Lion of the Desert

Monday, February 07, 2011

Harga naik: Penoreh peroleh RM60,000 sebulan

Kenaikan harga getah di pasaran dunia memberikan tuah kepada pemilik kebun dan penoreh getah di Hulu Besut sehingga ada yang memperoleh pendapatan sehingga RM60,000 sebulan hasil jualan susu getah.

NONEADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad berkata, kebanyakan daripada mereka memiliki kebun antara tiga dan enam hektar seorang.

"Seorang penoreh yang mempunyai 3 hektar kebun getah memperoleh RM2,000 dalam masa tiga hari dengan menoreh di kebunnya,” katanya kepada pemberita di Besut hari ini.

Menurutnya, dengan harga pasaran antara RM8 dan RM10 sekilogram pada masa ini, ada antara penoreh yang memperoleh pendapatan RM60,000 dalam masa sebulan.

- Bernama

No comments: