"Jika Hujan Tidak Turun, Kita Takkan Dapat Lihat Keindahan Pelangi"
Fikir Fikirkan......
Itu antara mutiara ungkapan yang pernah dilantunkan oleh Allahyarham Farit Ismeth Emir
Berita Harian
ISNIN, 20 APRIL 2020 @ 2:43 PM
PENYAMPAI berita popular Radio Televisyen Malaysia (RTM), Farit Ismeth Emir, 66, meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada pagi ini di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor. |
KUALA LUMPUR: Pembaca berita terkenal Radio Televisyen Malaysia (RTM), Farit Ismeth Emir meninggal dunia, hari ini. Allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir di Shah Alam, Selangor, pada usia 66 tahun. Perkara itu disahkan Amiera Ayuhada, iaitu pengurus kepada anak lelaki Allahyarham iaitu deejay dan dan komposer lagu hip-hop terkenal, DJ Fuzz.
“Fuzz ada menghantar mesej kepada saya sebanyak dua kali. Kali pertama kira-kira jam 9 pagi untuk memaklumkan keadaan arwah bapanya. Kira-kira jam 12 tengah hari, dia memaklumkan bapanya sudah meninggal dunia. Saya cuba hubungi Fuzz untuk mendapatkan butiran lanjut, namun, gagal. Mungkin dia sibuk menguruskan jenazah,” katanya kepada BH Online. Memetik laporan portal rasmi Berita RTM iaitu berita.rtm.gov.my, Allahyarham banyak menyumbang suara emas sebagai penyampai berita di Jabatan Penyiaran Malaysia, RTM, lebih 30 tahun lalu. Allahyarham yang berasal dari Teluk Intan, Perak, pernah bekerja dalam bidang perhotelan sebelum menyertai dunia penyiaran pada 1980-an. Farit yang turut dikenali dengan panggilan mesra Pak Ngah pernah menyumbangkan suara dalam iklan rokok Dunhill di mana frasa ‘gaya, mutu dan keunggulan’ amat popular dan menjadi sebutan ramai.
Allahyarham yang menjadi antara penyampai Berita Perdana, Global dan Dunia, sering memberi kata-kata hikmat sebagai penutup tugasan. BH Online masih berusaha menghubungi ahli keluarga bagi mendapatkan butiran lanjut pemergian personaliti televisyen (TV) itu.
Takziah diucapkan kepada semua ahli keluarga allahyarham. AL FATIHAH.....
No comments:
Post a Comment