Monday, March 21, 2011

NEW CONSPIRACY ? SIAPA AHLI POLITIK DALAM VIDEO SEKS ??!!

Datuk T turut memiliki seutas jam tangan Omega yang dikatakan milik ahli politik itu yang didakwa diambil oleh wanita berkenaan semasa mengadakan hubungan seks pada tarikh tersebut dan menunjukkannya kepada wakil media sebagai bukti.
Beliau mengulas dakwaan satu kumpulan yang enggan dikenali yang mendakwa mereka memiliki klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur wanita di sebuah hotel di sini yang menawarkan perkhidmatan seks.
Kumpulan itu, yang diketuai seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya hanya sebagai Datuk T, berkata, mereka akan menyerahkan pita video itu kepada pemimpin pembangkang tersebut dan isterinya dalam masa seminggu ini.

Mengenai gesaan kumpulan terbabit yang meminta beliau dan isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR supaya melepaskan jawatan, Anwar berkata: “Saya tidak kenal siapa Datuk T itu. Kenapa pula dia minta saya dan Azizah letak jawatan”.

Anwar juga berkata, pada 21 Februari lepas iaitu tarikh didakwa video itu dirakam, beliau berada bersama keluarganya di rumah dan mendakwa mempunyai bukti melalui twitter dan Facebook.
“Pada waktu itu, saya tengah tweet dan semua bukti ini akan saya simpan kerana takut kena “hack”. Saya difahamkan bahawa gambar yang disiarkan itu adalah mirip saya, tetapi perutnya lebih buncit daripada saya,” katanya sambil bangun menunjukkan perutnya kepada para wartawan.

Mengulas soalan bahawa beliau kehilangan seutas jam tangan jenama Omega, Anwar berkata: “Soalan anda sepatutnya adakah saya mempunyai seutas jam Omega? Ya, saya ada. Azizah yang simpan jam saya.”
Sebelum itu, kumpulan Datuk T itu mendakwa memiliki seutas jam tangan, dikatakan milik ahli politik itu, yang didakwa diambil oleh wanita terbabit semasa mengadakan hubungan seks pada 21 Februari tahun ini.
Ditanya sama ada beliau akan membuat laporan polis, Anwar berkata, beliau belum lagi melihat video berkenaan.

“Saya sudah berbincang dengan peguam saya mengenai perkara ini. Saya tidak tahu pembuatnya, saya tidak tahu jika ia akan diedarkan. Sebaik sahaja kami mendapat bukti dan orang itu muncul atau tampil, kami akan lakukan. Mengandaikan kerajaan adil dan telus kerana ia adalah saya,” katanya.
Sementara itu, Dr. Wan Azizah berkata, beliau terkejut dengan permintaan yang menggesa beliau meletak jawatan sebagai Presiden PKR.

“Apa yang saya dah buat? Sebelum ini mengatakan Anwar bersama dengan lelaki, tetapi saya hairan kenapa pula kali ini dengan perempuan. Ini adalah satu yang bermotifkan politik,” katanya.
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail pula berkata, pendedahan video tersebut tidak akan menjejaskan sokongan kepada parti itu. – Bernama

 

Yakin aksi pemimpin pembangkang


KUALA LUMPUR 21 Mac – Ahli Parlimen Kulim Bandar-Baharu, Zulkifli Noordin mendakwa beliau yakin lelaki yang terlibat di dalam video seks dengan pelacur dipercayai dari China yang didedahkan ‘Datuk T’ sebagai pemimpin pembangkang yang terlibat dengan banyak kontroversi sebelum ini.
Meskipun enggan memberi jawapan sama ada sudah menonton video itu, beliau berkata, adalah 110 peratus jelas bahawa pemimpin pembangkang itu merupakan lelaki yang terlibat dalam video berkenaan.
“Orangnya jelas dan kita semua tahu siapa dia. Tiada dolak-dalih lagi dan saya berani mengesahkan bahawa itu memang dia.

“Saya percaya dia ada penyakit dan ini perlu diubati segera. Kalau tidak ia bukan saja merosakkan diri, malah keluarga dan negara kerana dia selalu menonjolkan diri sebagai orang yang warak dengan memetik ayat-ayat al-Quran membuatkan ramai pihak termasuk yang ‘kuat agama’ terpedaya,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

 

Buat laporan polis jika merasa dianiayai - Hishammuddin


KUALA LUMPUR 21 Mac - Pemimpin pembangkang yang didakwa sebagai 'aktor' dalam rakaman video seks bersama seorang pelacur dipercayai dari China, perlu tampil membuat laporan polis jika merasa dianiaya.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, menerusi laporan polis bukan sahaja kebenaran dapat dicari, malah pihak yang bertanggungjawab memasang kamera litar tertutup (CCTV) juga boleh dikenal pasti.

Beliau menafikan rakaman video tersebut dilakukan oleh pihak polis dan hanya mengetahui mengenai penyebaran video seks tersebut selepas membaca laporan media hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam laman sosial Facebook beliau hari ini turut mengesahkan kenyataan Hishammuddin itu yang polis tidak terlibat merakamkan aksi seks berkenaan.
"Saya belum melihat video itu lagi dan sehingga sekarang tiada sebarang laporan polis dibuat mengenainya. Jadi, kita tidak dapat mengesahkan sejauh mana ketulenan video yang tersebar itu.

"Apa yang penting rakyat perlu jelas bahawa polis tidak terlibat langsung dalam isu ini. Kita sedar pihak di luar sana tentu akan menjadikan polis sebagai 'kambing hitam' selepas ini," kata Hishammuddin.
Beliau diminta mengulas mengenai penyebaran video seks yang dikatakan 90 peratus menyerupai seorang pemimpin kanan pembangkang selepas ia didedahkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris.

No comments: