Friday, June 26, 2020

JUMAAT YANG SANGAT BERMAKNA DALAM HIDUPKU


19 Jun 2020 Jumaat diizinkan Allah AbgTan bersolat di Masjid Kolej Islam Seksyen 16, Petaling Jaya. Peluang itu benar-benar telah memberi semangat baru sebagai muslim yang telah hampir 3 bulan terperangkap dan dibelenggu pergerakannya ekoran pandemik Covid 19 yang masih bermaharajalela di seluruh dunia. 

Ini sesuatu yang sangat menarik  untuk dikongsikan bersama. Maklumlah, pandemik ini berlaku tanpa dijangkakan. Semua aliran kehidupan harian masyarakat berubah 360 degree ! Mudah-mudahan ia akan lenyap jua akhirnya.
Masya Allah ! Betapa Agong dan Hebatnya KuasaMu Ya Allah.....

Sewaktu catatan ini dibuat, kebenaran bersolat jemaah Jumaat dihadkan setakat 40 orang di kebanyakan masjid seluruh negara. Ini sejak PKPP (Pemulihan) diarahkan pelaksanaannya mulai 12 Jun 2020 lalu. Sebelum ini semasa PKPB (Bersyarat) malahan lebih sedih lagi ketika PKP Berfasa (4 fasa) mulai 18 Mac 2020 semua masjid/surau/tempat ibadah bukan Islam diarah ditutup dari sebarang aktiviti keagamaan.

Jemaah beratur dan terpaksa melalui saringan mengikut SOP yang diarahkan oleh Ahli Jawatankuasa Masjid Kolej Islam Petaling Jaya. Terima kasih Pak Imam, Tok Bilal dan semuanya.....

Nah ! Suasana dalam masjid yang sangat harmoni dan selesa dengan penjarakan sosial 1 meter dipraktikkan di sini. 

Ya Allah ! Aku bersyukur kehadratMu. Alhamdulillahirobbil'alameeen.

Mudah-mudahan segala yang berlaku ini adalah  petanda kasihMu kepada hamba-hambaMu yang beriman dan bertaqwa. 
Aameen Ya Allah.

No comments: