Sunday, September 13, 2009

ALAIN ! ALAIN !!... LAGI-LAGI PANJAT...

KUALA LUMPUR - Tiada sesiapa yang menyangka semasa hujan gerimis dan serentak dengan waktu umat Islam bersahur pagi semalam, ada seorang lelaki menghampiri bangunan Menara Berkembar Petronas tanpa disedari oleh pengawal keselamatan dan mula memanjat.
Hanya dalam tempoh 90 minit kemudian, lelaki Perancis itu, Alain Robert, 47, yang memanjat tanpa sebarang peralatan sehingga dikenali di serata dunia sebagai 'Spiderman Perancis', sudah berdiri di atas puncak menara dua bangunan berkenaan.
SEBUAH helikopter berlegar pada waktu Robert berdiri di puncak Menara Berkembar Petronas semalam.

Dia yang sekadar memakai kemeja-T dan seluar jean, kemudian memacakkan Jalur Gemilang sebelum turun dari menara itu dan kemudian ditahan oleh polis selepas kehadirannya disedari oleh pengawal keselamatan menara berkenaan.

Walaupun ditangkap, Robert boleh tersenyum puas kerana usahanya kali ini berjaya selepas gagal pada 1997 dan 2007 yang turut berakhir dengan dia ditahan atas dakwaan menceroboh.

Seorang jurugambar, Ee Wee Kiat yang merakamkan aksi Robert berkata, lelaki itu dilihat memanjat tanpa peralatan.

"Dia memanjat tanpa ada gangguan kerana tiada ada sesiapa termasuk pengawal keselamatan yang nampak,'' ceritanya.
Robert ditangkap dan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas gagal memanjat Menara Berkembar Petronas pada 2007.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zulkarnain Abdul Rahman berkata, Robert memanjat bangunan itu pada waktu hari masih gelap bagi mengelak kehadirannya dikesan.
Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN

No comments: