Monday, April 26, 2010

Suara Raja Melayu

 1. Pada 27 Mac lalu, Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim meminta rakyat menolak pemimpin yang ditaja oleh pihak luar bagi mengelak negara dijajah oleh pihak asing. ''Jika kita mahu memilih pemimpin negara, lebih baik memilih mereka yang tidak dicucuk hidung oleh kuasa lain," titah baginda.

2. Pada 22 April, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menolak cadangan kerajaan pimpinan DAP untuk melantik Timbalan Ketua Menteri 1, Mansor Othman sebagai Pengerusi Pusat Urus Zakat (PUZ).
Keputusan Seri Paduka menamatkan kontroversi yang tercetus ekoran bantahan pelbagai pihak dan umat Islam yang menentang pelantikan Mansor yang juga pemimpin PKR negeri.
Mereka bimbang kerajaan negeri cuba memanipulasi hal-ehwal zakat bagi kepentingan politik pembangkang termasuk DAP dan bukannya golongan asnaf.

3. Pada 22 April juga, Sultan Perak mengingatkan semua wakil rakyat di negeri tersebut supaya tidak menghina dan mencemari Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan perbuatan yang memalukan.
Baginda turut bertitah agar mana-mana pihak tidak menderhakai Tujuh Wasiat Raja- Raja Melayu ketika memberikan perkenan kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957.

4. Pada 23 April, Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah bertitah, kuasa mutlak Raja-Raja Melayu dalam urusan agama Islam dan adat Melayu hendaklah terus dipertahankan dan dipatuhi.
Malah baginda mengingatkan kuasa mutlak dalam kedua-dua urusan itu tidak pernah diserahkan kepada mana-mana pihak lain termasuk ketika penjajahan British dan Jepun.

5. Pada tarikh yang sama, Sultan Selangor menitahkan polis supaya mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menggunakan masjid untuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.

Betulkah institusi istana makin tidak dihormati ? Lebih buruk ada pemimpin pembangkang sama ada secara terbuka mahupun berselindung menghina institusi yang menjadi tonggak dalam Perlembagaan negara itu.
Adalah menjadi agenda kelompok berkenaan untuk menulis semula perlembagaan yang antara matlamat akhirnya bagi mewujudkan negara republik. Ia bukan teori kosong. Dalangnya tidak sukar ditelah dan yang rela diperalatkan pula adalah pemimpin pembangkang Melayu yang sanggup berbuat apa sahaja demi kuasa.
Ramai tahu siapa orangnya. Pengkhianatan dan ancaman sudah di depan mata. Kepada Raja-Raja Melayu menjadi payung dalam melindungi kepentingan agama, bangsa dan negara. Ternyata baginda sekelian tidak gundah untuk bersuara. Daulat tuanku.

utusanonline

No comments: