Wednesday, February 16, 2011

SODOMY II : Bulu, seluar dalam, cadar dikemukakan

@malaysiakini
'Mani lelaki misteri pada seluar dalam Saiful'

Perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menempuh saat genting hari ini apabila mahkamah mendengar keterangan daripada ketua unit jenayah berat Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hong.

NONESemalam, Seah hanya berada di kandang saksi selama beberapa minit sebelum perbicaraan ditangguhkan akibat gangguan bekalan elektrik di mahkamah.
Beberapa pendedahan memeranjatkan berlaku di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, melibatkan borang pro-forma oleh doktor yang mengendalikan kes berkenaan.

Doktor berkenaan menyatakan dalam borang tersebut bahawa pengadu dalam kes ini – Mohd Saiful Bukhari Azlan – hanya terlibat dalam "cubaan liwat" dan "cubaan seks oral."

NONEDoktor Hospital Kuala Lumpur Dr Khairul Nizam Hassan sebelum ini
memberitahu mahkamah bahawa Saiful mendakwa telah diliwat dan
diminta melakukan seks oral.
Bagaimanapun, pihak pembelaan yang diketuai peguam Karpal Singh
berjaya menimbulkan keraguan berhubung kenyataan berkenaan.
Turut hadir di mahkamah hari ini ialah wakil daripada Kedutaan Australia.
Dua orang pakar daripada negara itu turut hadir hari ini – ahli patologi forensik
Dr David Wells dan pakar DNA Dr Brian McDonald.


LAPORAN LANGSUNG

2.45pm: Seah berkata berdasarkan ujian yang dijalankannya, kesan tompokan mani di seluar hitam itu adalah milik Saiful sendiri.
2.40pm: Mahakamah bersambung semula dengan Dr Seah mengambil tempatnya di kandang saksi.

1.04pm: Laporan kimia itu juga ditandakan sebagai bahan bukti.
Hakim Zabidin kemudiannya menangguhkan perbicaraan dan berkata ia akan disambung pada jam 2.30 petang.

12.43pm: Dr Seah berkata dua ujian dijalankan ke atas tompokan spesimen B - iaitu ujian PSA dan ujian menentukan kehadiran sperma.
Tiga ujian dilakukan pada kesan tompokan mani - iaitu ujian asid phosphosate, PSA dan ujian kehadiran sperma.
12.38pm: Dr Seah berkata beliau berjaya mengesan dua tompokan mani di bahagian depan dan juga di bahagian bawah seluar dalam Saiful.
12.34pm: Doktor itu juga menjumpai dua kesan tompokan mani pada seluar hitam yang digunakan oleh Saiful. Tompokan itu dikesan berhampiran kawasan zip depan.

12.29pm: Dr Seah berkata beliau hanya mengetahui lokasi calitan kapas diambil berdasarkan tanda-tanda yang dibuat. Antaranya:
Calitan B5 yang ditanda P36 ialah kawasan sekitar peri-anal atau dubur.
Calitan kapas B7 dan B 39 yang ditanda P38 dan P 39, masing-masing adalah sekitar dubur atas manakala calitan B9 yang dilabel sebagai P40 adalah di kawasan sekitar dubur bawah.

12.23pm: Dr Seah menyambung keterangan dan berkata ujian DNA dimulakannya pada 1 Julai 2008. Ujian kedua pula dilakukan pada hari keesokannya.
Katanya, analisis DNA itu selesai pada 5 Julai 2008 dan hasilnya beliau mendapati kesan air mani pada calitan kapas bertanda B5, B7, B8 dan B9.

12.20pm: Mahkamah diberitahu semua barangan termasuk permaidani dan selimut disimpan di bilik sejuk Jabatan Kimia.

12.17pm: Dr Seah berkata ujian toksilogi dilakukan oleh seorang ahli kimia toksilogi,AP Mohan.

12.12pm: Mahkamah bersambung semula. Turut hadir hari ini adalah bekas timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali dan ahli parlimen Balik Pulau MP Yusmadi Yusoff.

11.37am: DPP Noorin memohon mahkamah untuk rehat seketika. Hakim Zabidin bersetuju dan meminta semua pihak masuk semula pada tengahari.

11.32am: Kain cadar berwarna kelabu pula ditunjukkan dan ia juga ditandakan sebagai bahan bukti.
Anwar dari tempatnya memerhatikan sampul surat yang berisi cadar itu dibuka. Menurut Dr Seah bungkusan itu dihantar ke jabatannya dengan tanda keselamatan polis.
Setelah memeriksanya, ia dibungkus semula dan ditandakan dengan mohor Jabatan Kimia.

11.28am: Selain pakaian Saiful yang lain seperti, baju hijau jenama G2000, turut ditawarkan sebagai bahan bukti adalaghpermaidani pelbagai warna yang disita oleh Jabatan Kimia.

11.17am: Satu lagi seluar dalam yang juga dipercayai kepunyaan Saiful turut dikenal pasti. Semua bahan berkenaan kemudiannya dimasukkan ke dalam sebuah sampul.

11.14am: Seluar dalam Saiful yang berjenama Levi's pula dikenal-pasti. Seluar dalam ini telah dikemukakan sebagai bahan bukti.
Ketika ini, Wan Azizah dilihat menundukkan kepalanya, manakala Anwar sedang membaca sesuatu di kandang tertuduh.

11.10am: Kemeja biru dan kolar putih jenama Ralph Lauren yang digunakan oleh Saiful pula dikemukakan.

11.04am: Sepasang seluar hitam (tanpa jenama) yang dipercayai yang digunakan oleh Saiful juga dikemukakan sebagai bahan bukti.
Sebelum ini, beberapa saksi mendakwa air mani Saiful dijumpai pada seluar hitam ini.

11.02am: Peguam, Sankara Nair bagaimanapun membantah cadangan pihak pendakwaan ia adalah bulu kemaluan.
"Macam mana Dr Seah tahu perkara tersebut?" soalnya.
DPP Noorin berkata ia berdasarkan laporan doktor itu.

Sankara berkata ia sepatutnya ditanda sebagai segumpalan rambut.

sodomy trial anwar ibrahim desa damansara condominium signboard10.59am: Bahan-bahan bukti, termasuk bulu kemaluan kini
sedang ditandakan. Ketika proses itu, DPP Noorin, peguam Ram
Karpal dan Sankara Nair semuanya memakai sarung tangan getah.
Dr Brian Mc Donald yang duduk di antara Sankara dan
Ram memerhatikan perkembangan itu.

10.27am: Semua sampul yang bertanda B1 hingga B11 yang
dipercayai mengandungi calitan kapas, di mana spesimen
diambil ditandakan sebagai bahan bukti.

10.15am: Menurut Seah beliau menerima bungkusan berkenaan daripada DSP Jude Blacious Pereira. Seah kemudian mengena-pasti pegawai polis itu dan juga bungkusan tersebut.

10.08am: Hakim Zabidin membuat keputusan yang memihak pihak pembelaan bahawa dokumen (borang kedua Pol 21) yang disenaraikan sebagai bahan bukti yang dikemukakan tidak boleh ditandakan sebagai eksibit.

10.06am: Mahkamah bersidang semula.

NONE9.39am: Hakim memohon tempoh rehat untuk memutuskan perkara itu, namun Mohd Yusof bertegas supaya perbicaraan diteruskan tanpa menanda dokumen yang dipertikaikan itu.

9.33am: Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden (kiri) dalam hujah balasnya berkata, apa yang penting bukanlah dokumen itu sendiri tetapi perkara yang diperiksa.
Hujahnya lagi, sebelum ini terdapat keputusan mahkamah yang membenarkan pendakwaan mengemukakan dokumen sebagai bahan bukti tanpa memberikannya terlebih dahulu kepada pembelaan.
Ram dalam jawapannya berkata, dokumen itu penting kerana ia menunjukkan urutan bukti dan perkara yang diperolehi pendakwaan itu berbeza dengan apa yang diberikan kepada pembelaan.

9.20am: Seah berkata beliau menerima satu bungkusan bertanda B12 daripada polis.
Bagaimanapun, terdapat kesilapan tarikh pada bungkusan itu yang ditandakan 28 Ogos, 2008 sedangkan dokumen Seah bertanda 28 Jun. Tandaan pada B12 juga terdapat perubahan.
Peguam Ram Karpal membantah permohonan supaya borang yang diubah itu ditanda sebagai bukti.
Ram memberi alasan, borang berkenaan berbeza daripada borang yang diberikan kepada pembelaan di pada awal perbicaraan. Ram membuat bantahan itu mengikut Seksyen 51 Kanun Acara Jenayah.

NONE9.13am: Seah (kanan) mengakui telah menerima Borang POL 21 yang menyatakan tempat-tempat sampel DNA diambil di badan Saiful.
Borang berkenaan didapati daripada Hospital Kuala Lumpur pada 30 Jun, 2008 – dua hari selepas pemeriksaan dilakukan ke atas pengadu itu.

8.55am: Saksi Dr Seah Lay Hong memberitahu mahkamah mengenai latar belakang akademiknya. Beliau merupakan pakar dalam bidang kesan biologi, DNA dan kesan biologi pada tisu.
Beliau mempunyai kelulusan peringkat kedoktoran dalam DNA Forensik dan sarjana dalam Sains Perubatan.
Dr Seah telah menghadiri pelbagai persidangan dan seminar di dalam dan luar negara.

8.53am: Perbicaraan disambung di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah.
Galeri awam di mahkamah masih banyak ruang kosong. Turut berada di mahkamah ialah Anwar Ibrahim, isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail dan juga bapa Saiful, Azlan Md Lazim.
Azlan tidak hadir mengikuti perbicaraan semalam.

3.00pm: Dr Seah berkata ujian DNA pada calitan kapas B5 pula (dari kawasan peri annal) menunjukkan ia milik Saiful dan campuran DNA termasuk Saiful, lelaki Y dan seorang lelaki penyumbang lelaki.

2.50pm: “Tiada profil DNA pada calitan B, B1, B2, B3, B4 dan B6,” kata Dr Seah.
Menurutnya, tompokan pertama air mani daripada seluar dalam tersebut menunjukkan ia mengandungi DNA Saiful. Tompokan kedua air mani itu mempunyai dua DNA. Satu miliki Saiful manakala satu lagi miliki seorang lelaki yang tidaak dikenali dan dilabelnya sebagai “lelaki Y”.


Saksi: Saiful dakwa dipaksa lakukan seks oral

Seorang doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengadu dalam kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa telah dipaksa melakukan seks oral.
Pakar jagaan kecemasan HKL Dr Khairul Nizam Hassan berkata, pengadu berkenaan, Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa telah dipaksa berbuat demikian oleh seorang "tokoh terkemuka."Khairul berkata, Saiful telah memberitahu perkara itu kepadanya ketika beliau membuat pemeriksaan ke atas pemuda itu.Doktor berkenaan berkata, beliau telah mengambil spesimen daripada bahagian puting dada dan juga daripada mulut Saiful (kiri).
Khairul Nizam berkata demikian ketika disoal balas oleh peguambela S N Nair dalam perbicaraan kes liwat yang bersambung semula hari ini.
Doktor berkenaan ditanya berhubung satu prosedur DNA yang tidak dijalankannya ke atas Saiful.
Jelasnya, prosedur berkenaan tidak dijalankannya ke atas bahagian belakang dan punggung Saiful kerana perkara itu "tidak perlu."
Khairul Nizam berkata, beliau hanya menjalankan pemeriksaan ke atas badan Saiful – dari bahagian pusat ke atas.
Tambahnya, seorang lagi doktor – Dr Razali Ibrahim – menjalankan pemeriksaan ke atas anus Saiful memandangkan doktor berkenaan merupakan seorang pakar.
Katanya lagi, beliau tidak mengambil spesimen daripada bahagian lain pengadu berkenaan.
Khairul Nizam menjelaskan, beliau bertindak demikian kerana Saiful memberitahunya bahawa pengadu itu telah mencuci dan membersihkan diri.
Kenyataan itu bercanggah dengan keterangan Saiful pada tahun lalu, ketika bekas pembantu Anwar itu disoal balas oleh peguam Karpal Singh.
Saiful telah memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak mencuci anusnya dengan tujuan menyimpan bahan bukti.
Saiful juga memberitahu mahkamah bahawa beliau hanya mandi pada waktu pagi dan tidak membasuh angota sulit badannya.


