa harus melakukan akad nikah menerusi sidang video dengan
syarat yang ditetapkan.
Majlis pernikahan secara sidang video itu membabitkan Muhammad Don Haadi Don Putra, 29, dan Nahdatul Aishah Mohd Sharif, 29, yang disempurnakan dalam sekali lafaz. Majlis diadakan pada jam 10.10 pagi tadi di rumah pengantin perempuan di Bandar Baru Wangsa Maju, Setapak manakala pengantin lelaki pula berada di Setiawangsa, Kuala Lumpur.
Bapa pengantin perempuan, Mohd Sharif Khamis menjadi wali
pernikahan dengan disaksikan Zulkifli dan Pengarah Jawi,
Mohd Ajib Ismail.
Majlis pernikahan secara sidang video itu membabitkan Muhammad Don Haadi Don Putra, 29, dan Nahdatul Aishah Mohd Sharif, 29, yang disempurnakan dalam sekali lafaz. Majlis diadakan pada jam 10.10 pagi tadi di rumah pengantin perempuan di Bandar Baru Wangsa Maju, Setapak manakala pengantin lelaki pula berada di Setiawangsa, Kuala Lumpur.
Akad nikah online dibenarkan di Selangor hari ini: JAIS
SHAH ALAM - Majlis akad nikah dalam tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) di Selangor kini dibenarkan menerusi sidang video mulai hari
ini dengan syarat mendapat kelulusan khas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Pengarah
JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad dalam satu kenyataan berkata, satu tatacara
terperinci dan ketetapan baharu yang strategik disediakan bagi memastikan
pelaksanaan majlis itu menepati hukum dilaksanakan dengan standard yang wajar,
mudah difahami serta diikuti oleh pasangan terlibat kerana kaedahnya lain
daripada kebiasaan. Sebelum ini, katanya, semua majlis akad nikah dalam tempoh
PKP ditangguhkan selepas lima jurunikah JAIS terpaksa dikuarantin kerana
dikesan ada kontak dengan individu positif Covid-19 sewaktu bertugas.
Pasangan pertama nikah guna tatacara baharu di Perak
SINAR HARIAN (22 APRIL 2020)
IPOH - Jururawat dan jurugambar perkahwinan menjadi pasangan
pertama dinikahkan menerusi tatacara baharu diperkenalkan Jabatan Agama Islam
Perak (JAIPk) selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Majlis
pernikahan antara Muhammad Razif Mohd Nasir, 28, dan Fatin Nabilah Hussain, 28,
disempurnakan dengan sekali lafaz oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Ipoh, Asyraf
Ismail di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di sini kira-kira jam 9.30 pagi
tadi. Bapa pengantin perempuan, Hussain Harun,57, menjadi wali pernikahan
berkenaan dan disaksikan dua kakitangan PAID Ipoh. Muhammad Razif berkata,
persetujuan untuk bernikah hari ini dibuat kerana tidak mahu lagi menangguhkan
perkahwinan yang sepatutnya dilangsungkan 3 April lalu.
Pemeriksaan
suhu dijalankan ke atas pasangan pengantin sebagai langkah kawalan cegah
penularan Covid-19.
Tatacara
baharu yang mana hanya boleh dihadiri oleh seorang jurunikah,dua saksi, seorang
pengantin lelaki, seorang pengantinperempuan dan seorang wali dari pihak pengantin
perempuan dilangsungkan di PAID.
"Tambahan pula kita tak tahu bila tempoh PKP ini akan
berakhir, jadi bila Pejabat Agama hubungi kami dan beri kebenaran untuk
bernikah, saya dan isteri terus bersetuju," katanya.
Muhammad Razif dari Kajang Selangor tiba di Ipoh petang semalam seorang diri menaiki kereta dengan membawa bersama surat kebenaran nikah dan kelulusan pihak polis. Katanya, walaupun pernikahan ini berlangsung bukan sepertimana kebiasaan, dia dan isteri tetap gembira dan syukur kerana ia berjalan lancar.
"Oleh kerana kita masih dalam tempoh PKP, ibu bapa dan
ahli keluarga saya tidak hadir bersama, tetapi doa dan sokongan mereka tetap ada
mengiringi majlis hari ini," katanya. Fatin Nabilah yang bertugas di
bahagian kecemasan Hospital Pantai Manjung merupakan antara petugas barisan
hadapan dan terlibat dalam pemeriksaan saringan koronavirus (Covid-19).
"Saya dan suami akan menetap di Seri Manjung kerana
perlu kembali bertugas pada Jumaat ini," katanya. Turut hadir menyaksikan
majlis itu, Exco Agama dan Penerangan Perak, Mohd Akmal Kamaruddin dan Pengarah
JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin. Mohd Yusop berkata, terdapat lebih 300 pasangan
di Perak telah menerima kelulusan untuk bernikah sebelum PKP dikuatkuasakan 18
Mac lalu.
"Mana-mana yang sudah memohon untuk berkahwin dan
diluluskan, mereka hanya perlu ikut tatacara baharu yang ditetapkan ini. Kita
akan hubungi dan maklumkan untuk mereka hadir pada hari-hari yang tertentu.
"Di Ipoh terdapat 64 pasangan telah mendapat kelulusan
bernikah, namun hanya 40 pasangan bersetuju untuk dinikahkan pada tempoh PKP
ini sementara bakinya mahu menangguhkan majlis," katanya.
Muhammad Razif Mohd
Nasir dan Fatin Nabilah
Hussain menjadi pasangan pertama dinikahkan
hari ini
mengikut tatacara baharu JAIPk.
Beliau berkata, tatacara sama akan dijalankan di semua PAID
seluruh negeri ini sebanyak tiga sesi sehari masing-masing selama 30 minit pada
setiap Isnin, Rabu dan Jumaat.
"Ini prosedur yang JAIPk perkenalkan bagi memudahkan
pernikahan dapat dilangsungkan dalam tempoh PKP dari segi kawalan dan
pergerakan, ia sudah mendapat kelulusan daripada Pejabat Kesihatan dan
polis," katanya. Sekurang-kurangnya 50 pasangan berjaya dinikahkan hari
ini di PAID seluruh negeri.
Pada 16 April lalu, JAIPk mengeluarkan Tatacara Khas Majlis
Akad Nikah (TKMAN) baharu yang mana hanya boleh dihadiri oleh seorang
jurunikah, dua saksi, seorang pengantin lelaki, seorang pengantin perempuan dan
seorang wali dari pihak pengantin perempuan, dilangsungkan di PAID. Tiada
berjabat tangan ketika lafaz ijab dan qabul, upacara lain seperti membatalkan
air sembahyang, sarung cincin dan bergambar juga tidak dibenarkan.
No comments:
Post a Comment