Wednesday, June 30, 2010

Rendam arsenik

Oleh Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my
2010/06/30


 PUTRAJAYA: Sajian timun dan lobak merah segar yang diberikan tentera Israel kepada tahanan terdiri anak kapal MV Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza pada 31 Mei lalu, disyaki direndam dalam bahan kimia beracun arsenik bertujuan membunuh semua sukarelawan terbabit secara perlahan-lahan.
Ketua Misi Life Line For Gaza (LL4G), Noorazman Mohd Samsuddin ketika mendedahkan perkara itu berkata, selepas mengetahui darah tiga sukarelawan Indonesia yang turut ditawan rejim Zionis itu disahkan mengandungi arsenik yang tinggi, pihaknya mengesyaki ia berpunca makanan diberikan ketika dalam tahanan.

“Kami hanya diberi makan timun dan lobak merah segar selepas dibiar berlapar selama 20 jam dan ketika makanan itu diberikan, ia masih berair seperti baru dibasuh.
“Namun, disebabkan terlalu lapar semua aktivis memakan timun dan lobak yang disediakan tanpa berfikir panjang kerana hanya itu saja sumber makanan yang ada pada ketika itu.
“Oleh itu, apabila menyedari ada rakan yang mempunyai kandungan arsenik tinggi dalam tubuh, kami syak ia berpunca makanan direndam arsenik terlebih dulu sebelum diberikan kepada kami,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, malam tadi.

Noorazman berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada rakan seperjuangannya di Indonesia, empat daripada 11 sukarelawan yang menyertai misi terbabit sudah membuat pemeriksaan dan hasilnya, tiga daripada mereka disahkan mempunyai kandungan arsenik yang tinggi dalam tubuh.

No comments: