Monday, February 21, 2011

ANWAR IBRAHIM SODOMY 2 - Misteri DNA Lelaki Y

pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 21 Feb. - Seorang ahli kimia memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, hari ini bahawa beliau sehingga kini tidak mengetahui siapa penyumbang profil asid deoksiribonukleik (DNA) 'Lelaki Y' yang ditemui di dubur Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Dr. Seah Lay Hong, 52, dari Jabatan Kimia berkata, ini kerana beliau hanya menerima sampel tompokan darah milik Mohd. Saiful Bukhari sebagai perbandingan profil DNA dan tiada sampel lain diperoleh untuk analisis yang dijalankannya.

Menjawab soalan balas daripada peguam Ram Karpal Singh, Ketua Unit Jenayah Berat, Bahagian DNA Divisyen Forensik jabatan itu berkata, berikutan ketiadaan sampel DNA lain untuk perbandingan, beliau tidak boleh mengenal pasti penyumbang kepada profil DNA Lelaki Y.

RAM KARPAL: Kamu tidak tahu siapa lelaki yang tidak dikenali itu?
LAY HONG (LH): Ya.
Setakat yang kamu ketahui, kamu masih menyatakan bahawa profil DNA yang tidak dikenali itu merupakan penyumbang?
LH: Ya.

Adakah terdapat kemungkinan berlaku pencemaran?
LH: Mungkin.

Bagi profil DNA yang tidak dikenal pasti bertanda Lelaki Y ini, ia boleh jadi Jude (pegawai penyiasat, Deputi Supritendan Jude Blacious Pereira) walaupun ia tidak mungkin berada di anus (Mohd.) Saiful tapi sesiapa sahaja boleh jadi Lelaki Y?
LH: Saya tidak tahu kerana tidak ada sampel perbandingan.

Hari ini, adakah kamu diberi sampel DNA bagi Lelaki Y?
LH: Tidak.

Ia kekal tidak diketahui?
LH: Ya.

Dalam analisis DNA tersebut, saintis forensik wanita itu yang merupakan saksi pendakwa kelima memberitahu, beliau hanya mengesan DNA pengadu, penyumbang profil DNA Lelaki Y dan seorang lagi penyumbang lelaki.
  
Lay Hong menyambung keterangan dalam pemeriksaan balas pada perbicaraan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, 64, yang didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya itu yang berusia 26 tahun.
Kejadian didakwa berlaku di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sebelum ini dilaporkan enggan memberikan sampel darah atau sebarang bahagian tubuh badan beliau kepada pihak polis untuk dijadikan sampel perbandingan bagi tujuan profil DNA.
Dalam keterangannya pada Khamis lalu, Lay Hong berkata, profil DNA Lelaki Y itu ditemui di bahagian dalam dubur dan permukaan dubur pengadu. Profil DNA Lelaki Y juga ditemui di seluar dalam kelabu milik Mohd. Saiful Bukhari.
Dalam pemeriksaan balas tersebut, Ram Karpal yang juga anak peguam Karpal Singh turut menimbulkan persoalan berhubung wujud beberapa profil DNA lain berdasarkan peratusan 'allele' yang didakwa tidak direkodkan dalam laporan kimia yang disediakan oleh Lay Hong.
Ia membabitkan satu profil DNA di bahagian bawah salur dubur dan di seluar panjang hitam milik Mohd. Saiful Bukhari.
Ram Karpal mendakwa, laporan kimia tersebut tidak menggambarkan sebagaimana yang ditunjukkan melalui graf elektropherogram kerana hanya sebahagian sahaja penemuan direkodkan oleh ahli kimia berkenaan.
Saksi itu bagaimanapun tidak memberi jawapan terhadap soalan berkenaan.
Menjawab soalan lain, Lay Hong tidak bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa beliau gagal mematuhi piawaian antarabangsa ketika menyediakan laporan kimia berhubung ujian DNA yang dilakukannya.
Jelas saksi tersebut, apa yang ditetapkan oleh Pertubuhan Antarabangsa Genetik Forensik itu hanya merupakan cadangan dan ia bukannya satu-satunya garis panduan yang seharusnya diikuti oleh beliau.
Walaupun mengakui tidak mematuhi garis panduan dalam jurnal persatuan yang turut dianggotai oleh beliau, saksi itu menafikan bahawa beliau telah bertindak berat sebelah dan tidak adil semasa menyediakan laporan tersebut.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai kesan air mani, Lay Hong menyatakan, tidak semestinya kesan air mani pada seluar dalam akan melekat pada seluar panjang yang dipakai oleh Mohd. Saiful Bukhari.
Ini kerana, katanya, jenis kain akan mempengaruhi sama ada kesan air mani pada seluar dalam akan berpindah pada seluar panjang.
Bagaimanapun, sekiranya jenis kain tersebut membenarkan perpindahan sedemikian, maka wujud kemungkinan seluar dalam dan seluar panjang itu mempunyai kesan yang sama selain membawa unsur DNA Lelaki Y pada kedua-dua pakaian terbabit.
Saksi itu juga enggan memberi sebarang jawapan sama ada bersetuju atau sebaliknya bahawa kesan air mani sepatutnya boleh dilihat pada seluar dalam Levi's warna kelabu mangsa kerana ia satu hipotesis semata-mata.
Beliau menafikan kehadiran air mani mangsa di dalam dubur pemuda itu sendiri kerana walaupun analisis pada calitan kapas bertanda B8 (bahagian atas dalam dubur) menunjukkan kehadiran DNA mangsa lebih banyak berbanding Lelaki Y tetapi ia berada pada kategori ekstrak bukan sperma.
Ekstrak bukan sperma berasal daripada sel-sel badan yang lain selain daripada sperma.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah bersambung .

Hari ketiga ahli kimia terus diasakNONE

Kes perbicaraan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan ahli kimia dan pakar DNA tempatan, Dr Seah Lay Hong terus disoal-balas oleh peguam pihak pembelaaan.
Jika semalam, saksi pendakwaan kelima dan juga ketua Unit Jenayah Berat, Jabatan Kimia itu diasak oleh peguam Ram Karpal singh, hari ini giliran Sankara Nair.

Semalam, Seah enggan diheret dalam spekulasi mengenai mengapa air mani pada seluar dalam pengadu kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan dijumpai pada bahagian depan dan bukannya di belakang jika benar dia diliewat.

Saksi itu juga ditanya mengapa dua 'alleles' yang dipercayai daripada dua orang berlainan berikutan penemuan semen di selura hitam Saiful dan sekitar calitan kapas di duburnya tidak direkodkan.

Dr Seah juga mengakui beliau gagal mencatatkan dua sampel DNA yang tidak dikenali itu tetapi apabila Ram terus mengasak, ahli kimia itu enggan melayan serta tidak memberikan jawapan.

Perkara ini ditimbulkan oleh pihak pembelaan selepas pakar DNA Australia, Dr Brian McDonald memaklumkan kepada mereka.

Dr Seah juga dijangka akan disoal balas oleh DPP Noorin Badaruddin bagi membantu kes pendakwaan.

No comments: