Tuesday, May 19, 2020

Pesona Bidadari Sang Patung Seks

MyMetroNode
Selasa, 3 Mei 2016 @ 4:12 PM

Pardin dan keluarganya membawa patung seks yang ditemui walaupun ke laut kerana percaya patung itu membawa tuah dan gambar kanan, patung itu dipakaikan pakaian cantik dan diletakkan di atas kerusi di rumahnya di Banggai, Sulawesi. - Foto Polis Indonesia/AFP

Jakarta: Sejak sebulan lalu, penduduk sebuah kampung di kepulauan Banggai, Sulawesi, tengah Indonesia, menyangka mereka dirahmati kerana menganggap patung wanita yang ditemui terapung di tepi pantai adalah bidadari yang terjatuh dari syurga tanpa mengetahui ia sebenarnya patung seks.

Penduduk kampung itu, Pardin, menemui patung berkenaan ketika memancing iaitu beberapa hari selepas gerhana matahari menyebabkan penduduk percaya patung berkenaan ada kaitan dengan gerhana.

Pardin membawa patung itu pulang ke rumahnya di perkampungan Kalupapi dan ibunya memakaikan baju, kain dan tudung setiap hari pada patung itu yang duduk di atas kerusi.

Penyebaran berita mengenai bidadari itu menyebabkan polis ke kampung terpencil itu untuk menyiasat, mereka terkejut kerana bidadari berkenaan adalah patung seks wanita.

Ketua polis tempatan, Heru Pramukarno, berkata: “Berita yang kami dengar ada bidadari yang menangis ketika ditemui.

“Penduduk di situ yang tiada kemudahan internet tidak tahu wujudnya alat bantu seks seperti patung itu.”

Polis membawa pulang patung itu ke balai polis bagi mengelak ia terus disalah anggap dan dipuja sebagai kononnya bidadari.


No comments: