Kehilangan MH370 Terungkai...?
KUALA LUMPUR - Misteri kehilangan pesawat Penerbangan
Malaysia (MAS) MH370 sejak 17 hari lalu akhirnya terjawab apabila pesawat
tersebut disahkan terhempas di tengah Lautan Hindi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pesawat
malang itu yang membawa 239 penumpang dan anak kapal terhempas di kawasan barat
Perth, Australia di Lautan Hindi.
Menurut beliau, pengumuman tersebut dibuat berdasarkan rumusan Cawangan Siasatan Udara United Kingdom (AAIB).
Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak mendengar penerangan lokasi mencari dan menyelamat pesawat
MH370 oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia Datuk Azharuddin
Abdul Rahman. (BERNAMA)
"Berdasarkan analisis tersebut, AAIB dan Inmarsat telah membuat kesimpulan bahawa MH370 telah terbang melalui Koridor Selatan dan lokasi terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi yang tidak memungkinkan ia mendarat kerana tidak terdapat sebarang landasan kapal terbang.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0325&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2wvpTtmsf
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment