Thursday, July 01, 2010

RONALDO OH ! RONALDO !!

RONALDO (kiri) bermain agak buruk dalam Piala Dunia ini.

RONALDO (kiri) bermain agak buruk dalam Piala Dunia ini.

Media Portugal persalah pemain termahal kerana kandas pusingan 2

LISBON: Pemain paling mahal di dunia, Cristiano Ronaldo dipersalahkan oleh media Portugal di atas kekalahan 1-0 pasukan itu kepada Sepanyol pada peringkat 16 pasukan terakhir, awal pagi semalam yang menyaksikan pasukan negara berkenaan tersingkir daripada Piala Dunia.

Walaupun jurulatih, Carlos Queiroz turut dipersalahkan tetapi ketua pasukan, Ronaldo menerima kritikan paling hebat apabila Portugal
sekali lagi pulang hampa meskipun gawang mereka hanya dibocori sekali dalam empat perlawanan tetapi sekadar mampu menjaringkan gol dalam hanya satu perlawanan ketika membelasah Korea Utara 7-0. pada Piala Dunia.

“Ronaldo mempamerkan antara aksi paling buruknya bagi pasukan kebangsaan,” komen Correio da Manha.
Publico juga bersependapat mengenai aksi pemain bintang Real Madrid berusia 25 tahun itu dengan ruangan editorialnya menyatakan: “Ronaldo bermain agak buruk dalam Piala Dunia ini. (Jose) Mourinho (jurulatih baru Real Madrid) berkata Portugal tidak akan memenangi Piala Dunia ini meskipun jika Ronaldo berlari 1,000 kilometer sejam. Tetapi dia (Ronaldo) tidak pun dapat menghampiri kelajuan sebuah kapal.”

Editor Diario de Noticias (DN) pula menyifatkan bekas pemain Manchester United itu, yang dibeli oleh Real Madrid pada harga 94 juta Euro, iaitu paling mahal di dunia pada musim lalu, ‘bagaikan tidak wujud’ dalam Piala Dunia.

Akhbar sukan harian A Bola pula menyatakan ‘Ronaldo pulang dari Piala Dunia tanpa meninggalkan sebarang kesan,’ manakala akhbar saingannya Record meletakkan gambar Ronaldo di muka depan dengan tajuk: “Kita diperkotak-katikkan.”
Queiroz, yang mengenali Ronaldo ketika menjadi penolong kepada Alex Ferguson di Manchester United, dikritik terutama kerana mengeluarkan penyerang tunggal, Hugo Almeida pada minit ke-58 pada ketika kedudukan seri 0-0. “Portugal tersingkir kerana kesilapan Queiroz,” tajuk utama DN. - AFP

@bharianonline

No comments: