Saturday, May 09, 2020

"... saya mahu saiz yang lebih besar" - Andrea Ivanova

myMetro Ahad, 10 Mei 2020 @ 7:00 AM (diupayakan utk anda oleh KRY BlueViolet Media Limited)
"......... saya mahu saiz yang lebih besar dan menurut doktor, dia akan melakukan lebih banyak suntikan tetapi saya perlu menunggu sekurang-kurangnya dua bulan lagi."
- Andrea Ivanova


Bulgaria: Mirror UK melaporkan, Andrea Ivanova, 22, yang berasal dari Bulgaria melakukan suntikan Hyaluronic Acid kerana mahu bibirnya kelihatan lebih besar dan mungil.

Gadis yang memiliki wajah persis patung Barbie sebenar tersebut, dipercayai memiliki saiz bibir terbesar di dunia hasil lebih 20 suntikan dilakukan di bahagian berkenaan.

Terbaru, Andrea melakukan suntikan itu pada Selasa lalu dan memuat naik gambarnya di Instagram (IG).

Menerusi gambar dimuat naik, Andrea meletakkan kapsyen dengan tanda pagar #love #bigger #lips dan penampilan terbarunya itu mendapat pujian daripada pengikutnya.

Difahamkan, Andrea memulakan transformasinya pada 2018 dan menarik perhatian pengikut di IG selepas memuat naik gambar perubahan bibirnya.

Demi memenuhi keinginannya itu, Andrea sanggup membelanjakan wang dengan purata 134 Pound Sterling (kira-kira RM721) untuk setiap rawatan hingga tidak terkira berapa jumlah dihabiskannya sehingga kini.

"Saya rasa seronok tetapi segelintir doktor memberitahu apa yang saya lakukan sudah memadai .

"Namun, saya mahu saiz yang lebih besar dan menurut doktor, dia akan melakukan lebih banyak suntikan tetapi saya perlu menunggu sekurang-kurangnya dua bulan lagi.

"Saya sukakan bibir yang baharu ini walaupun sukar untuk makan selepas melakukan suntikan dan berlarutan hingga dua hingga tiga hari berikutnya kerana prosedur yang lebih sukar, " katanya.

Meskipun begitu, Andrea tidak pasti sama ada dirinya memiliki saiz bibir terbesar di dunia. 


No comments: