Monday, March 21, 2011

Cicak Berekor Cabang Tiga Suatu Keajaiban !!!


malaysiakini
Seorang lelaki dari kampung Punggur, Alor Gajah, Melaka secara tiba-tiba menjadi tumpuan masyarakat setempat ekoran menemui seekor cicak yang kelihatan ganjil dan luar biasa apabila mendapati ekornya bercabang tiga.

Lelaki itu, Gafar Kassim, 53, berkata, pada mulanya dia tertarik melihat warna cicak berkenaan berikutan separuh daripada badannya kelihatan kehitaman manakala separuh lagi berwarna putih.

Menurutnya, dia menyangkakan cicak berkenaan sedang bersalin kulit lalu bertindak memanggil beberapa rakan yang lain.

"Cicak ini asalnya kami tangkap dan menyerahkannya kepada seorang rakan bernama Rahmat untuk dipelihara. Pada awalnya kami tak sedar pun ekor cicak yang ditangkap memiliki ekor bercabang tiga kerana tidak terlalu kelihatan.

NONE
"Biarpun saya sudah menyerahkan kepada rakan tetapi setiap hari saya akan datang ke rumahnya untuk melihat perubahan dan perkembangan pada cicak berkenaan," katanya ketika ditemui di rumahnya rakannya itu.

Sementara itu, rakannya Rahmat Sabtu, 41, berkata, dia difahamkan oleh Gafar, cicak berkenaan ditemui ketika sedang mengemas kawasan rumah dan secara kebetulan terpandang reptilia berkenaan di dalam tempat menyimpan padi di rumah neneknya yang terletak bersebelahan.

"Masa tu Gafar sedang mengemas sambil menghisap rokok kemudian dia menyedari terdapat dua ekor cicak berada di tempat menyimpan padi yang sudah lama terbiar di luar rumah nenek lalu terus menghubungi saya untuk memberitahu tentang perkara ganjil yang ditemui itu.

"Rumah kami berdekatan dan saya terus ke sana, apabila sampai pada mulanya saya tidak melihat sebarang perkara pelik pada ekor cicak berkenaan.

"Tetapi setelah diteliti betul-betul saya dapati ekor cicak itu bercabang tiga berbanding seekor lagi yang mempunyai ekor seperti cicak normal lain," katanya.

Rahmat berkata, dia kemudiannya menangkap dua ekor cicak berkenaan dengan menggunakan tangguk dan meletakkannya ke dalam sebuah bekas sebelum menyedari saiz ekor cicak tersebut yang kelihatan besar selain mempunyai struktur kulit yang menggerutu.

"Kebiasaannya cicak lain mudah terputus ekor tetapi cicak yang saya bersama rakan temui ini nampak kebal biarpun sudah berapa kali ia terjatuh malah bekas ini juga pernah terhempas kuat namun ekornya tetap utuh dan tidak putus.

"Ada yang mengatakan ini cicak tokek tapi bagi saya perkara pelik yang terdapat pada ekor cicak ini membuatkan saya berminat untuk menjadikannya sebagai haiwan peliharaan.

"Lagipun bagi saya ia tidak membawa sebarang maksud lain seperti sesetengah individu yang menganggap ia mendatangkan tuah atau malang, ini cuma sekadar suka-suka tambahan pula ia turut diminati anak tunggal saya berusia tiga tahun.

"Saya akan perhatikan hari demi hari perubahan yang berlaku pada cicak ini kerana saya sedari saiznya yang semakin membesar dan berkemungkinan juga akan wujud perubahan pada ekornya yang bercabang tiga itu," katanya.

No comments: