Tuesday, May 26, 2020

ARYA SI Giant MODEN INDONESIA (2016)

ARYA PERMANA YANG MENAKJUBKAN INDONESIA !! 
myMetro
Khamis, 30 Januari 2016


Jakarta: Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dipercayai menjadi kanak-kanak paling gemuk di dunia apabila berat badannya mencecah 192 kg.

Arya Permana yang berasal dari kampung Cipurwasari di Jawa Barat kini terpaksa berhenti sekolah kerana tidak mampu berjalan-jalan dan sering kepenatan.
Berat badan Arya yang berlebihan itu juga menyebabkan ibu bapanya bimbang dengan kesihatan anak mereka yang boleh menyebabkan maut.
Ibunya, Rokayah berkata, Arya sentiasa lapar dan makan lima kali sehari dengan jumlah yang banyak, hampir dua kali ganda berbanding lelaki dewasa.


Katanya, anak kedua daripada dua beradik itu sering mengadu kepenatan dan sesak nafas.

SEPASUKAN PAKAR PERUBATAN PANTAU KONDUSI ARYA.
myMetro
Rabu, 13 Julai 2016 @ 10:00 a.m.

GAMBAR fail menunjukkan Arya di rumah keluarganya.

Bandung: Hospital Hasan Sadikin di sini mengerahkan 13 doktor untuk memantau dan merawat Arya Permana, kanak-kanak berusia 10 tahun yang mempunyai berat badan mencecah 190 kilogram.

“Satu pasukan seramai 13 doktor, termasuk pakar amalan pemakanan kanak-kanak, pakar pembesaran kanak-kanak, radiologi, pakar bedah, pakar ortopedik, psikiatris dikerah merawat Arya,” kata Pengarah Perubatan dan Rawatan hospital itu, Dr Nucki Nursjamsi Hidayat, semalam.

Menurutnya, antara tugas pasukan itu ialah mengkaji punca yang menyebabkan kanak-kanak berkenaan menderita obes terlampau berbanding usianya.

Selain itu, kata Nucki, mereka juga akan mengatur program diet untuk membantu berat badan Arya turun hingga ke paras ideal.

“Kami juga akan membimbing keluarganya bagi memastikan program yang dijalani Arya di hospital dilanjutkan di rumah. Jika tidak, usaha kami sia-sia,” katanya.

Arya disahkan sihat ketika menjalani pemeriksaan minggu lalu.

“Keadaan fizikalnya, Alhamdulillah, masih terkawal. Jantung, paru-paru juga tidak ada masalah. Kegemukannya hanya di sebalik kulit. Kami akan cari puncanya,” kata ketua pasukan perubatan, Dr Julistyo TB.

Arya dimasukkan ke hospital berkenaan tengah hari kelmarin. - Antara

ARYA JALANI DIET DI HOSPITAL
myMetro


Bandung: Selepas mendapat liputan meluas media, seorang budak lelaki berusia 10 tahun yang memiliki berat badan mencecah 190 kilogram (kg) akhirnya dibawa ke hospital di sini untuk mendapat rawatan pakar.

Arya Permana yang berasal dari sebuah kampung di Karawang itu dibawa ke Hospital Bandung untuk pemeriksaan lanjut.

Doktor, Julistio berkata, pemeriksaan mendapati jantung dan paru-paru Arya sihat tetapi diet kanak-kanak itu tidak terkawal.

“Kami meneliti adakah keadaan ini berpunca daripada gangguan genetik atau masalah pemakanannya yang luar biasa,” katanya.

Menurutnya, pihak hospital menyediakan program diet untuk Arya dengan menggalakkan kanak-kanak itu memakan banyak sayuran, makanan berserat serta bersenam.

“Kami akan memantau program diet dan senaman ini bagi memastikan berat badannya boleh diturunkan atau tidak,” jelasnya.

Menurutnya, pada usia 10 tahun dengan ketinggian 147 sentimeter, berat badan ideal Arya sepatutnya tidak lebih 50kg.

Berat badan Arya yang luar biasa menyebabkan kanak-kanak itu mendapat liputan meluas media termasuk media antarabangsa sehingga mendapat gelaran budak paling berat di dunia.

Keadaan fizikal luar biasa menyebabkan Arya terpaksa berhenti sekolah kerana sering kepenatan sehingga menyebabkan keluarganya bimbang dengan kesihatan kanak-kanak itu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Julai 2016 @ 10:27 AM

ARYA SELAMAT JALANI PEMBEDAHAN
myMetro, Jumaat, 5 Mei 2017 @ 10:04 AM

Bandung: Seorang kanak-kanak lelaki yang dianggap budak paling gemuk di dunia sehingga mengancam nyawanya selamat menjalani pembedahan untuk mengurangkan berat badannya.
Arya Permana yang berasal dari Kerawang, Jawa Barat mengejutkan dunia tahun lalu apabila beratnya mencecah 192 kilogram (kg) walaupun baru berusia 10 tahun.
Keadaan itu menyebabkan doktor bimbang Arya mungkin berdepan penyakit yang mengancam nyawa sekiranya berat badannya terus meningkat.
Selepas menjalani beberapa rawatan di hospital, Arya yang kini berusia 11 tahun menjalani pembedahan pintasan gastrik di Hospital Omni di Alam Sutra, Tengerang pada 17 April lalu.


Prosedur itu bertujuan mengecilkan saiz perutnya supaya dia cepat kenyang dan lambat lapar.
Bapa Arya, Ade Sumantri berkata, dalam tempoh tiga minggu sahaja berat badan kanak-kanak itu berjaya turun sebanyak 17kg.
Katanya, keadaan fizikal Arya juga semakin baik dan dia semakin lincah dan boleh berjalan dengan bebas.
“Lehernya sekarang sudah kelihatan. Dulu lehernya seperti kura-kura tetapi kini ia seperti angsa,” katanya.
Tambahnya, selain perubahan fizikal, emosi dan sikap Arya juga bertambah baik serta mula memahami pentingnya mengawal berat badannya.
“Dahulu Arya sering mengamuk sekiranya lapar dan tidak diberi makanan secukupnya.
“Namun, kini Arya boleh mengawal dirinya dan akur dengan nasihat ibu bapanya,” jelasnya

ARYA MULA KE SEKOLAH.       
myMetro, Selasa, 19 Julai 2016 @ 7:46 a.m.
Karawang: Arya Permana, kanak-kanak obes terlampau di daerah di Jawa Barat ini semalam mula memasuki sekolah yang terletak kira-kira 70 meter dari kediamannya.
Kanak-kanak berkenaan yang mempunyai berat badan 190 kilogram berjalan sendiri ke sekolah itu sementara ibu bapanya, Ade Somantri, 42, dan Rokayah, 37, memerhatikan.
Arya berhenti beberapa kali dalam perjalanan ke sekolah itu kerana kepenatan dan sesak nafas.
Arya menjadi tumpuan media Indonesia dan antarabangsa apabila dia disahkan kanak-kanak paling obes di dunia baru-baru ini.


Dia sebelum ini dirawat di sebuah hospital di Bandung untuk menjalani diet bagi mengurangkan berat badannya.
Arya bagaimanapun enggan meneruskan rawatan itu walaupun selepas dipujuk kerana mahu bersekolah.
“Dia perlu berhenti untuk menarik nafas,” kata Ade ketika melihat anaknya berjalan ke sekolah, semalam.
Bukan setakat Ade dan Rokayah yang memerhatikan Arya, malah dia juga menjadi tontonan penduduk setempat dan wartawan yang datang untuk membuat liputan hari bersejarah bagi kanak-kanak itu.
Semalam ialah hari pertama persekolahan di Indonesia.
Berbeza dengan murid lain, Arya ke sekolah tanpa memakai uniform.
Dia hanya memakai seluar merah dan baju hijau tanpa lengan.
“Kami tidak dapat mencari saiz baju sekolah untuknya,” kata Ade. - Agensi




No comments: