Saya pernah pasang hasrat untuk jadi penulis sepenuh masa. Dengan kata lain, berhenti kerja makan gaji dan fokus kepada kerja penulisan saja. Saya akan terima dua respons kalau saya bercerita dengan kawan-kawan.
Grup pertama akan kata, “Jangan dulu. Kerja susah sekarang. Ekonomi global makin teruk. Susah, susah…”
Grup kedua pula kata, “Apa salahnya? Orang dah ada nama. Senang nak buat apa yang engkau suka…”
Saya mempertimbangkan semuanya. Membaca masa depan, tengok kekuatan diri sendiri, macam-macam lagi.
Selagi masih ‘kerja makan gaji’, memang tidak banyak kerja sendiri yang boleh dibuat. Waktu pejabat memang sahlah untuk kerja pejabat. Habis waktu pejabat pun, kadangkala kerja pejabat masih perlu dibawa ke rumah. Selepas itu, kalau ada lagi masa lapang, kalau ada stamina, mental dan fizikal masih larat, barulah boleh fikir mengenai kerja kreatif sendiri (novel, cerpen dan sebagainya).
Sebab itu saya tak boleh keluarkan novel selalu, tak seproduktif sesetengah penulis, boleh keluarkan dua tiga novel setahun. Saya rasa tak mampu nak perah minda siang malam. Saya kalau dapat sebuah setahun, Alhamdulillah, itu sudah cukup bagus.
Macam mana nak buat, jadi saya terpaksa switch on & switch off selalu. Apabila bosan tulis (menaip) karya A, saya berhenti lalu buka fail karya B. Switch off minda pada karya A, dan switch on minda untuk meneruskan karya B. Menulis rencana untuk majalah juga begitu, jadi secara tak langsung, saya dapat hasilkan dua rencana dalam masa yang hampir serentak. Tapi yang bahayanya, selalu juga berlaku (pada karya kreatif), saya switch off dan langsung tak boleh on lagi! Maka terperaplah karya bertahun-tahun, tak tahu asal punca lagi…
Sekarang… saya sedang mencari kekuatan, lagi dan lagi untuk meneruskan penulisan dua novel yang sudah saya mulakan. Yang satu sudah separuh jalan, yang satu lagi baru mula atas permintaan. Bila nak siap? Kawan-kawan yang prihatin asyik bertanya, tapi saya tidak mahu beri jawapan. Saya harap ‘bantuan dari langit’, minta Allah beri kekuatan untuk habiskan apa yang sudah dimulakan.
Mungkin terpaksa buat seperti Bukan Yang Pertama, yang setiap minggu dikejar editor. Jadi suka tak suka, letih atau tidak, ada idea atau tidak, kena paksa diri menulis juga. Saya sering tertanya-tanya tapi persoalannya lagi, siapa yang nak jadi ‘tukang kejar’ (tanpa gaji)?...."

Hmmm.... Memang tak mudah nak hasilkan sebuah karya yang dinanti-nantikan khalayak pembaca.
1 comment:
Gua nak ajak lu datang makan kenduri kat blog gua.Folo baca doa skali pun takpa.
Post a Comment