tlutfi.rahim@kosmo.com.my
SULTAN JOHOR menunjukkan isyarat bagus sebelum memandu tren dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur semalam.
Sultan Johor pandu tren hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja
JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berangkat untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-223 yang bermula Rabu ini di Kuala Lumpur dengan menaiki tren Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB).
KTMB dalam satu kenyataan hari ini berkata, baginda bersama pegawai istana bertolak dari stesen JB Sentral ke Stesen Kuala Lumpur pada jam 9.15 pagi dengan menggunakan tren Ekspres Rakyat yang dipandu baginda sendiri.
Baginda memandu tren tersebut hingga ke Stesen Kluang sebelum berehat seketika dan memandu semula dari Stesen Seremban hingga ke destinasi terakhir iaitu Stesen Kuala Lumpur.

Risaukan keselamatan penumpang
2011/02/21
GEMAS - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berangkat untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-223 bermula esok dengan memandu sendiri tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dari Johor Bahru ke ibu negara semalam.Sepanjang perjalanan tersebut, baginda risau tentang keselamatan 350 penumpang yang menaiki kereta api Ekspres Rakyat dari stesen JB Sentral di Johor Bahru ke stesen KL Sentral di Kuala Lumpur.
Bagi Sultan Johor, keselamatan penumpang adalah satu keutamaan, justeru baginda khuatir perkara tidak diingini mungkin berlaku sepanjang perjalanan.
"Saya takut-takut bawa kereta api ini kalau malang tidak berbau. Jika apa-apa terjadi pada saya tidak mengapa, jangan 350 orang penumpang yang lain."Apa yang saya tahu kereta api ekspres perlu tepat pada masanya dan dalam perjalanan kereta api ini berhenti di 13 stesen.
"Saya perlu memastikan tiada masalah berlaku sepanjang tempoh saya mengendalikan kereta api ini," titah baginda pada sidang akhbar di Stesen Kereta Api Gemas, Negeri Sembilan di sini semalam.
Ia merupakan kali kedua Sultan Ibrahim memandu kereta api penumpang selepas menerima lesen memandu Kereta Api Berkuasa Tinggi Kelas 26 pada Program Kembara Mahkota Johor tahun lalu.
No comments:
Post a Comment