Monday, August 01, 2011

PENEMPATAN PURBA DITEMUI DI BUKIT TUNGGAL NEGERI SEMBILAN

Penemuan artifak lengkap bukti wujud kediaman awal manusia di Bukit Tunggal
@bharianonline

MUHAMMAD PAUZI di kawasan penempatan awal di Hutan Bukit Tunggal dekat Seri Menanti, Kuala Pilah.

2011/08/01


KUALA PILAH: Sebuah penempatan purba dipercayai antara yang lengkap di negeri ini ditemui di kawasan hutan Bukit Tunggal, berhampiran bandar diraja Seri Menanti dekat sini, dengan antara artifak ditemui termasuk tapak kaki manusia dan batu giling pada batu.
Berbeza dengan artifak sedia ada yang agak terhad di negeri ini seperti batu megalith, penempatan ini lengkap dengan pelbagai artifak yang dibuat menggunakan batu sungai di situ.Wartawan Berita Harian turut menyertai ekspedisi diketuai aktivis sejarah yang juga pensyarah kanan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Muhammad Pauzi Abd Latif dan penduduk tempatan ke penempatan itu dengan berjalan kaki dari Kampung Jumbang, kira-kira lima kilometer dari Seri Menanti.


Kesan tapak kaki dipercayai milik masyarakat purba ditemui di Bukit Tunggal.
Selepas perjalanan hampir sejam melalui hutan tebal sejauh dua kilometer akhirnya tiba di penempatan itu di kawasan jeram Sungai Jumbang yang dipanggil penduduk tempatan sebagai Bukit Tunggal setinggi 262 meter dari paras laut. 
Antara artifak menunjukkan kewujudan penempatan di situ, termasuk batu hampar yang unik kerana mempunyai dua batu kecil di bawah sebagai alas supaya rata.

No comments: