Monday, June 21, 2010

Patung lilin Ronaldo

@kosmoonline







HASIL kerja teliti termasuk solekan pada sudut-sudut sukar seperti mata.







NAMANYA cukup sensasi dalam arena sukan bola sepak sehingga mendapat perhatian luar biasa daripada peminat. Dengan pengiktirafan melalui pelbagai anugerah termasuk Pemain Terbaik Dunia FIFA 2008, bukanlah menghairankan Cristiano Ronaldo menjadi rebutan banyak kelab antarabangsa.
Menjadi pemain tambatan dan kesayangan Manchester United satu ketika dahulu, kelab tersebut
bagaimanapun melepaskan Ronaldo apabila Real Madrid mahu membelinya dengan bayaran AS$132 juta (RM431 juta).

Perpindahan pada tahun 2009 itu juga, meletakkan Ronaldo sebagai pemain paling mahal di dunia bahkan bayaran gaji tahunannya bersama Real Madrid dikatakan mencecah RM64 juta.
Dengan status bintang bola sepak terbaik dan termahal dunia, Muzium Madame Tussauds di London memilih untuk menghasilkan patung lilin Ronaldo sebagai pengiktirafan kepada pemain itu.
Idea sebenar patung lilin Ronaldo dilakukan pada bulan ini juga bersempena dengan Piala Dunia 2010 yang kini sedang meriah berlangsung di Afrika Selatan. Pameran patung lilin Ronaldo boleh disaksikan orang ramai terutama peminatnya sejak 9 Jun lalu.
PATUNG lilin Ronaldo dihasilkan Muzium Madame Tussauds di London sebagai penghormatan kepada pemain itu.



Menurut jurucakap Muzium Madame Tussauds, Liz Edwards tempoh masa menyiapkan patung Ronaldo memakan masa selama empat bulan. Dari segi kos, perbelanjaan yang digunakan pula mencecah RM711,225 (AS$218,000).
Kedudukan patung lilin Ronaldo turut dibarisi oleh pemain tersohor lain seperti David Beckham dan kapten pasukan Liverpool, Steven Gerrard.
"Kedudukan patung lilin menunjukkan Ronaldo berada dalam keadaan seperti mahu membuat sepakan percuma dengan memakai jersi baru Portugal. Memandangkan Piala Dunia merupakan festival paling mendapat sambutan jadi kami mengalu-alukan kedatangan pemain yang cukup berbakat untuk dijadikan lambang kebesarannya.
"Pihak muzium menunaikan permintaan orang ramai yang mahukan patung lilin Ronaldo sebagai daya tarikan," Edwards.


   SEORANG jurusolek patung lilin melakukan kerja-kerja terakhir
menyiapkan patung Ronaldo.

Tidak hanya hebat di atas padang, bergelar jejaka kacak, Ronaldo juga seorang pencinta fesyen. Maka tidak hairanlah Ronaldo mengidentifikasikan stail di butik miliknya CR7.
Kejayaan pembukaan butik tersebut mendapat sambutan hebat terutama dalam kalangan peminat Ronaldo yang meminati gaya macho jejaka itu.
Menyentuh gaya rambutnya, Ronaldo memberitahu dia tidak banyak mengubah trend rambut kerana gemar berpotongan pendek. Ini kerana rambut pendek memudahkannya untuk bergerak aktif di padang.
Lagipun, apabila berambut panjang cara penjagaannya amat rumit. Ia memerlukan terapi mengikut jadual supaya tidak mudah rosak.
"Rambut pendek mudah diurus. Sapu sahaja gel ia sudah nampak kemas dan segak," beritahunya.

No comments: