PERINGATAN demi peringatan disampaikan oleh para nabi dan Rasul supaya manusia tidak lalai daripada beribadat kepada ALLAH. Namun begitu kebanyakan manusia itu lebih gemar mengikut hawa nafsu daripada mematuhi arahan dan perintah ALLAH.
Firman ALLAH SWT :
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
أَرَءَيۡتَ ٱلَّذِى يُكَذِّبُ بِٱلدِّينِ (١) فَذَٲلِكَ ٱلَّذِى يَدُعُّ ٱلۡيَتِيمَ (٢) وَلَا يَحُضُّ عَلَىٰ طَعَامِ ٱلۡمِسۡكِينِ (٣) فَوَيۡلٌ۬ لِّلۡمُصَلِّينَ (٤) ٱلَّذِينَ هُمۡ عَن صَلَاتِہِمۡ سَاهُونَ (٥) ٱلَّذِينَ هُمۡ يُرَآءُونَ (٦) وَيَمۡنَعُونَ ٱلۡمَاعُونَ (٧)
Maksudnya : “Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan) ? (1) Itulah orang yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim (2); Dan dia tidak menggalakkan memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin (3); (kalau orang yang demikian di kira daripada bilangan orang-orang yang mendustakan agama), maka Kecelakaan besar bagi orang-orang yang melakukan solat (4). (iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan solat mereka (5); (Juga bagi) orang-orang yang riya' ( dalam ibadat dan bawaanya) (6). Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang memerlukannya) (7)”
Berdasarkan berbagai riwayat, para ulama menyimpulkan bahawa orang yang meninggalkan solat akan di seksa dengan beberapa seksaan iaitu :
ENAM SEKSAAN DI DUNIA:
1) ALLAH akan menarik semula keberkatan umurnya
2) ALLAH akan membuang cahaya soleh dari wajahnya
3) Segala amalannya tidak mendapat pahala daripada ALLAH
4) Doanya tidak diangkat ke langit
5) Seluruh makhluk di bumi dan di langit akan mencercanya
6) Dia tiadak akan mendapat bahagian daripada doa orang-orang soleh
TIGA SEKSAAN KETIKA MATI:
1) Dia akan mati dalam keadaan hina
2) Dia akan mati dalam keadaan lapar
3) Sebelum meninggal dunia, dia akan merasa begitu haus sehingga walaupun diberi minum air sebanyak air di dunia, rasa hausnya tidak akan hilang.
TIGA SEKSAAN DI DALAM KUBUR:
1) ALLAH akan menyempitkan kuburnya dan menghimpit tubuhnya sehingga tulang-tulang rusuk kiri dan kanannya saling bersilangan
2) Kuburnya akan menyala dan penuh bara, memanggangnya siang dan malam
3) ALLAH SWT memerintahkan ular yang bernama Syuja’ al-Aqra’ masuk ke dalam kuburnya. Kedua-dua mata ular tersebut daripada api, kukunya daripada besi, panjang dan tajam. Ular tersebut akan memukul orang yang tidak solat ini hingga terbenam 70 hasta. Dengan kuku yang tajam ini ular tersebut akan mencungkil keluar si mati dan terus memukulnya seperti sebelum ini hingga hari kiamat.
TIGA SEKSAAN KETIKA BANGKIT DARI KUBUR:
1) ALLAH akan memerintahkan malaikat supaya menaik orang itu hingga ke neraka Jahanam dengan wajah terseret di tanah.
2) Pada hari hisab, ALLAH akan memandangnya dengan pandangan murka, sehingga daging wajahnya meleleh
3) ALLAH akan menghisabnya dengan hisab yang sangat tegas tiada keringanan sedikit pun baginya, sehinggalah di kala Allah memasukkannya ke dalam neraka paling buruk.
Firman ALLAH SWT :
Terjemahannya : ” (Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) saqar? Orang-orang yang bersalah itu menjawab: kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan solat.” (surah al-Muddaththir : 42 – 43)

No comments:
Post a Comment