Tuesday, August 18, 2009

Kesegaran Di Sungkai Residence Hot Spring Resort



Sesekali bertandang ke Sungkai singgahlah bermalam di resortnya yang dikelilingi oleh pepohon sawit yang sudah meninggi... Cukup selesa di sini. Persekitaran aman damai. Sesegar air suam-suam kuku di Hot Springnya yang sungguh mengasyikkan. Ramainya pengunjung pada hari tu...













Ramai juga yang mengambil kesempatan mencuba merebus telur ayam di satu sudut yang khas di situ.









Selain kolam air panasnya yang hebat, disediakan juga kolam biasa sebagai pilihan pengunjung yang beriadah di sini. Kolam Mountain Springs nya pun agak menarik juga.


Mampu mengikat anak-anak kecil hingga tidak mahu berganjak daripada menikmati keseronokan bermain air di situ.
Tengok sahajalah anak-anakku Affan & Ayief tu... bukan main seronok berendam dalam air.... Bukan senang nak panggil anak-anak ni naik..... Tak apa lah.... sekali-sekala berseronok...... Caya lah... !!

No comments: