MOSCOW - Kes pertama Covid-19 di China sebenarnya mula
didaftarkan pada 17 November dan bukannya Disember seperti yang diperkatakan
sebelum ini, lapor agensi berita Sputnik memetik media tempatan pada Jumaat. Menurut
akhbar South China Morning Post, pesakit pertama dijangkiti Covid-19 merupakan
penduduk tempatan di pusat epidemik iaitu di wilayah Hubei. Sembilan kes
Covid-19 didaftarkan pada November, tetapi tiada seorang pun daripada pesakit
yang dijangkiti itu disahkan sebagai 'patient zero'. Wabak Covid-19 yang
menjejaskan lebih 110 buah negara menyebabkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia
mengisytiharkannya sebagai pandemik.
Jumlah kes disahkan di seluruh dunia melebihi 128,000,
dengan angka kematian 4,720 orang dan pesakit pulih melebihi 68,000. Dalam
tempoh 24 jam lalu, China mendaftarkan lapan kes terbaru.- Bernama
No comments:
Post a Comment