Friday, July 08, 2011

BERSIH II - Antara Tersurat-Tersirat

TITAH KHAS SPB YANG DIPERTUAN AGONG


Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut :-


" Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat. Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin. Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara. Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan. Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun. Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu  “Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran.

Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik. Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora. Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara. Sebagai Ketua Negara, Baginda juga tidak mahu perpecahan berlaku kepada rakyatnya hanya disebabkan perbezaan idealogi dan pendapat. Sebagai sebuah negara demokrasi dan berbilang kaum, semuanya boleh disalurkan mengikut saluran yang betul. Tak perlu ada provokasi dan demonstrasi jalanan. Biarpun kononnya dimulakan secara aman, tak mustahil akan berakhir dengan keganasan bila ada provokasi berlebihan dan melampau ".

 

DAULAT TUANKU !!


 Ambiga dicabar isytihar dana biaya Bersih


@utusanonline
KUALA LUMPUR 7 Julai – Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mencabar Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga mengisytiharkan jumlah keseluruhan dana yang diterima dari luar negara untuk membiayai perhimpunan anjurannya, Sabtu ini.
Yang Dipertua JMM, Azwanddin Hamzah berkata, pihaknya mendapat maklumat daripada sumber tertentu bahawa setakat ini jumlah dana yang dikesan adalah hampir RM1 juta.
“Kita mahu Ambiga memberi penjelasan kepada rakyat Malaysia apakah agenda sebenar pihak luar yang mahu membiayai perhimpunan Bersih,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas pendedahan bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Chandra Muzaffar bahawa Bersih menerima dana daripada Open Society Foundations (OSF).


Ambiga perlu ditahan di bawah ISA
08/07/2011 3:37pm

@utusanonline
KUALA NERANG 8 Julai — Kerajaan Pusat perlu bertindak tegas terhadap mereka yang merancang perhimpunan haram dengan menahan pengerusi penganjur perhimpunan itu Datuk S. Ambiga di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Beliau berkata, tindakan itu perlu dibuat kerana adalah jelas Ambiga menggugat keselamatan negara dengan rancangannya itu.
"Saya tidak akan bersetuju dengan kerajaan kalau kerajaan tidak mengambil tindakan yang paling tegas terhadap mereka. Tidak ada gunanya kita memberi muka kepada mereka kerana rakyat pun sudah mula faham.
Katanya, langkah lain yang dirancang sebelum ini sudah tidak boleh digunakan kerana ia sudah mencapai kemuncaknya.
"Walaupun dia (Ambiga) bersetuju untuk mengadakan perhimpunan haram di stadium, tetapi ia tetap menggugat keselamatan negara. Sudah tentu akan berlaku perarakan di luar stadium sebelum mereka memasuki stadium,” katanya kepada pemberita selepas Program Perkampungan PMR, SPM dan STPM Sekolah Menengah Kebangsaan Pokok Sena di Kem Latihan Naka dekat sini, hari ini.
Sekiranya Ambiga menghormati Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin selepas mendapat perkenan menghadap baginda sebelum ini, dia perlu membatalkan hasratnya untuk meneruskan perhimpunan haram itu, katanya. - Bernama

Hairan Ambiga tidak serah memorandum

@utusanonline
KUALA LUMPUR 6 Julai - Sekumpulan ahli Dewan Negara prokerajaan hari ini mempersoalkan kegagalan Datuk S. Ambiga menyerahkan memorandum berhubung tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) kepada Yang di-Pertuan Agong ketika diberi peluang menghadap Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara semalam.
Wakil mereka, Datuk Abdul Rahman Bakar berkata, Ambiga dan dua lagi pihak dalam Bersih seharusnya menggunakan peluang tersebut untuk 'menyuarakan' tuntutan mereka menerusi penyerahan memorandum berkenaan.
Menurut beliau, kesediaan membenarkan mereka menghadap membuktikan sikap keterbukaan Tuanku Mizan yang patut dijunjung tinggi dan dihormati.
"Justeru, kami ingin bertanya adakah kesempatan menghadap Seri Paduka dimanfaatkan Bersih untuk menyampaikan memorandum tersebut. Kenapa tidak? Kalau sudah disampaikan, apa perlunya lagi diadakan perhimpunan di stadium.
"Selain itu, kami juga ingin bertanya adakah maksud mereka hendak mengadakan perhimpunan di stadium sudah mendapat restu dan perkenan Tuanku Mizan atau adakah ia kenyataan Bersih sahaja?" soalnya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar yang turut dihadiri sebahagian besar ahli Dewan Negara prokerajaan berhubung perhimpunan Bersih di lobi Parlimen hari ini.
Abdul Rahman berkata, seperti yang dititahkan oleh Seri Paduka sebelum ini, pihaknya juga berpendapat sebarang perselisihan dan rasa tidak puas hati, kekurangan dan kelemahan yang ada sepatutnya diselesaikan menerusi saluran perundingan antara pihak yang terbabit.
Semua pihak jelasnya, sepatutnya mengambil pendekatan itu demi memelihara keamanan, kemerdekaan dan kedaulatan negara.
"Pepatah Melayu mengingatkan, 'ikut rasa binasa, ikut hati mati'. Oleh itu, kami majoriti ahli Dewan Negara menyeru dan menasihatkan kepada semua pihak supaya menjadikan perundingan dan musyawarah dengan hati serta fikiran terbuka sebagai budaya hidup demi kedaulatan negara.
"Marilah kita bersama menghargai Rukun Negara dan Perlembagaan negara. Marilah kita menegakkan dan menghidupkan demokrasi melalui sistem pilihan raya dan tidak melalui demonstrasi di jalan raya," tegasnya.
Sementara itu, Senator Datuk Abdul Rahim Rahman ketika ditemui berkata, menjaga ketenteraman dan kedaulatan negara adalah tanggungjawab semua.
"Pada saya jalan terbaik tak perlulah diadakan perhimpunan itu. Jumpa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau pihak lain kalau tidak berpuas hati. Ketika kita hendak menguatkan ekonomi negara, rakyat harus pertahankan keamanan," tegasnya.
Pendapat tersebut disokong Senator Datuk Mohd. Najeeb Abdullah yang berpendapat Bersih ada agenda lain apabila mahu meneruskan perhimpunan itu.
"Kalau hendak serah memorandum, sepatutnya ia sudah dilakukan semalam. Oleh itu, kalau mereka hendak berhimpun juga, pasti ada agenda-agenda lain," tambahnya.
Dalam pada itu, Senator Noriah Mahat mengingatkan semua pihak agar tidak menderhaka dengan titah Seri Paduka dan meminta Bersih supaya membatalkan niat untuk berhimpun.


91 individu dilarang masuk KL

KOMPLEKS Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta.

KUALA LUMPUR – Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Datuk S. Ambiga, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali dan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin adalah antara 91 individu yang dilarang berada di beberapa kawasan di Kuala Lumpur dari pukul 8 pagi hingga 6 petang Sabtu ini.
Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh (gambar kecil) berkata, pihaknya telah mendapatkan perintah mahkamah mengikut Seksyen 98 Kanun Prosedur Jenayah untuk melarang mereka, iaitu 66 orang daripada Bersih, 14 daripada Perkasa dan 11 daripada Himpunan Patriot.
Pemimpin pembangkang yang turut dilarang berada di pusat ibu kota ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anaknya Nurul Izzah yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Turut terlibat dalam larangan itu ialah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; veteran DAP, Lim Kit Siang; Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok dan Naib Presiden PKR, Tian Chua.
Menurut Amar Singh, perintah larangan itu adalah untuk mengelakkan berlaku perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam atau mendatangkan bahaya kepada nyawa atau keselamatan manusia.

bersih 2.0 Titah Khas Yang di Pertuan Agong Mengenai Perhimpunan BERSIH 9 Julai 2011


Tiada permit bas sementara Jumaat, Sabtu ini
Lee Way Loon
Jul 7, 11
12:26pm
Permit sementara bas untuk perjalanan ke Kuala Lumpur tidak akan dikeluarkan untuk hari Jumaat dan Sabtu ini bagi mengelak jangkaan kesesakan lalulintas, kata Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

syed hamid albar visit new chow kit police station 061108 04Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar (kanan) berkata ia juga merangkumi operator bas sekolah, bas kilang yang sering memohon permit semasa musim puncak untuk mengangkut orang ramai ke bandar.
Katanya, pengeluaran permit sementara it tidak perlu kerana ia bukan musim perayaan atau cuti sekolah.
Bagaimanapun, katanya, perkhidmatan pengangkutan awam - LRT, KTM dan bas - di Kuala Lumpur berjalan seperti biasa pada 9 Julai.

Syed Hamid menjelaskan suruhanjaya itu akan mengekalkan dasarnya dan tidak mengeluarkan permit sementara bas pada bukan musim perayaan.

"Kami tidak membeku permit bas sementara, tetapi hanya mengekalkan status quo," kata beliau kepada Malaysiakini.

"Kami tidak mengeluarkan sebarang permit bas sementara melainkan ketika musim perayaan seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya atau Deepavali."

NONEBeliau juga menafikan terdapat arahan seperti yang dilaporkan oleh beberapa media, sambil menegaskan bahawa ia hanya satu notis yang dikeluarkan kepada pengusaha bas mengenai dasar semasa.

Sementara itu, seorang jurucakap dari Prasarana juga mengesahkan dengan Malaysiakini bahawa perkhidmatan LRT tidak ditutup pada hari Sabtu.

"Perkhidmatan seperti biasa, tetapi kami akan mematuhi sebarang keputusan yang dibuat oleh pihak berkuasa seperti polis," katanya, sambil menambah setakat ini mereka tidak menerima sebarang "nasihat" dari polis.

Sebelum ini terdapat spekulasi dalam media sosial seperti Facebook bahawa pihak berkuasa mungkin menutup sistem pengangkutan awam pada hari Sabtu untuk menghadkan kehadiran ke perhimpunan Bersih.

Kawalan elak ancaman pengacau


ANGGOTA polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan berkawal dan menutup jalan di
hadapan Dataran Merdeka semalam.


KUALA LUMPUR, 09 Julai 2011 - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar (gambar kecil) berkata, polis terpaksa mengambil langkah mengetatkan kawalan di ibu kota mulai semalam menjelang perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) bagi memastikan keselamatan orang ramai dan ketenteraman awam terus dikekalkan.
"Sekatan-sekatan jalan di tempat-tempat tertentu terpaksa diadakan untuk mengelakkan kumpulan-kumpulan pengacau memasuki bandar raya," kata beliau di sini semalam.
Menurut beliau, tindakan itu juga ekoran penemuan senjata sebelum ini yang meningkatkan kebimbangan bahawa ada pihak yang berniat menimbulkan huru-hara.
"Maklumat juga menunjukkan mereka merancang untuk berdemonstrasi dan berarak di beberapa lokasi di dalam bandar raya ini," kata beliau.
Ismail mendedahkan kumpulan-kumpulan itu turut merancang menggunakan masjid-masjid di sekitar bandar raya untuk berhimpun.
"Mereka telah bergerak masuk ke Kuala Lumpur secara persendirian dan kumpulan kecil untuk mengelak dikesan dan ditahan polis," katanya.

DEMONSTRASI BERSIH II - 09 JULAI 2011

Ambiga, Hadi, Mat Sabu ditangkap, Anwar cedera
Jul 9, 11 8:45am
Kongsi 6110

Sekurang-kurangnya lima lokasi dijadikan tempat berkumpul perhimpunan BERSIH 2.0 hari ini. Antaranya di Jalan Petaling, berhampiran Kompleks Daya Bumi, Masjid Jamek, Pudu dan Sogo.

NONEPolis terus melepaskan tembakan meriam air dan gas pemedih mata bagi menyekat kemaraan rakyat.

Akibat asakan dan tangkapan ke atas tangkapan lebih 500 orang, penunjuk perasaan mula menuju ke kawasan Puduraya-Menara Maybank. Jumlah mereka kini dianggarkan tidak kurang 10,000 orang.

LAPORAN LANGSUNG:
4.50pm: Fadiah Nadwa Fikri dari Lawyers for Liberty berkata polis menggunakan Seksyen 28A (8) - yang menafikan hak akses kepada peguam ke atas mereka yang ditahan itu.

NONEKatanya, tidak kurang 1,000 orang ditahan hari ini dan ada yang ditempatkan di Pulapol.

Menurut Fadiah tindakan kerajaan itu jelas mencabuli Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan.
4.50pm: Hotel Hilton - Beberapa pemimpin Pakatan seperti Datuk Kamaruddin Jaafar, Nurul Izzah mula meninggalkan hotel.
4.45pm: Hotel Midah - Jawatankuasa BERSIH dilapor sedang mengadakan sidang media di Hotel Midah pada masa ini.
4:40pm: Pudu - Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha'ani Abdullah mengecam tindakan keras pihak berkuasa ketika berdepan dengan penunjuk perasaan.

NONEPasukan polis bukan sahaja tidak menghormati hak rakyat untuk berhimpun tetapi juga menjejaskan keselamatan dan kesihatan awam dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata ke dalam kawasan hospital Tung Shin.
Ditanya apakah sepatutnya respons rakyat terhadap tindakan tersebut, beliau berkata, rakyat Malaysia perlu memilih wakil yang boleh melindungi hak mereka.
4.30pm: Menurut sumber PKR, Tian Chua yang ditahan di Balai Polis Jinjang berkata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih ditahan dalam trak polis. Sekurang-kurangnya 100 ditahan di sana.
4.21pm: Jawatankuasa BERSIH akan mengadakan sidang akhbar di Hotel Midah pada jam 4.45 petang ini.
4.10pm: Hotel Hilton - PAS memberi tempoh 24 jam supaya polis membebaskan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau himpunan kedua akan dilakukan.

NONEJawatankuasa PAS Pusat Dr Syed Azman Syed Ahmad pada sidang mediabya, berkata, jika Hadi tidak dibebas, sejuta ahli parti Islam itu akan berhimpun di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
4.10pm: Stesen LRT yang masih ditutup, menurut RapidKL - Pasar Seni, KL Sentral, Masjid Jamek dan Dang Wangi.
4.01pm: Facebook PDRM - Antara pemimpin teratas yang ditahan ialah:

Mahfuz Omar - KL Sentral
Salahuddin Ayub - KL Sentral
Mohamad Sabu - Jalan Mahameru
Fauziah Salleh - KL Sentral
Tian Chua - KL Sentral
S Ambiga - KL Sentral
Hadi Awang - KL Sentral
Azeez Rahim - Jalan Bukit Bintang

NONE4pm: Istana Negara - Delegasi BERSIH 2.0 seramai kira-kira 20 orang yang diketuai oleh A Samad Said dihalang oleh polis kira-kira 200 meter dari pintu pagar istana.

Rundingan dengan pihak polis gagal dan kumpulan itu bersetuju untuk bersurai. Bagaimanapun, Samad berkata beliau perlu berehat dan kumpulan itu meninggalkan beliau di situ.
3.50pm: KL Hilton - Dalam satu sidang akhbar, naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar, N Surendran dan timbalan setiausaha agung PAS, Syed Azman mengutuk kekejaman polis yang didakwa mereka menyebabkan kecederaan terhadap beberapa pemimpin Pakatan.

Mereka berkata, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang telah dihantar ke Hospital Pantai, ahli parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad dan pemimpin BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah dan A Samad Said juga mengalami kecederaan.
NONE3.50pm: Istana Negara - Sekumpulan ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 menuju ke arah istana dari Hotel Midah Hotel. Mereka sedang menunggu kelulusan pihak istana untuk menyerahkan petisyen BERSIH 2.0.

3.50pm: Pasar Seni - Pemimpin BERSIH, Wong Chin Huat, selepas membaca lapan tuntutan BERSIH 2.0, meminta orang ramai bersurai.
3.49pm: Pudu - Kumpulan penyokong BERSIH 2.0 yang terperangkap di antara dua sekatan polis dan berlindung di Hospital Tung Shin kini bersurai apabila polis bertindak menyerbu ke arah mereka dan memulakan tangkapan.

Ramai yang lariNONE mengikuti lorong belakang tetapi tidak kurang juga penyokong tegar yang bersembunyi di tempat letak kereta hospital berkenaan. Namun tindakan polis melepaskan gas pemedih mata menyaksikan mereka terus melarikan diri.

Orang ramai mula bersurai secara aman tetapi ada yang masih melaungkan 'Reformasi' dan 'Bersih' di bawah stesen LRT Pasar Seni.

Polis bertindak dengan menembak gas pemedih mata ke arah mereka.
3.40pm: Taman Tasik Titiwangsa - Kira-kira 20 ahli PERKASA dilihat di sebuah restoran di sini. Mereka hanya mengikuti perkembangan perhimpunan BERSIH melalui siaran televisyen.
Namun presiden kumpulan itu, Ibrahim Ali dan timbalannya langsung tidak kelihatan.

Terdapat sepuluh anggota polis yang berkawal di pintu masuk taman rekreasi itu.

NONE3.38pm: Pudu - 2,000 orang kini di Pudu selepas dinafikan laluan selamat yang didakwa dijanjikan sebelum ini menuju ke Jalan Sultan. Polis anti rusuhan terus melepaskan meraim air dan gas pemedih mata kepada mereka yang cuba mendapatkan perlindungan di Hospital Tung Shin.

Mereka kini terperangkap di tengah-tengah antara dua sekatan FRU.

Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata selepas rundingan dengan MP Pakatan R Sivarasa dan Ngeh Khoo Ham gagal berhubung apa yang sepatutnya dilakukan oleh mereka yang berarak itu.

Adalah dipercayai orang ramai yang menggunakan separuh daripada jalan itu tetapi pihak polis mahu mereka bersurai dalam kumpulan kecil sebelum dibenarkan berarak.

Adalah dipercayau Sivarasa juga telah ditahan tetapi tempat beliau dibawa belum dapat disahkan.
NONE3.37pm: Pasar Seni - kumpulan BERSIH berarak melalui Jalan Sultan ke arah Pasar Seni, tetapi mereka ditembak gas pemedih mata berhampiran Stesen LRT Pasar Seni. Ia memaksa mereka berundur ke Jalan Sultan.

3.22pm: Bukit Bintang - 300 penyokong Pemuda Umno di Jalan Bukit Bintang di depan Hotel Federal mula bersurai selepas mengadakan rundingan dengan pihak polis.

Sambil mendakwa telah mencapai kemenangan moral - walaupun hanya mampu bergerak 200 meter sepanjang Jalan Bukit Bintang - masih jauh dari destinasi mereka di Stadium Merdeka - Exco Pemuda Umno, Megat Omardin berkata mesej mereka sudah disampaikan.

Katanya mereka telah datang dan telah mencapai tujuan mereka, diikuti dengan pembacaan doa.

NONEKemudian, Ketua Pemuda Umno Petaling Jaya Utara, Arman Azha memberitahu Malaysiakini bahawa exco Pemuda, Lokman Noor Adam serta 20 lagi ahli mereka telah ditangkap.
Ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin, yang juga turut ditangkap, kemudian menulis dalam tweetnya yang beliau dibawa ke Pulapol, manakala exco pergerakan itu, Ahmad Zaki Zahid cedera.

Tulisnya, FRU telah menembak gas pemedih mata terus ke arah mereka.

3:20pm:
Pudu - Orang ramai mula berarak dari Pudu ke arah Jalan Sultan, sambil mengucapkan terima kasih kepada pihak polis kerana memberi mereka laluan selamat. Kumpulan seramai 2,000 orang itu, juga menyanyi Negaraku ketika berjalan.

3.15pm: Pudu - Polis bersetuju memberi laluan selamat kepada ribuan penunjuk perasaan yang berkumpul di Pudu sehingga Jalan Sultan dengan syarat mereka hanya menggunakan separuh jalan dan berarak secara aman.

NONEPersetujuan dicapai selepas ahli parlimen Pakatan Rakyat, R Sivarasa dan Ngeh Khoo Ham berunding dengan pihak polis.
3.10pm: Facebook PDRM Facebook - Jumlah yang ditangkap setakat jam 2.30 petang tadi adalah 672 orang.
3.00pm: TV Selangor melaporkan laman webnya digodam. Bagaimanapun ia masih bersiaran menerusi alamat www.itv.com/tv_channels/p5577 dan alamat pintas www.itv.com.
Video perarakan perhimpunan BERSIH 2.0 ke Stadium Merdeka yang sedang berlaku boleh ditonton menerusi www.intisari tvsnews.blogspot.com
NONE2.57pm: Bukit Bintang - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin ditangkap ketika sedang membersihkan matanya ketika gas pemedih mata dilepaskan, di sebuah pondok yang terletak kira-kira 100 meter dari benteng FRU.

Meriam air dan gas pemedih mata juga ditembak ke arah baki penyokong Pemuda Umno, menyebabkan mereka berundur 50m dari tempat asal mereka.

Kumpulan itu tinggal kira-kira 200 orang.
2.55pm: Bukit Bintang - Kira-kira tiga orang ditangkap apabila penyokong Pemuda Umno cuba melepasi benteng anggota FRU, menyebabkan berlaku pergelutan dan gas pemedih mata dilepaskan.
2:50: KL Sentral - Naib presiden PKR, N Surendran memberitahu Malaysiakini, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdarah di kepala dan mencederakan di lutut.
2.48pm: Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin ditahan.
NONE2:45pm: KL Sentral - Datuk Seri Anwar Ibrahim tweet bahawa dia mengalami kecederaan dan dua anak perempuannya - Nurul Izzah dan Nurul Hana - juga telah ditahan.

Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga mengesahkan beliau telah ditangkap. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut ditangkap.
2.43pm: KL Sentral - Huru hara berlaku di sini apabila polis melepaskan gas pemedih mata di kawasan tertutup. Penyokong BERSIH cuba melarikan diri dari stesen itu melalui Brickfields.

Tembakan gas pemedih mata itu memaksa orang ramai bertempiaran ke dalam stesen. Wartawan di luar KL Sentral juga dilarang memasuki kawasan itu dan menyukarkan tugas mereka bagi mengesahkan keadaan sebenar situasi.

NONEBeberapa pemimpin Pakatan termasuk MP Batu Tian Chua, MP Pantai Dalam MP Nurul Izzah Anwar, MP Kuala Selangor Dzukefly Ahmad, dan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga disahkan telah ditangkap.
2:41pm: Facebook PDRM: Sehingga jam 2 petang, 644 ditahan - 597 lelaki dan 47 wanita.
2:40pm: Puduraya - Orang ramai berpecah kepada kumpulan yang lebih kecil. Mereka percaya akan mengambil laluan yang berasingan menuju ke Stadium Merdeka.

2:35pm: Bukit Bintang - kumpulan Pemuda Umno berhenti di hadapan Hotel Royale Bintang di mana mereka berjalan menuju ke arah satu lagi kumpulan BERSIH di persimpangan Jalan Pudu-Bukit Bintang.
NONE2.30pm: Puduraya - Orang ramai yang berjumlah tidak kurang 10,000 itu kini mula berkumpul semula dan dipimpin oleh oleh pemimpin PAS Dr Hatta Ramli dan pemimpin PKR Badrul Hisham Shaharin. Mereka juga sedang menuju ke pusat bandar.

Polis dilaporkan terus melepaskan gas pemedih mata bagi memaksa orang ramai supaya bersurai.
2.30pm: Brickfields - Penyokong Pakatan Rakyat dan BERSIH 2.0 berjaya keluar dari KL Sentral yang sebelum ini dikepung oleh polis dan menuju ke Jalan Tun Sambanthan dimana mereka disertai oleh kira-kira 1,000 lagi penyokong.

Ketua BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Lim Kit Siang dan beberapa lagi dilihat berada bersama penyokong mereka.

NONEDalam perjalanan menuju pusat bandar beberapa tong gas pemedih mata dilepaskan ke arah mereka. Ambiga dan seorang ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah kemudiannya dilapor juga ditangkap.
2:20pm: Puduraya - Kumpulan 10,000 orang yang diketuai oleh pemimpin PAS, Dr Hatta Ramli dan pemimpin PKR Badrul Hisham Shaharin berkumpul semula dan bergerak ke arah pusat bandar.

Bagaimanapun, polis menembak satu lagi pusingan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka.
2.18pm: Pudu-Bukit Bintang - Walaupun basah kuyup akibat hujan, semangat orang ramai tidak pudar dan mereka mula terus melaungkan "Bersih! Bersih!”.
2.15pm: KL Sentral - Pemimpin Pakatan Rakyat dan Bersih lsedang berarak ke Hotel Hilton menuju ke KL Sentral sambil melaungkan "Bersih! Bersih!” tetapi dihalang oleh police.

Orang ramai bersama pemimpin PKR, termasuk naib presidennya Tian Chua berjaya melepasi sekatan polis dan terus berarak. Beliau kemudiannya ditangkap polis.
NONEMereka dipercayai sedang menuju ke Stadium Merdeka.
2.10pm: Puduraya - Polis dilaporkan semakin garang terhadap penunjuk perasaan. Ada yang diheret. Seorang penunjuk perasaan juga dilaporkan cedera dengan kepalanya berdarah.
2.05pm: Puduraya - Polis terus bertindak menangkap lebih ramai penunjuk perasaan dengan anggota polis bergerak dalam kumpulan lima dan enam orang bagi menangkap individu tertentu.

Mereka juga didakwa dilihat menumbuk dan menolak tahanan. Beberapa tahanan wanita juga dilaporkan dikasari.
2:01: Bukit Bintang - perarakan Patriot telah terhenti seketika.

NONEMenurut sumber-sumber Pemuda Umno, kumpulan itu sedang menunggu selepas laluan mereka ke Stadium Merdeka dihalang pihak polis.

Kumpulan itu juga sedang menunggu kumpulan kecil penyokong Pemuda Umno yang berarak dari Kampung Attap dan PWTC.
2pm: Hotel Hilton - Hujan masih turun di luar hotel dan suasana di dalamnya tegang ketika pemimpin Pakatan Rakyat bersedia untuk berarak.

Bagaimanapun, mereka kelihatan bertenaga dan berikrar untuk meneruskan perarakan ke Stadium Merdeka bila dapat melepasi benteng polis di luar hotel yang menunggu kemunculan mereka.

Pemimpin Pakatan dikelilingi oleh wartawan ketika mereka bergerak keluar perlahan-lahan.
NONE1.59pm: Menara Maybank - Polis melepaskan gas pemedih mata ke arah kira-kira orang ramai yang kini dianggarkan berjumlah tidak kurang 10,000 orang. Mereka berarak di hadapan bangunan Menara Maybank dan sepanjang Jalan Tun Perak.

Mereka dari arah Masjid Jamek pula mula bergerak ke arah Puduraya.

Polis melepaskan gas pemedih mata selepas tembakan meriam air gagal menyekat kemaraan rakyat. Ramai juga yang pulih selepas terkena tembakan gas pemedih mata bangkit semula dan terus berarak.
1.57pm: Hotel Malaysia - Khairy Jamaluddin muncul di perhimpunan Pemuda Umno dan memberi ucapan ringkas. Katanya, BERSIH 2.0 tidak boleh disokong kerana ia telah resapi parti-parti pembangkang.

NONEBeliau kemudian mengetuai kumpulan itu berarak menuju ke Stadium Merdeka.
1.55pm: Hujan mula mencurah di Kuala Lumpur.

1.52pm: Masjid Jamek - Terdapat sekurang-kurangnya empat trak polis di stesen LRT Masjid Jamek sekarang ini.

Orang ramai yang berhimpun terpaksa bersurai kerana polis telah melepaskan gas pemedih mata tetapi mereka dijangka berkumpul semula.
1:44pm: Menara Maybank - Trak meriam air melepaskan tembakan ke atas orang ramai untuk kali kedua - kali ini menggunakan air bercampur kimia dan pewarna biru.

NONEDaripada bersurai, orang ramai teras bergerak. Sesetengahnya kelihatan menumbuk trak meriam air.

Ini diekori dengan satu lagi pusingan gas pemedih mata yang dapat menyuraikan orang ramai secara perlahan-lahan.
1:43pm: Masjid Jamek - Sekumpulan kira-kira 10 pegawai polis tugas am yang memakai topeng gas, mengejar penunjuk perasaan yang berlari lintang pukang ke dalam kawasan Masjid India. [video - 17 saat]
1:40pm: Menara Maybank - Tembakan meriam air dilepaskan terhadap 1,000 penunjuk perasaan.
NONE1:38pm: LRT Masjid Jamek - Seorang pegawai polis dengan menggunakan pembesaran suara mengumumkan: “Perhimpunan hari in tak ada kebenaran jadi diminta semua bersurai serta merta atau kami suraikan dengan kekerasan.”

Pegawai itu juga memberi masa tiga minit kepada orang ramai supaya bersurai.

Ia dijawab dengan laungan 'Takbir" dan ejekan dari orang ramai yang berjumlah kira-kira 500 orang.

1.35pm: Kenyataan akhbar dari IPK KL.

Setakat ini, 540 orang telah ditangkap (479 lelaki, 58 wanita, tiga remaja bawah umur) untuk disiasat.

NONEAntara yang ditahan itu, 11 kerana memakai baju T kuning BERSIH 2.0 dan seorang yang memakai baju merah PATRIOT.

Sementara itu, tiga individu yang dipercayai pemimpin perhimpunan itu juga telah ditangkap. Mereka adalah timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, dan naib presiden Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.
1.33pm: Jalan Tun Perak - pemimpin PAS Dr Hatta Ramli yang memegang sebuah pembesar suara memberitahu kira-kira 4,000 hadirin bahawa naib presiden parti itu Mahfuz Omar dan lebih 300 yang lain telah ditangkap.

"Perjuangan rakyat memerlukan pengorbanan... Mereka di bawah umur 40 tidak pernah menyaksikan demokrasi di negara ini,” katanya.

Orang ramai menyambut ucapan itu dengan laungan "Allahuakbar".

NONETerdapat marshal BERSIH yang mengarahkan orang ramai supaya membuka laluan kepada kenderaan supaya mereka boleh meneruskan perjalanan masing-masing.
1.30pm: Kira-kira 300 anggota Pemuda Umno telah berkumpul di Jalan Bukit Bintang. Mereka semua memakai baju-T- merah bertulis 'Patriot'. Baju-T itu juga didedarkan kepada orang ramai.
Antara yang hadir ialah pemimpin Pemuda Umno Arman Azhar, Reezal Merican Naina Merican, Zaki Zahid, tetapi ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin tidak kelihatan. Pegawainya bertegas bahawa Khairy akan tiba kemudian.

NONEKumpulan itu melaungkan "hancur Bersih" dan "Siapakah saya? Patriot!". Mereka berselisih dengan kumpulan BERSIH 2.0 yang melewati kawasan itu kira-kira 10 minit lebih awal.
1.22pm: Petaling Street - kumpulan beberapa ribu orang yang berarak ke Stadium Negara, berpatah balik ke Jalan Tan Cheng Lock selepas berdepan dengan satu sekatan jalanraya.

Sekumpulan besar rakyat Sarawak melaungkan 'Hidup Sarawak', disambut tepukangemuruh dari yang lain.
1.20pm: Masjid Jamek - Jumlah yang berhimpun terus bertambah ramai dengan polis pula menunggu bantuan bagi memperkukuhkan sekatan mereka.

NONE1.21pm: Pemimpin utama BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan, Haris Ibrahim, Wong Chin Huat dan Sadterawan Negara A Samad Said juga berada di Hotel Hilton. Mereka disertai oleh ahli politik William Leong, Datuk Kamaruddin Jaafar, Zaid Kamaruddin, Syed Azman Syed Nawawi dan Tian Chua.

Berita timbalan presiden PKR Azmin Ali ditangkap kini disahkan. Sebelum ini, dua naib presiden PAS - Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub juga telah ditangkap.
1.15pm: Angka rasmi tangkapan setakat ini ialah 514 - 478 lelaki dan 36 wanita.
1.15pm: Masjid Negara - Masjid ini hampir kosong dan dipenuhi anggota polis. Ada yang mengadu tandas dikunci sehingga menyusahkan orang ramai.
1.14pm: Akaun twitter palsu @bersihrally dikesan. Ia diwujudkan pagi tadi jam 9.42.

NONETwitter yang mendakwa akan “menyiarkan laporan langsung perhimpunan BERSIH 2.0 dengan bantuan sukarelawan yang membuat liputan” itu menyebarkan berita palsu.

Antaranya berlaku kejadian menjarah di Pasar Seni, pertembungan dengan polis di KLCC dan juga tembakan dilepaskan di Bangsar.

Selepas dikesan oleh pengguna Twitter lain, @bersihrally akhirnya mengalah dengan mesej ini: "Took you guys long enough to figure it out. I've done my job. Thanks for playing."
1.00pm: Masjid Jamek - Jumlah penunjuk perasaan semakin ramai dengan tidak kurang 1,000 orang yang bersiap sedia untuk berarak.

NONESebelum itu, seorang pelajar dilaporkan terkena tembakan kanister gas. Beliau memohon gambarnya yang cedera tidak disiarkan kerana bimbang akan dikenakan tindakan oleh kerajaan kerana beliau seorang pelajar.

12.51pm: Hotel Hilton - Pemimpin PKR Nurul Izzah Anwar, Syed Husin Ali, Lateefah Koya tiba di bilik hotel Anwar Ibrahim. Wartawan tempatan dan luar negara sudah bersiap sedia untuk sidang akhbar yang dijadualkan itu.
12:50: Kira-kira 3,000 hingga 4,000 orang berarak dari Petaling Street menuju ke arah ke Stadium Negara.

Mereka melaungkan 'Bersih, Bersih, Pilihanraya' dan 'Hidup, Hidup, Rakyat'.

NONEEnam penunjuk perasaan pertengahan umur mula menyanyikan Lagu Negaraku, dan terus disambut oleh yang lain.

Salah seorang daripada mereka, Dr Wong Fort Pin, berkata, mereka meraikan keamanan.
12.45pm: Kampung Baru - Lagi 16 orang yang dipercayai penyokong BERSIH di kawasan sekitar ditangkap. Seorang daripada mereka membawa baju kuning BERSIH.

Sebelum itu, polis kelihatan mengejar dipercayai penyokong BERSIh yang duduk di sekitar masjid di Jalan Raja Abdullah menyebabkan mereka lari bertempiaran.
12.45pm: Beberapa perarakan daripada pelbagai lokasi mula bergerak dari arah yang berbeza, manakala pihak polis bertindak dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata.
Di Dataran Merdeka, polis melepaskan gas pemedih mata ke atas kumpulan penunjuk perasaan yang berarak ke arah kawasan tersebut.

NONEKumpulan ini dipercayai telah berarak dari bekas ibu pejabat KTM berdekatan. Kumpulan itu dianggarkan sekitar 1,000 orang.
12.45pm: Pusat Latihan Polis (Pulapol) - Menurut sumber PKR, timbalan presiden parti itu ditangkap dan kini di Pulapol, Jalan Semarak. Malaysiakini sedang cuba mengesahkan laporan itu.
12:42: Stesen lama KTM - Pesuruhjaya Suhakam James Nayagam berkata mereka memandang berat terhadap tangkapan beramai-ramai sehingga ini.
"Polis kata, mereka akan ditahan di Pulapol (Pusat Latihan Polis)," kata sambil menambah bahawa pihaknya sedang memantau keadaan.
Nayagam, bagaimanapun, tidak mahu mengulas sama ada polis kasar dalam tindakan mereka terhadap suspek.
NONE12.34pm: Kira-kira 1,000 orang mula bergerak dari stesen lama KTM menuju Dataran Merdeka.

12.32pm: Masjid Jamek - Ahli Majlis MPSJ Michael Tamil dan Mohd Hafifudin, yang juga adalah pengerusi Persatuan Penjaja Bumiputera Masjid India, sedang memantau kawasan sekitar.

"Saya di sini untuk lihat betapa banyak yang penjaja rugi kerana orang ramai tidak berani datang sini,” kata Hafifudin yang kesal dengan tindakan polis hari ini.

"Jika penjaja kerugian kerana jalan ditutup siapa yang patut mereka tuntut kerugian itu. Mereka patut tuntut daripada kerajaan,” katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui di Bazaar Jalan Melayu.

Hampir semua kedai dan gerai di kawasan sekitar ditutup hari ini.
NONE12.30pm: Menurut Facebook polis, seramai 441 orang, termasuk 20 wanita, ditahan sehingga jam 12 tengahari.
12.20pm: KL Sentral - Selain Anwar dan Dr Wan Azizah turut berada di sini adalah ketua pemuda DAP Anthony Loke dan setiausaha PKR Saifuddin Nasution di Hotel Hilton yang terletak di bangunan itu.

Mereka dijadual mengakan sidang akhbar sebentar lagi. Semua mereka adalah antara 91 individu yang dilarang memasuki Kuala Lumpur.
12.16pm: Masjid Jamek - Hampir tidak ada kedai yang dibuka, kebanyakan orang berlegar di jalan dan lorong belakang Little India, menunggu masa untuk berhimpun.

Polis terus memeriksa dan menangkap mereka yang disyaki akan berhimpun.

NONE"Mereka arah kami buka beg, macam mana bom didalamnya,” kata seorang wanita Melayu dari Klang yang berang apabila begnya diperiksa oleh empat anggota polis.

"Kenapa kami tak boleh duduk sini? Ini hak asasi kami,” kata seorang lagi wanita yang juga dari Klang.
12.15pm KL Sentral - Dua naib presiden PAS - Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub ditahan ketika dalam perjalanan ke Hotel KL Hilton. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Ismail sudahpun berada di sana.
12:10pm: Menurut Facebook polis, mereka menafikan dakwaan twitter BERSIH 2.0 bahawa berlaku pertembungan antara penunjuk perasaan dan polis di KLCC dan menafikan juga gas pemedih mata telah digunakan.

12:12 pm: IPK KL - Seramai 338 orang telah ditangkap - 321 lelaki dan 17 perempuan.

Mereka ditahan di sekitar Dataran DBKL, Istana Negara, Pasar Seni dan Masjid Jamek.

12:15pm: Bekas ibupejabat KTM - tandas dalam bangunan itu telah dikunci oleh pihak polis.
NONE12.05pm: Ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut agak lenggang dengan hanya kira-kira 50 orang di luar, termasuk ketua penerangan PAS Misbahul Munir.
Empat kereta peronda polis diletakkan kira-kira 50 meter dengan 15 pegawai polis. Sekumpulan anggota polis Cawangan Khas berlegar dengan orang ramai.
11:58am: Petaling Street - Kira-kira 50 orang berkumpul di dalam kelompok kecil di sepanjang jalan pasar, yang dipercayai penunjuk perasaan. Bagaimanapun, tidak ada yang berpakaian kuning.
11.55pm: Stesen lama KTM - Masih ramai yang berlegar di sekitar stesen keretapi ini. Mereka diminta meninggalkan kawasan itu melalui jejantas berhampiran Mahkamah Syariah.

NONEPuluhan telah ditahan di kawasan ini. Polis juga dikatakan bertindak kasar terhadap suspek. Ada yang dicekup di tengkuk. Lori polis kedua yang penuh dengan tahanan beredar ke balai polis.

Polis anti-rusuhan juga bersiap-sedia dan dipercayai akan bergerak masuk ke stesen KTM bagi menyuraikan rakyat yang cuba berhimpun itu.
11.50am: Timbalan presiden PKR Azmin Ali menulis di tweeter - "Saya sudah berjaya tiba di 'forbidden city of KL'."
Beliau antara 91 individu yang dilarang oleh perintah mahkamah daripada memasuki Kuala Lumpur hari ini.
11:47pm: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menghantar tweet berkata kumpulan Patriot akan berkumpul di Jalan Bukit Bintang pada jam 1 tengah hari. "Ketua Pemuda Umno Pahang Abu Jimi telah ditangkap polis di stesen bas Putra."
11:45am: Sogo - Seorang wanita dilihat merayu kepada pihak polis supaya membebaskan suaminya yang telah ditahan selepas pasangan itu membeli-belah di Haniffa Textile.

"Polis minta saya ambil teksi, tapi tak ada teksi di sini," kata wanita itu ketika trak polis yang membawa suami beredar dari situ.
11.44am: Jumlah terbesar orang ramai yang berhimpun adalah di kawasan sekitar Masjid Jamek dan Masjid Negara. Namun, pintu pagar Masjid Jamek dikunci manakala di Masjid Negara polis tidak membenarkan mereka memasuki kawasan masjid. Ramai yang berkumpul sekitar kawasan stesen lama KTM.
11.35am: Stesen lama KTM - Ketegangan berlaku di disini. Anggota polis cuba menyuraikan orang ramai di dalam bangunan.
11.34am: Masjid Jamek - Seorang pemuda yang mempunyai baju BERSIH 2.0 di bagnya ditangkap di hadapan restoran McDonald.

NONEDari jam 10.50 pagi hingga sekarang, jumlah yang ditangkap di kawasan ini adalah hampir 40 orang. Mereka dibawa dengan lori dan van polis. Polis juga mengarahkan lori baru kerana menjangkakan lebih ramai akan ditahan dan kenderaan itu digunakan sebagai tempat tahanan sementara.

Stesen LRT Masjid Jamek yang dikawal ketat itu masih beroperasi dan orang ramai masih dibenarkan menggunakannya.

Jumlah wartawan tempatan dan luar negara yang berada di sini berjumlah kira-kira 50 orang.
11.30am: Menurut Facebook PDRM, sehingga 11 pagi, 236 orang telah ditangkap 228 lelaki dan lapan wanita.

Mereka melaungkan 'Allahu Akbar'. Sekurang-kurangnya enam orang ditahan di kawasan tersebut pagi ini.
NONE11:25am: Menurut sumber, pemimpin Pakatan Rakyat telah bergerak ke pusat bandar.
11:12am: Sogo - Seorang daripada tiga lelaki yang ditahan di sekitar Masjid India berkata, polis memeriksa begnya dan menemui baju-T kuning.

"Bubuh gambar saya, biar besar sikit," katanya sambil senyum sebelum dibawa menaiki trak polis.

11:10am: KLCC - Tiada bukti bahawa gas pemedih mata telah digunakan ke atas penunjuk perasaan di sini. Pengunjung kelihatan mundar-mandir seperti biasa.
11.04am: Stesen LRT Hang Tuah LRT kini ditutup kerana "sebab-sebab keselamatan".
11am: Satu sumber Bukit Aman berkata lebih 100 orang telah ditangkap pagi ini setakat ini.
NONE
10.55am: Stadium Merdeka - Polis menutup stesen monorail Maharajalela dan stesen Hang Tuah yang terletak berhampiran Stadium Merdeka.
Perkhidmatan monorail masih diteruskan di stesen-stesen lain.
10.55am: Masjid Negara Kira-kira seratus anggota polis sedang mengawal pintu masuk ke Masjid Negara. Beberapa penyokong Pakatan Rakyat kelihatan sedang disoal.
10:45am: Kampung Baru - Sekumpulan lagi ditahan, termasuk seorang lelaki yang memiliki baju-T BERSIH. Beliau tidak ditempatkan bersama yang lain dan dibawa di tempat lain untuk disoalsiasat.
10:43am: Sogo - Tiga lagi lelaki, membawa beg galas, ditahan di sekitar kawasan tersebut.

Seorang daripadanya yang berbadan tegap dan berjanggut kelihatan memakai tag akhbar Bernama.
NONEKetika ditemui kemudiannya, wartawan Bernama itu berkata, dia dilepaskan apabila polis berpuashati dengan penjelasannya. Katanya disoalsiasat kerana membawa walkie-talkie. Bagaimanapun, dua orang lagi dibawa menaiki trak polis.
10:25am: Masjid Jamek - Terdapat lebih banyak tangkapan di sekitar stesen LRT Masjid Jamek. Trak polis yang diletakkan di sebelah masjid Masjid Jamek mempunyai sekurang-kurangnya 16 orang di dalamnya.
10:23am: Laporan PDRM - sehingga jam 9 pagi, 'Operasi Polis Perhimpunan 9 Julai 2011' membabitkan 21 tangkapan.
10:21am: KLCC - BERSIH tweet bahawa berlaku pertembungan polis dengan penyokong. "Kanister gas digunakan," katanya. Malaysiakini sedang cuba mengesahkannya.
NONE10.20am: Stesen LRT Masjid Jamek - Tangkapan penyokong BERSIH 2.0 berterusan. Turut ditahan adalah seorang lelaki selepas polis menggelidah bagnya tetapi tidak menjumpai barangan berkaitan BERSIH. Dia bagaimanapun mengakui sedang mengumpulkan derma semasa ceramah PAS sebelum ini.
10.06am: Stadium Merdeka - Polis memasang kawat duri pada di
kedua-dua arah masuk Jalan Stadium, dan menutupnya bukan sahaja kepada kenderaan tetapi juga pejalan kaki.
Kira-kira 20 wartawan juga sedang berkumpul di kawasan ini yang penuh dengan anggota polis.
10.06am: Di stesen lama KTM - seorang warga emas berusia 70 tahun yang memakai serban dan jaket Pakatan Rakyat ditahan bersama dua lagi selepas beliau berkeras untuk pergi ke Masjid Negara untuk bersolat. Ketiga mereka dibawa dengan jip polis.
10.05am: Masjid Negara - Jumlah orang ramai juga semakin bertambah di kawasan ini. Dianggarkan tidak kurang seribu telah berada di sekitar sini.
NONE9.55am: Masjid Jamek - Lebih ramai yang datang melalui stesen LRT. Polis belum memeriksa mereka tetapi hanya memerhatikan keadan. Kawasan ini adalah antara lokasi panas pada perhimpunan BERSIH pada 2007.
9.50am: Masjid Negara - Seorang lelaki tua yang cuba menghampiri masjid dengan niat untuk bersolat telah dihalau oleh pihak berkuasa. Jumlah penyokong BERSIH 2.0 di persekitaran stesen keretapi lama itu semakin bertambah ramai.

9.45am: Masjid Negara - Sekurang-kurang 1,000 penyokong BERSIH 2.0 berjaya berkumpul di kawasan sekitar ibu pejabat lama KTM dan sedang melaung-laungkan slogan.
9.41am: Istana Negara - Sebuah trak meriam air dan anggota polis pencegah rusuhan berkawal di kawasan ini. Kawasan ini di Jalan Mahameru kini ditutup dan tidak ada kenderaan yang dibenarkan melaluinya.
NONE9.40am: IPK Kuala Lumpur - Penolong Pengarah Pengurusan (Perhubungan Awam) Bukit Aman ACP Ramli Mohamed Yoosuf mengesahkan 21 orang telah ditangkap pihak polis.
Polis memberitahu semua tangkapan terdiri daripada 20 orang berbangsa Melayu dan seorang berbangsa Cina yang dipercayai penyokong BERSIH 2.0.
Mereka ditahan atas kesalahan mengganggu penjawat awam dan disiasat mengikut Akta Polis.
Secara tidak rasmi, seorang lagi pegawai berkata tidak kurang 100 orang yang telah ditangkap.
9.38am: Kampung Baru - Tambahan 18 lagi ditahan dipercayai penyokong BERSIH di sekitar kawasan ini. Jumlah itu tidak termasuk dengan tangkapan pertama pada kira-kira sejam sebelum ini di mana sembilan orang dicekup.
9.35am: Masjid Jamek - Tujuh orang ditahan. Alasan penahan mereka belum dapat dipastikan. Wartawan tidak dibenarakan berada berhampiran trak tempat mereka ditahan.

"Awak tak boleh berada di sini. Sila bercakap kepada pegawai saya jika awak mahu berada di sini,” kata anggota polis itu.
NONE9.30am: Maju Junction - Empat lelaki ditahan apabila polis menjumpai sehelai baju berwarna kuning di begnya.
9.15am: DBKL - Kira-kira 60 anggota polis dan sepuluh trak dilihat berada di persimpangan T di hadapadan bangunan DBKL.
9.05am: KL Sentral - Polis sedang memeriksa bag-bag kepunyaan penyokong PAS yang baru tiba dari Kelantan.
9.00am: Stadium Merdeka - Jalan ke stadium itu dari Jalan Maharajalela sudah dikepung dengan halangan kawat berduri. Wartawan yang ingin memasuki kawasan itu perlu berdaftar dengan polis.
8.50am: Dataran Merdeka - Police telah menutup kawasan Dataran Merdeka. Lebih enam trak FRU, termasuk trak meriam air diletakkan di lokasi ini.

NONESepanjang Jalan Tun Perak, berhampiran stesen Masjid Jamek, puluhan trak FRU dan sebuah trak meram air bgersiap sedia. Kawasan ini adalah lokasi yang lazimnya menjadi tempat berkumpul bagi penunjuk perasaan.

Dianggarkan tidak kurang 300 anggota FRU dan anggota polis lain berkawal di sini.

"Tiada sesiapun yang yang boleh masuk kawasan ini,” kata seorang polis apabila wartawan Malaysiakini cuba meninjau kawasan sekitar Dataran Merdeka.

8.45am: Ibu pejabat PAS - Belum kelihatan anggota polis berpakaian seragam mahupun kenderaan mereka. Namun sekumpulan yang tidak dikenali dilihat memasang kamera video bertentangan bangunan itu. Adalah dipercayai pemimpin utama PAS sedang berkumpul di sana.

8.40am: Jalan Tunku Abdul Rahman - Pasukan pemantau Majlis Peguam turun ke jalanan dengan berpakaian suit hitam dan tag 'Pemantau' di jaket mereka.

NONE"Kami akan pantau perhimpunan ini dan merakamkan gambar jika perlu. Terdapat kira-kira 100 pemantau Majlis Peguam. Ada yang membekalkan khidmat guaman,” kata HR Dipendra, yang mengetuai pasukan 15 pemerhati.
8.30am: Kampung Baru - Sembilan penyokong BERSIH 2.0 ditangkap dan dihumban ke dua lori polis berhampiran Masjid Jamek Kampung Baru. Jalan menuju masjid itu juga telah ditutup kepada orang ramai.

8.25am:
Sogo - Pusat membeli belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman lebih mirip seperti pangkalan polis. Lebih 10 trak polis dan 100 anggota juga berada di kawasan ini. Terdapat sekatan jalan di kawasan ini. Setiap kenderaan juga diperiksa.

NONE8.10am: Hotel Tune - Persimpangan Jalan Sultan Ismail dan Jalan Tunku Abdul Rahman kini dikawal tidak kurang 100 anggota polis yang memeriksa semua kenderaan yang melalui kawasan ini. Pelancong dilaporkan sukar mendapatkan teksi.

8.00am: Jalan Bukit Bintang - Kawasan pelancongan di Bukit Bintang masih kosong. Tidak banyak kereta mahupun pejalan khaki. Tidak terdapat ramai anggota polis di kawasan ini. Lokasi ini akan dijadikan tempat berkumpul Pemuda Umno pada jam 1.30 petang nanti.

7.50am: Masjid Jamek - Kehadiran polis yang ramai. Jalan di hadapan masjid telah ditutup kepada orang ramai.
7.45am: Masjid Negara - Puluhan jeep FRU dan lori meriam air ditempatkan sekitar bulatan Jalan Keretapi bertentangan kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Tiada sekatan jalanraya di kawasan ini tetapi kelihatan ramai anggota polis.

 Ambiga dan Hadi dibebaskan petang ini
Jul 9, 11 7:24pm
Kongsi 430
Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga dan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibebaskan petang ini selepas memberi kenyataan di Ibupejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

NONEBercakap selepas dibebaskan pada jam 6.30 petang ini, Ambiga mengucap syabas kepada rakyat Malaysia yang keluar beramai-ramai menyertai perarakan BERSIH hari ini.
“Apa yang boleh saya katakan ialah syabas rakyat Malaysia, kita tidak berjaya ditakutkan.

“Ini bukan sahaja lagi mengenai pembaharuan pilihan raya. Apa yang kami capai hari ini adalah kehendak rakyat yang mahukan proses pilihan raya yang lebih canggih. Ini telah membuka mata rakyat, dan ini telah kita capai,” kata Ambiga.

Beliau adalah antara tujuh orang terawal yang ditahan di IPK KL, yang telah dibebaskan.
NONESelain Ambiga dan Hadi, lima orang lagi ialah ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah dan Yudas Rubis, anak bungsu Datuk Seri Anwar Ibrahim - Nurul Iman - dan dua yang lain.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Ku Chin Wah berkata kesemua semua tahanan akan dibebaskan oleh malam ini.
Seramai 1,667 ditahan sewaktu perarakan BERSIH di ibunegara hari ini.

Najib: Anwar dalang protes, terdesak nak jadi PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah dalang dan petualang sebenar di sebalik penganjuran perhimpunan semalam.

Najib menyifatkan perhimpunan anjuran BERSIH 2.0, merupakan rancangan terdesak ketua pembangkang dan ketua umum PKR itu untuk memanipulasi rakyat bagi meraih sokongan.

Najib yang juga presiden Umno berkata, Anwar tergugat dengan sokongan rakyat yang semakin kuat terhadap kerajaan berikutan pelbagai dasar pembangunan ekonomi yang telah dilaksanakan.

Ketika berucap kepada 6,000 hadirin pada majlis Penerangan Perdana di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini, beliau berkata ahli Parlimen Permatang Pauh itu sanggup menggorbankan prinsip dan mengetepikan agama dan bangsa asalkan dapat mencapai impiannya menjadi perdana menteri.

"Dia tahu kalau dia tak lakukan sesuatu, kita (Barisan Nasional) akan menang dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

"Ini merupakan peluang terakhir baginya (Anwar). Bila orang tahu ini peluang terakhir, mereka akan buat segala-galanya, baik atau tidak," katanya.

Najib yang juga pengerusi BN berkata Anwar sengaja hendak menjejaskan imej negara dan menunjukkan kepada dunia yang Malaysia ini tidak demokrasi dan sebaliknya cuba menunjukkan dirinya sebagai seorang yang baik.

"Perangai hodoh ini tidak pernah ubah dari dulu sampai sekarang," katanya.

Beliau berkata Anwar mahu menuntut pilihan raya yang adil dan bersih, tetapi mendakwa, pemilihan PKR juga dicemari pelbagai skandal.

- Bernama


IGP: Tak benar Anwar cedera
Jul 9, 11 7:46pm
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menafikan dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tercedera dalam perhimpunan BERSIH hari ini.

NONE"Dia tak ada di Pudu. Di situ saja ada gas pemedih mata. Itu tidak benar," katanya ketika ditanya sama ada Anwar tercedera.

Ismail juga menjelaskan Anwar tidak ditahan polis.

Ismail mengesahkan sebanyak 1,401 orang ditahan, termasuk beberapa "ketua kumpulan".

Mereka antaranya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Mohamad Sabu, dua naib presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub.

Turut ditahan pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin dan anggota parlimen Subang Sivarasa Rasiah.

Dalam sidang media di Bukit Aman petang ini, Ismail mengambil kesempatan menafikan segala laporan negatif terhadap polis, termasuk apa yang dirujuknya sebagai "berita angin".

NONEBeliau menafikan polis melepaskan gas pemedih mata di kawasan Hospital Tung Sin di Jalan Pudu.

"Itu tidak benar. Itu di luar SOP (prosedur standard) kita. Jangan dengar berita angin ini. Tidak tepat," katanya yang diasak soalan bertubi-tubi dari pemberita.

Ismail juga berkata pihak polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan pancutan air memandangkan terdapat peserta perhimpunan BERSIH 2.0 yang cuba merempuh halangan polis.

"Kumpulan di Puduraya cuba bergerak ke Dataran Merdeka dan enggan bersurai. Mereka cuba merempuh.

NONE"Polis tiada pilihan dengan menyuraikan dengan gas pemedih mata dan pancuran air," katanya sambil mendakwa melepas tembakan "minimum" sahaja.

Ismail berkata, perhimpunan sebenarnya hanya berlaku di dua tempat sahaja iaitu di Jalan Pudu dan di luar Stadium Merdeka di Jalan Loke Yew.

"Kumpulan di Pudu bergerak ke KLCC dan Menara Maybank. Mereka cuba digambarkan serata Kuala Lumpur ada perhimpunan. Sebenarnya di dua tempat sahaja," katanya.

Ditanya tentang dakwaan polis memukul peserta perhimpunan BERSIH hari ini, Ismail berkata beliau perlu melihat laporan penuh terlebih dahulu.

Beliau juga mendakwa terdapat pihak yang melakukan provokasi kepada pihak polis.

"Kalau ada (polis guna kekerasan) you buat repotlah," katanya kepada pemberita ketika ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan tegas terhadap anggota polis yang bersalah.


Hisham: BERSIH 2.0 tak hormat titah Agong
Penganjur perhimpunan haram di ibu negara hari ini ternyata tidak menghormati titah nasihat Yang di-Pertuan Agong agar perhimpunan diadakan di sebuah kawasan yang terkawal, selamat dan tidak mengganggu urusan orang ramai seperti di stadium, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

hishamuddin hussein keeping mumBeliau kesal dengan tindak-tanduk kumpulan itu namun bersyukur dengan langkah yang diambil Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana berjaya mengelak berlakunya perbalahan, kecederaan dan sebarang kemungkinan lain yang lebih serius seperti pertumpahan darah serta kehilangan nyawa.

"Pihak polis juga telah berjaya melaksanakan tugas dengan baik walau dicabar dan menerima provokasi oleh mereka yang berdemonstrasi," katanya dalam satu kenyataan.

Hishammuddin berkata kumpulan itu sehingga di saat akhir, jelas tidak mengambil inisiatif untuk berhimpun secara aman di salah sebuah lokasi yang tetap, walaupun kerajaan berulang kali memberi jaminan mereka boleh berbuat demikian di mana-mana stadium di luar ibu negara.

Nasihat serta pandangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga tidak dipatuhi dan ditolak bulat-bulat oleh mereka, katanya.

bersih rally petaling street 090711Beliau berkata tindak-tanduk mereka yang terlibat dalam perhimpunan hari ini jelas mempunyai niat menghuru-harakan negara, selain berharap ditahan bagi menggambarkan kekejaman kerajaan.

Hishammuddin berkata kritikan terhadap peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak kedengaran dalam insiden hari ini, manakala penganjur perhimpunan hilang peranan serta gagal mengawal keadaan.

"Bukan lagi soal SPR yang timbul, tapi sebaliknya penglibatan pemimpin-pemimpin parti politik pembangkang telah menjadi lebih menonjol dengan agenda yang jauh berbeza dengan apa yang mereka umumkan sebelum ini.

"Mereka terus-menerus melaungkan 'Reformasi' dan mencetuskan kacau ganggu," katanya sambil menambah dan penganjur perhimpunan perlu bertanggungjawab di atas kejadian yang dicetuskan.

Beliau berkata pembangkang ternyata bertujuan jahat dan hanya mahu mencetuskan kekacauan dengan satu matlamat, iaitu agar masyarakat antarabangsa mempunyai persepsi negatif terhadap negara ini.

NONE"Pembangkang mahu agar Malaysia dilihat sebagai tidak stabil, dan ini akhirnya akan membawa kepada pelbagai kesan termasuk kekacauan terhadap ekonomi dan menjatuhkan kerajaan yang telah dipilih secara demokratik," katanya.

Hishammuddin berkata polis melaksanakan tugas di bawah lunas undang-undang dan beliau berpuas hati dengan tindakan yang diambil terhadap mereka yang melanggar peraturan serta undang-undang.

"Kerajaan mempunyai sepenuh kepercayaan kepada pasukan keselamatan untuk menegakkan undang-undang negara dan memelihara ketenteraman awam," katanya.

Beliau berkata kerajaan akan mempertahankan sistem raja berperlembagaan, demokrasi berparlimen, prinsip ketertinggian perlembagaan serta kedaulatan undang-undang melalui penggunaan segala peruntukan undang-undang sedia ada daripada sebarang anasir yang cuba merosakkan dan mencabuli kehendak majoriti rakyat.

NONEHishammuddin juga bersyukur kerana pihak berkuasa melakukan siasatan rapi dan berjaya merampas pelbagai senjata, bom, bahan kimia dan bahan bakar lain sehingga pihak berkenaan tidak dapat menggunakannya pada perhimpunan semalam.

"Kebimbangan saya bahawa kemungkinan ada pihak ketiga, termasuk pertubuhan antarabangsa asing, akhirnya tidak kelihatan dan tidak berpeluang untuk mengambil kesempatan daripada apa yang berlaku disebabkan ketegasan pihak PDRM," katanya.

-Bernama

Hanya 5,000 hingga 6,000 hadir berdemo, kata polis
Jimadie Shah Othman
Jul 9, 11
7:41pm
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menjelaskan hanya 5,000 hingga 6,000 hadir menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 di ibu negara hari ini.

NONE"Ia tidak besar seperti yang sudah-sudah. Juga tidak merebak," katanya.

Menurut Ismail (kiri), perkara itu disebabkan sekatan jalan raya yang dilakukan pihak polis begitu berkesan.

Jumlah itu jauh berbeza dengan anggaran BERSIH bahawa kira-kira 50,000 orang hadir menuntut pilihan raya bersih dan adil di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam sidang media di ibu pajabat polis di Bukit Aman lewat petang ini, Ismail juga berkata kesemua 1,401 orang akan yang ditahan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di ibu negara akan dirakamkan kenyataannya.

"Semua tahanan diberi layanan yang baik. Apabila selesai (rakam kenyataan), mereka akan diberi jamin atau mungkin ditahan," katanya sambil menunjukkan beberapa keping gambar keadaan di tempat itu.

'Macam kenduri'
Beliau berkata, tahanan diberikan makan minum, rawatan kesihatan jika perlu dan kemudahan tempat solat.

"Keadaannya macam kenduri kahwin," katanya sambil disambut gelak ketawa wartawan.

NONEBagaimanapun, mengulas perhimpunan kali ini, Ismail menyifatkannya cuba mengikut perhimpunan reformasi lebih sepuluh tahun lalu.

"Mereka laungkan apa? Reformasi. Bukan BERSIH. Ini macam tahun 2000 dulu," katanya.

Ditanya apa salahnya melaungkan perkataan itu, Ismail menjawab bahawa tindakan menjerit-jerit bukanlah budaya rakyat Malaysia.

Perhimpunan kali ini juga disifatkannya menakutkan orang ramai sehinggai banyak pihak didakwa keluar daripada Kuala Lumpur menjelang perhimpunan itu.

No comments: