Astro Awani/Bernama | Published Mac 08, 2020 09:39 MYT
KUALA LUMPUR: : Hari ini, 8 Mac, genap enam tahun pesawat Malaysia Airlines, penerbangan MH370 hilang daripada imbasan radar semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China.
Walaupun lama telah berlalu, dunia masih buntu tentang apa yang sebenarnya berlaku terhadap pesawat itu.
Keluarga 239 penumpang dan anak kapal pesawat Boeing 777 itu masih menanti pengakhiran episod tragis itu.
Malah penemuan beberapa serpihan daripada sayap dan fiuselaj pesawat di Lautan Hindi, berhampiran perairan pantai barat daya Afrika, menimbulkan lebih banyak persoalan mengenai bagaimana pesawat berkenaan boleh menyimpang jauh dari laluan asalnya.
Bagi mereka yang kehilangan orang tersayang yang berada di dalam pesawat itu, enam tahun merupakan tempoh penantian yang menyeksakan bagi mendapatkan jawapan dan setiap kali ulang tahun kehilangan pesawat itu, keluarga dan sahabat akan mengenang nasib mereka yang hilang itu.
Pencarian secara meluas oleh pelbagai negara dijalankan sejurus selepas pesawat hilang dan pencarian khusus kemudiannya menggunakan peralatan laut dalam yang canggih selama berbulan-bulan juga gagal untuk menemui bukti yang mencukupi untuk merungkai teka-teki.
Bagaimanapun, terdapat ura-ura pada awal tahun ini, usaha pencarian yang dihentikan itu akan disambung semula beberapa bulan lagi.
Mengulas mengenai perkembangan terkini itu, pakar penerbangan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Prof Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian berkata sebarang penyambungan semula pencarian perlu berdasarkan kepada petunjuk baharu yang boleh dipercayai, yang kini belum wujud.
"Kita perlu merancang pencarian bukannya memperkatakan (mengenai sentimen) dan terlibat dalam kerja sia-sia. Kita tidak boleh memberi harapan palsu yang boleh mendatangkan lebih banyak rasa tidak puas hati kepada waris," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Setiap tahun, ada sahaja teori baharu muncul mengenai MH370 dan akan dipatahkan oleh pihak berkuasa, sama ada daripada Malaysia, China atau Australia, pihak yang terlibat dalam usaha mencari pesawat yang hilang itu.
Sehingga kini, Kementerian Pengangkutan Malaysia juga belum membuat sebarang keputusan untuk memulakan kembali pencarian memandangkan tiada petunjuk baharu. Kementerian juga perlu berunding dengan China dan Australia sekiranya keputusan dibuat untuk melancarkan semula pencarian.
Penyiasat penerbangan, Kapten (B) Abdul Rahmat Omar Tun Mohd Haniff berkata Kementerian Pengangkutan tepat dalam keputusan tidak menjalankan pencarian tanpa bukti baharu.
Abdul Rahmat Omar, bekas pegawai penyiasat Tentera Udara Diraja Malaysia, mencadangkan dalam keadaan semasa, mungkin Kementerian Luar boleh bekerjasama dengan rakan-rakannya di Madagascar, La Reunion dan negara-negara barat daya Afrika.
"Kerajaan negara-negara yang terlibat boleh diminta untuk mengeluarkan notis memberitahu pihak berkuasa tempatan masing-masing di kawasan pantai sekiranya mereka menjumpai sebarang benda yang mungkin dikaitkan dengan pesawat malang itu.
"Ini mungkin membantu mengecilkan kawasan lokasi terakhir pesawat," katanya.
Sementara itu, Geostrategis Azmi Hassan berkata sebarang usaha pencarian akan melibatkan kos tinggi dan dengan itu perlu ada bukti baharu yang cukup kuat untuk membolehkan pencarian semula dilakukan.
"Bukti baharu yang diuar-uarkan baru-baru ini sebenarnya banyak berlandaskan model arus laut berbeza yang juga digunakan sebelum ini," katanya.
Ringkasnya, tanpa sebarang bukti baharu, misteri terbesar dalam sejarah penerbangan dunia ini akan kekal tidak terungkai.
-- BERNAMA
Tak berhenti cari MH370
2014/04/04 - 07:35:42 AM Daripada
M Thilinadan di Perth
Malaysia beri jaminan akan
teruskan pencarian
Perth: Malaysia semalam memberi
jaminan bahawa ia tidak akan berhenti mencari MH370 selagi tidak tahu apa yang
berlaku kepada pesawat itu. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata
Malaysia berhutang kepada dunia dan keluarga 239 penumpang dan kru MH370 yang
mahukan jawapan supaya mereka dapat meneruskan kehidupan.
“Kami berada di sini hari ini,
tetapi ingatan kami beribu-ribu kilometer di luar sana. Di bandar raya dan
negara di seluruh dunia, tatkala anggota keluarga mereka yang berada dalam
pesawat sedang resah menunggu berita, mengenai betapa luasnya Lautan Hindi,
tempat MH370 sedang menunggu. Saya tahu,
selagi pesawat tidak ditemui, banyak keluarga tidak boleh mula berkabung. Saya
tidak dapat bayangkan kesedihan yang sedang mereka lalui. Tetapi saya berjanji
kepada mereka yang kami tidak akan berputus asa dan mengalah,” katanya.
Najib berkata, Perdana Menteri
Australia, Tony Abbott, turut memberi komitmen bahawa mereka juga tidak
berhenti selagi Malaysia mahu meneruskannya.
Satukan pelbagai negara
Sambil menyifatkan pencarian
MH370 sebagai operasi paling besar dalam sejarah penerbangan dunia, beliau
berkata, ia juga menyatukan pelbagai negara untuk satu matlamat.
“Perbezaan diketepikan pada saat
26 negara bersatu dengan satu matlamat. Tatkala berdepan tragedi ini, bagi
negara yang warga mereka berada dalam pesawat dan anggota keluarga tersayang
mereka hilang, kerjasama ini memberikan kekuatan kepada kita,” katanya pada
sidang media bersama Abbott dan wartawan Malaysia di sini, semalam. Najib juga
menjelaskan, kerajaan tidak membuat kesilapan mengenai kedudukan terakhir MH370
kerana ia berdasarkan pendapat pakar pelbagai negara yang mengkaji dan
menganalisis data satelit serta input pembuat kapal itu (Boeing).
“Saya ingin katakan kita tidak
pernah membuat perhitungan salah. Ini adalah teknologi dan analisis baharu. Ia
memberi kita harapan baharu kerana lokasinya lebih spesifik (selatan Lautan
Hindi). Ia mungkin berubah dari semasa ke semasa mengikut hasil siasatan,”
katanya.
Australia pimpin misi
Perdana Menteri turut mengumumkan
Malaysia bersetuju melantik Australia sebagai negara yang akan memimpin dan
menyelaras misi mencari MH370 di Lautan Hindi.
“Australia menunjukkan
kesanggupan luar biasa, termasuk menyediakan aset, kepakaran dan menyelaras
misi di fasa ini yang membabitkan tujuh negara. Saya mengucapkan terima kasih
kepada Abbott atas persetujuan mengetuai operasi ini dan menerima undangan kami
untuk turut serta sebagai wakil bertauliah dalam siasatannya. Pada waktu yang
sukar ini, Australia terbukti sahabat yang amat bernilai. Kami amat berterima
kasih kepada mereka yang membawa bersama-sama pakar mereka untuk merungkai apa
yang disebutkan Perdana Menteri Abbott sebagai satu daripada misteri paling
luar biasa pada masa kini,” katanya.
Ditanya sama ada Malaysia tetap
mengetuai operasi mencari dan siasatan kehilangan pesawat itu Najib berkata, di
bawah undang-undang antarabangsa, Malaysia bertanggungjawab untuk mengetuai
operasi dan siasatan, tetapi disebabkan misi mencari kini di Lautan Hindi, ia
diwakilkan kepada Australia. Mengenai bateri yang menjana isyarat pada kotak
hitam hanya boleh bertahan lima hari lagi, Perdana Menteri berkata: “Kita
mungkin perlu menggunakan sonar, iaitu teknologi robotik seperti ‘drone’ tanpa
pemandu untuk mencari di dasar laut.”
Pencarian MH370 tertumpu dua koridor
KUALA LUMPUR - Negara-negara yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 telah menggerakkan aset masing-masing untuk menjejaki pesawat itu di kawasan yangsangat luas meliputi 2.24 juta batu nautika persegi. Kawasan itu merupakan dimensi antarabangsa meliputi Koridor Utara dan Koridor Selatan yang dibahagikan kepada tujuh kuadran dengan setiap kawasan kuadran mempunyai keluasan kira-kira 160,000 batu nautika persegi. Misi pencarian diselaraskan oleh Malaysia tetapi rakan-rakan kami telah memainkan peranan penting dalam menguruskan dan menjalankan operasi, dalam kawasan mereka sendiri dan di sektor pencarian yang telah dipersetujui.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata misi pencarian memberi tumpuan kepada empat tugas: mengumpul maklumat daripada pemantauan satelit; analisis data daripada pengawasan radar; menambah aset udara dan permukaan; dan menambah jumlah pakar teknikal. Beliau berkata di koridor Selatan, Australia dan Indonesia bersetuju untuk mengetuai pencarian di bahagian masing-masing manakala di Koridor Utara, China dan Kazakhstan bersetuju untuk mengetuai pencarian di kawasan paling hampir dengan negara mereka.
"Mengenai aset udara dan permukaan, saya telah berhubung dengan hampir semua pemimpin Asean bagi meminta bantuan selanjutnya termasuk aset yang dilengkapi keupayaan pengesanan dan pengawasan di laut dalam," kata Hishammuddin pada sidang media untuk memaklumkan tentang perkembangan terkini operasi di Sepang, dekat sini semalam. Pada Sabtu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa pencarian pesawat yang hilang itu telah memasuki fasa baharu dengan tumpuan beralih dari Laut China Selatan ke koridor utara dan selatan.
Hishammuddin berkata Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah menghantar dua lagi kapal ke koridor selatan manakala Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menggerakkan dua pesawat C-130 ke sektor Indonesia di koridor selatan. Negara-negara lain yang menghantar aset ialah Amerika Syarikat yang menggerakkan sebuah pesawat P-8 Poseidon dan akan menghantar pesawat P-3 Orion.
Australia telah menghantar tiga pesawat P-3 Orion dan sebuah pesawat C-130 Hercules. New Zealand menghantar sebuah pesawat P-3 Orion untuk membantu misi pencarian oleh Australia. Korea Selatan berjanji untuk menghantar sebuah pesawat P-3 Orion dan sebuah pesawat C-130 Hercules.
Jepun telah menjanjikan dua pesawat P-3 Orion, dua C-130 dan sebuah jet Gulfstream dan Emiriyah Arab Bersatu menjanjikan sebuah pesawat C-17 dan sebuah pesawat Bombardier Dash-8, kata Hishammuddin yang juga menteri pertahanan. Hishammuddin berkata Malaysia telah menghubungi negara-negara yang mempunyai keupayaan pengawasan radar dan satelit untuk membantu dalam pencarian pesawat MH370 yang telah hilang selama 11 hari ketika operasi mencari diperhebatkan di dua koridor yang luas itu.
Sementara itu, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Malaysia setakat ini telah menghantar nota diplomatik kepada 12 negara di koridor utara, menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand, dan kepada dua negara di koridor selatan, yang meliputi dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi, meminta mereka membantu dalam misi pencarian pesawat. Beliau juga berkata sembilan lagi negara yang tidak tergolong dalam kedua-dua koridor telah tampil untuk membantu dalam misi pencarian. Negara-negara itu termasuk Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Jepun. Pesawat Boeing 777-200ER itu, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pukul 12.41 pagi pada 8 Mac. Pesawat itu sepatutnya tiba di Beijing pukul 6.30 pagi hari yang sama. - Bernama
MH370: Insiden Mengejutkan Dunia
TERKEJUT, sedih dan pilu. Itu antara reaksi dan emosi yang jelas terpamer pada raut wajah keluarga 239 individu termasuk 12 anak kapal pesawat MH370 yang terputus hubungan komunikasi selepas 40 minit berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing, China, 8 Mac lalu.
Lebih sebulan berlalu, misteri kehilangan pesawat MAS itu masih belum terungkai walaupun dilaporkan satu demi satu petunjuk. Ironinya, hingga saat ini, pesawat malang itu, termasuk ratusan nyawa di dalamnya, belum juga ditemui.
Seluruh dunia bingung dan hairan, bagaimana Boeing 777-200ER berukuran 63.7 meter itu gagal dikesan.
Meskipun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan Lautan Hindi merupakan destinasi terakhir pesawat itu, apa yang pasti, dunia masih berharap semua penumpang MH370 selamat.
Misi mencari (SAR) pesawat MAS itu terus dipertingkatkan hari demi hari walaupun isyarat kotak hitam pesawat mulai lenyap. Jangka hayat bateri kotak hitam pesawat penerbangan MH370 hanya mampu bertahan sehingga 30 hari.
Sehingga ke hari ini, misi SAR belum temui sebarang petanda yang sahih berkaitan dengan pesawat itu. Bermula dari situ, kita mula disajikan dengan pelbagai teori dan spekulasi selain kecaman terhadap Kerajaan Malaysia dan MAS yang bertungkus lumus siang dan malam cuba mencari jawapan di sebalik kejadian ini.
Biarpun insiden itu dianggap tragedi paling buruk dalam sejarah penerbangan dunia, namun terselit sesuatu di sebalik peristiwa tersebut.
Masyarakat celik ilmu penerbangan
Apa pun yang berlaku, suatu hakikat ialah orang ramai yang meskipun terpalit dengan rasa takut dan ragu-ragu untuk menggunakan kapal terbang, sedikit sebanyak mulai peka dan celik ilmu penerbangan.
Daripada langsung tidak tahu mengenai transponder dan juga peralatan lain dalam industri penerbangan, mereka kini didedahkan dengan fungsi drone yang mampu bergerak secara kawalan jauh beberapa kilometer di dasar laut.
Inilah kesan tragedi MH370 yang dalam tempoh sebulan lebih ini, sebarang maklumat dan perkembangan mengenainya begitu menjadi perhatian.
Setiausaha Kluster Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Ahmad Zaki Abu Bakar berkata, insiden MH370 memberi lembaran baharu buat generasi muda menerokai bidang sains dan teknologi yang agak kurang diminati pada masa kini.
“Banyak istilah-istilah baru didedahkan yang memberi kita pengetahuan tentang penerbangan. Dulu, perkara itu terlalu asing. Insiden ini memotivasikan generasi muda untuk mendalami bidang ini kerana merasakan kita kekurangan pakar,” katanya.
Tingkatkan teknologi, keselamatan
Pencarian MH370 yang lebih mencabar itu membuka mata banyak pihak tentang kepentingan teknologi dan keselamatan negara.
Bukan hanya Malaysia, malah hampir semua negara perlu menyemak semula dan memperbaiki sistem kawalan trafik udara, radar serta teknologi satelit masing-masing.
Dengan kekuatan dan kecanggihan teknologi 26 negara yang menyertai SAR, kenapa pesawat itu masih tidak lagi ditemui? Bagaimana sebuah pesawat yang besar itu boleh hilang begitu sahaja tanpa dapat dikesan setelah lebih sebulan?
Ternyata, asas pengiraan analisis pencarian MH370 yang digunakan ketika ini tidak pernah lagi diguna pakai oleh mana-mana pihak sebelum ini membuka sejarah baru dunia.
Bukan itu sahaja, kerajaan perlu mempertingkatkan lagi kawalan keselamatan di lapangan terbang untuk mengelak insiden kes dua pasport curi yang digunakan warga Iran dalam insiden MH370.
SAR termahal di dunia
Misi SAR untuk mengesan kotak hitam pesawat MH370 mengejutkan ramai pihak apabila mencatatkan perbelanjaan yang paling mahal dalam sejarah penerbangan dunia.
Hingga kini, kos mencari MH370 memegang rekod paling mahal dengan perbelanjaan mencecah AS$50 juta (RM163.98 juta) melebihi perbelanjaan operasi mencari pesawat Air France AF447.
Operasi pencarian pesawat itu melibatkan kos penyelenggaraan kapal, satelit, pesawat serta kapal selam yang terlibat bermula di Laut China Selatan dan Selat Melaka pada awalnya dan kemudian ke kawasan paling sunyi di dunia iaitu selatan Lautan Hindi, jauh melangkaui kos perbelanjaan mencari Air France 447.
Mengikut laporan media antarabangsa, kos kegunaan kapal HMAS Success milik Australia yang digunakan dua minggu lalu, berjumlah AS$510,400 (RM1.67 juta) sehari.
Kos HMAS Toowoomba pula, berjumlah AS$352,640 (RM1.16 juta) termasuk kos minyak dan kru untuk satu hari.
Bagaimanapun, apabila terdapat penambahan dua kapal dalam misi ini untuk menjalankan misi SAR di Lautan Hindi menyebabkan peningkatkan kos mencecah AS$9.28 juta (RM30.43 juta).
Laporan yang sama turut berkata bahawa pihak Amerika Syarikat (AS) sudah berbelanja sebanyak AS$3.06 juta (RM10.04 juta) untuk kegunaan pesawat dan kapal mereka.
Dalam pada itu, tentera AS turut berbelanja sebanyak AS$3.62 juta (RM11.87 juta) bagi kegunaan ‘Towed Pinger Locator’ (TPL)’ untuk mencari kotak hitam pesawat MH370.
Vietnam pula sudah berbelanja AS$8.07 juta (RM26.47 juta) bagi penggunaan lapan pesawat mereka.
Akhbar berkenaan melaporkan kos lain pula termasuk wang yang diberi oleh Kerajaan Malaysia sebanyak AS$5,000 (RM16,397.50) kepada ahli keluarga penumpang (bukan kru) dan jumlah keseluruhan menjadi US$1.16 juta (RM3.8 juta).
Jumlah boleh mencecah AS$49.18 juta (RM161.29 juta) namun ia hanyalah sebahagian kecil perbelanjaan melibatkan 26 negara.
Jika ditambah dengan kos analisis risikan, polis serta penyiasat kemalangan dari Britain, AS, Perancis, Australia, Malaysia, China dan lain-lain, kos keseluruhan pastinya akan berganda daripada kos yang disebut di atas.

MH370: CIA Tahu Hal Sebenar ?
WASHINGTON - Seorang penulis berasal dari Amerika Syarikat (AS) yang juga penyiar radio tempatan, Dr Kevin Barrett mempercayai bahawa Agensi Perisikan Pusat (CIA) AS mengetahui perihal sebenar apa yang terjadi kepada pesawat MH370.
Dr Kevin, pemegang Doktor Falsafah Arab-Islamoligi dan pengkritik Perang dan Keganasan terkenal Amerika menyatakan pendapat itu menerusi saluran Press TV, semalam.
“Kehilangan pesawat itu tidak masuk akal. Ia tidak mungkin hilang begitu saja,” katanya.
Menurutnya, beberapa individu di pangkalan CIA di Alice Springs, Australia tahu mengenai perihal sebenar mengenai pesawat itu.
“Maka itu kerajaan Malaysia meminta mereka untuk membantu, namun sehingga kini Malaysia tidak mendapat sebarang respons,” katanya.
Beliau juga bertegas bahawa terdapat individu yang menutup perkara sebenar dalam kejadian ini.
“Sesuatu tidak logik apabila timbul maklumat mengenai pesawat terbabit mengubah haluan, terbang ke arah yang salah dengan beberapa penduduk terlihat ianya terbang rendah di sekitar Kepulauan Maldives lalu menuju ke Diego Garcia dan hilang begitu sahaja.
“Perkara ini sangat aneh dan tidak masuk akal,” katanya menurut laporan Mirror.
1 comment:
#1 muscle that eliminates joint and back pain, anxiety and looking fat
I bet you can’t guess which muscle in your body is the #1 muscle that eliminates joint and back pain, anxiety and looking fat.
This “hidden survival muscle” in your body will boost your energy levels, immune system, sexual function, strength and athletic performance when unlocked.
If this “hidden” most powerful primal muscle is healthy, we are healthy.
Is it…
a) Abs
b) Chest
c) Glutes
d) Hip Flexors
Take the quiz above and see if you got the correct answer!
Sign Off
P.S. Make sure you check out the next page to get to know the 10 simple moves that will bring vitality back into your life!
==> Click here to discover which “hidden survival muscle” will help you boost your energy levels, immune system, sexual function, strength and athletic performance permanently!
.
Post a Comment