Doktor dakwa Saiful 'melawan' ketika diliwat

Perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan pemeriksaan balas terhadap ketua unit kemalangan dan kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Khairul Nizam Hassan.


Dr Khairul Nizam merupakan individu yang bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan ke atas pengadu – Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Dalam keterangannya Isnin lalu, Dr Khairul Nizam memberitahu mahkamah bahawa beliau mengambil sampel dari mulut Saiful kerana pemuda itu mendakwa telah dipaksa melakukan seks oral.
Seorang lagi doktor HKL, Dr Siew Shueu Feng turut disoal balas Isnin lalu atas beberapa keterangan yang tidak konsisten – dalam kenyataan dan laporan perubatannya.
Mahkamah juga dijangka mendengar keterangan seorang lagi saksi – ahli kimia Dr Seah Lay Hong – yang menjalankan ujian DNA ke atas bahan bukti kes berkenaan.
Perbicaraan hari ini menarik perhatian beberapa wakil luar negara, termasuk dari Kanada dan Ireland.
Turut hadir di perbicaraan hari ini ialah pakar forensik Anwar, Dr David Wells dan pakar DNA Dr Brian McDonald.


Pakar: Air mani boleh kekal 72 jam dalam rektum

Dr Razali Ismail mempertahankan bahawa rektum Mohd Saiful kosong dan tidak mengandungi najis walaupun saksi utama itu mendakwa tidak membuang air besar.

LAPORAN LANGSUNG

2.29pm: Selepas bermesyuarat di kamar hakim, ia diputuskan kes ditangguhkan sehingga jam 8.30 pagi esok kerana penghawa dingin masih tidak berfungsi.
Sankara memberitahu wartawan bahawa sistem rakaman catatan mahkamah juga tidak berfungsi dan ini memaksa hakim mengambil keputusan menangguhkan perbicaraan.
2.15pm: Semua pihak berada di mahkamah. Semua pihak berada di mahkamah. Bekalan elektrik sudah dipulihkan tetapi penghawa dingin masih belum berfungsi.
Sebahagian daripada kompleks mahkamah juga belum mempunyai bekalan elektrik.
Menemani Anwar pada sesi petang ini adalah anaknya, Nurul Izzah dan ahli parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar.
11.00am: Memandangkan bekalan elektrik terputus, hakim membenarkan penangguhan perbicaraan sehingga jam 2 petang ini
10.56am: Perbicaraan bersambung dengan Nordin menyoal-balas Seah.
Namun, ganguan bekalan elektrik menyebabkan mahkamah terpaksa berhenti sekali lagi.
10.03am: Sessi menyoal balas Dr Khairul Nizam berakhir. Saksi seterusnya adalah ahli kimia Dr Seah Lay Hong. Mahkamah berehat seketika.
10.02am: Borang pro-forma itu ditandakan sebagai eksibit pembelaan D28.
9.46am: Menjawap soalan DPP Nordin, Dr Khairul Nizam berkata beliau mengetuai pemeriksaan perubatan dan dia bersama pasukannya mewawancara Saiful.
"Saiful beritahu kami dia dipaksa lakukan seks oral. Aduan utamanya ialah dia diliwat oleh seorang tokoh yang terkenal.”"Saiful tidak berkata sama ada 'cubaan' seks oral ataupun 'cubaan' liwat,” kata doktor itu ketika ditanya.

