Monday, February 28, 2011

Kasih Saudara Kandung - Tragedi Menyayat Hati

Enggan lepas mayat adik

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
jamilulanbia@hmetro.com.my
 

PILU...kakak mangsa menangis dan enggan melepaskan pelukan.
PILU...kakak mangsa menangis dan enggan melepaskan pelukan.

KUALA LUMPUR: Seorang wanita sanggup memeluk mayat adiknya yang terbujur berlumuran darah sambil menangis teresak-esak dan enggan melepaskannya hingga anggota trafik menunggu hampir tiga jam sebelum mayat mangsa dibenarkan dihantar ke hospital.

Kejadian itu berlaku selepas mangsa seorang penulis sebuah syarikat penerbitan terbunuh selepas tercampak beberapa meter dari keretanya sebaik merempuh besi penghadang lebuh raya berhampiran Kilometer 14.4, Lebuh Raya Maju Expressway (Mex) berhampiran Serdang, di sini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10.15 pagi semalam apabila mangsa, Ernest Ong Siang Hee, 31, memandu kereta keluar dari pejabatnya di Jalan SS15/4G, Subang Jaya, di sini, untuk ke Putrajaya.
Jurucakap polis trafik berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, kereta Honda Civic dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan ketika menuruni jalan berbukit lalu merempuh besi penghadang jalan di tengah lebuh raya berkenaan.

Menurutnya, rempuhan kuat itu menyebabkan kereta mangsa berpusing beberapa kali.

“Pada masa sama, mangsa tercampak keluar dari keretanya dan terjatuh dalam keadaan tertiarap di tepi sebelah kiri lebuh raya berkenaan.

“Mangsa yang juga penulis di syarikat penerbitan Karya Universal (M) Sdn Bhd mati di tempat kejadian akibat parah di muka dan kepala,” katanya.

Katanya, ketika kejadian, sebuah kenderaan yang datang dari arah belakang sempat mengelak daripada melanggar kereta mangsa di tengah jalan.

Sementara itu, polis menunggu hampir tiga jam untuk mengangkat dan menghantar mayat mangsa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.

“Ini kerana kakak mangsa yang tiba di tempat kejadian bersama suaminya beberapa minit selepas kemalangan itu merayu supaya menunggu ahli keluarga lain. 
 
 
REMUK...kereta mangsa yang terbabit kemalangan, semalam.
REMUK...kereta mangsa yang terbabit kemalangan, semalam.



“Suasana di tempat kejadian hiba apabila kakak mangsa menangis dan enggan melepaskan pelukan ke atas mayat adiknya sehingga saudara lain tiba di situ,” katanya.

Mayat mangsa hanya dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat, kira-kira jam 1 tengah hari.

No comments: