Kewibawaannya diungkit sejak beliau menjadi ketua biskop Munich pada 1980.
Beliau didakwa tidak berbuat apa-apa ketika menjadi ketua biskop Munich pada 1980 setelah membenarkan seorang paderi kembali bekerja selepas hanya beberapa hari rawatan psikiatri, namun kembali mencabul budak di kawasan lain.
Benedict pada Selasa lalu mengaku kepada kardinal-kardinal seluruh dunia bahawa beliau mengetuai gereja yang 'cedera dan berdosa' ketika menyambut ulang tahun kelimanya sebagai pemimpin tertinggi mazhab Kristian terbesar itu yang kini diasak kiri dan kanan dengan skandal fidofilia.
Terbaru, seorang rakyat Mexico memfailkan saman terhadap kardinal Mexico City dan Los Angeles, atas dakwaan sengaja menyembunyikan latar belakang seorang paderi Mexico yang mencabul berpuluh-puluh kanak-kanak.
Kardinal AS, Roger Mahony dan kardinal Mexico, Norbeto Rivera dituduh menyembunyikan kesalahan bekas paderi, Nicolas Aguilar, yang menunjukkan kecenderungan fidofilia, namun tetap diluluskan pertukarannya ke Los Angeles pada 1987, membawa kepada pencabulan dua budak lelaki pembantu paderi gereja Our Lady of Guadalupe pada tahun yang sama.
Aguilar pulang ke Mexico pada 1988, walaupun sebanyak 26 tuduhan fidofilia dibangkitkan terhadapnya.
The Associated Press dalam laporannya minggu lalu memberi perincian bagaimana pemberitanya di enam benua melibatkan 21 negara menemui 30 kes paderi fidofilia yang ditukarkan atau dipindahkan ke luar negara oleh gereja dan sebilangan lain yang terlepas daripada siasatan polis.
Tidak dapat dipastikan bila kes itu akan berakhir atau mungkin ia akan berterusan, sekali gus memungkinkan kemunculan filem dokumentari baru memalukan Vatican seperti 'Sex Crime and The Vatican' pada 2006 yang diarahkan mangsa cabul paderi di Ireland pada usia 14 tahun.
Vatican kini terus bergelut untuk mempertahankan diri daripada 'kemusnahan' berpunca daripada kes paderi fidofilia di seluruh pelosok dunia.
Apa yang pasti, skandal global ini telah mencacatkan imej Vatican dan kewibawaan Pope serta mengugat keyakinan penganut itu terhadap mazhab Kristian itu.
Kes paderi fidofilia akan terus menghantui institusi Roman Katholik selama beberapa generasi.
utusanonline
No comments:
Post a Comment