9.43am: Juga hadir di galeri awam adalah ahli majlis tertinggi PKR, Latheefa Koya, bersama pemimpin Hindraf dan bekas tahanan ISA R Kenghadaran.

9.42am: Pihak pembelaan mengakhiri soal balas mereka ke atas Dr Khairul Nizam (kiri). Giliran DPP Datuk Nordin Hassan menjalankan soal balasnya pula.
Dr Khairul Nizam berkata borang pro-forma disediakan oleh jabatan forensik dan soalan dalam dokumen itui diisi oleh Dr Siew.

9.37am: Sankara ambil alih tugas soal balas dari Karpal. Beliau menunjukkan kepada Dr Khairul Nizam beberapa contoh botol yang mempunyai tanda-tanda yang ia telah diusik.
9.25am: Pertengkaran berlaku antara pihak pembelaan dan pendakwaan berhubung kaedah mengisi borang pro-forma adalah berlainan dengan apa yang Saiful beritahu kepada doktor.
Peguam Cara Negara II, Yusof membantah cara soalan diajukan.
Karpal berkata jika kes itu cubaan meliwat, tembusan atau tusukan tidak seharusnya berlaku.
9.22am: Dr Khairul Nizam mempertahankan bahawa Saiful tidak menyatakan sama ada percubaan meliwat atau percubaan mengadakan seks oral tetapi borang pro-forma menyatakan sebaliknya.

9.19am: Karpal berhujah dalam borang pro-forma yang menyatakan “percubaan meliwat” dan “percubaan seks oral”.
Dr Khairul Nizam bersetuju.
9.17am: Anwar mencelah dari kerusinya: "Ada banyak version".
9.12am: Karpal berkata beberapa aspek penting dalam borang pro-forma seperti pemeriksaan rektal tidak diisi.

Begitu juga dengan pemeriksaan dubur, latar sejarah perubatanSaiful dan peristiwa berhubung kejadian itu tidak diisi oleh doktor yang bertugas.
Orang yang bertanggungjawab itu ialah Dr Siew Sheue Feng (kiri), kata Dr Khairul Nizam.
9.04am: Dr Khairul Nizam berkata Saiful pada wawancara itu berkata dia melawan ketika kejadian liwat itu.
"Saiful, menurut borang pro-forma tersebut berkata tertuduh cuba untuk memancut,” menurut doktor HKL itu.
8.57am: Dr Khairul Nizam berkata beliau tidak membaca laporan polis yang dibuat oleh Saiful.
Dia tidak ingat siapa yang memaklumkan kepadanya bahawa tertuduh dipaksa melakukan seks oral.
"Ia mungkin daripada wawancara dengan mangsa, tetapi saya tidak ingat sama ada DSP Jude adalah orang yang memberitahu kami,” katanya.
Dr Khairul bersetuju seks oral adalah berlainan dengan seks di dubur, yang menjadi aduan asal yang dikemukakan oleh Saiful.
8.48am: Peguam Karpal Singh meneruskan pemeriksaan balas ke atas Dr Khairul Nizam Hassan yang sebelum ini mengetuai jabatan kemalangan dan kecemasan HKL.
Dr Khairul memberitahu mahkamah bahawa beliau telah menyaksikan sebanyak kira-kira 20 kes liwat sepanjang perkhidmatannya.
Ketika disoal, saksi itu berkata kehadiran polis di pusat krisis sehenti hospital itu adalah perkara normal.Katanya lagi, DSP Jude Pereira juga hadir ketika pemeriksaan peruhatan untuk membantu pemantauan ke atas pengendalian bahan bukti.
8.43am: Perbicaraan disambung di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah.

No comments: