Fizikal: Senam kuat otot
Oleh Diyanah Anuar diyanah@bharian.com.my
Senaman ini juga memberi manfaat kepada trapezius, serratus anterior dan tricep brachii. Ikuti maklumat senaman yang dikongsi jurulatih kecergasan Universal Fitness & Leisure Sdn Bhd, Mohd Hoesni Rahmat manakala teknik senaman ditunjukkan Fareed Amin.
1. Berdiri tegak dengan jarak antara kedua-dua belah kaki sama dengan jarak bahu ke bahu. Pastikan bahagian belakang badan anda dalam keadaan tegak.
2. Tegangkan bahagian otot abdomen dan rehatkan bahagian dada.
3. Pegang kedua-dua dumbell pada paras bahu dengan tapak tangan menghadap ke depan.
4. Tarik nafas dan tolak dumbell ke atas. Beri fokus pada bahagian bahu. Berhenti apabila kedua-dua belah siku anda lurus. Apabila dumbell berada di atas, hembuskan nafas.
5. Turunkan dumbell perlahan-lahan ke paras bahu dan ulang pergerakan tadi sebanyak mana yang anda mampu.
Selamat mencuba!
Tip
1. Pastikan anda tidak ‘mengunci’ siku apabila menolak dumbell ke atas. Pastikan juga kedua-dua dumbell tidak bersentuhan
2. Bernafas dengan betul, tarik nafas ketika menolak dumbell ke atas dan hembus nafas ketika menurunkannya
3. Jika anda baru pertama kali melakukan senaman ini, anda disyor melakukannya secara duduk di atas bangku yang mempunyai sokongan belakang
4. Jika anda memilih untuk melakukannya secara duduk, satu lagi variasi yang boleh dicuba adalah dengan duduk di atas bola senaman
No comments:
Post a Comment